PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label diriku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label diriku. Papar semua catatan

7/08/21

Rumah pertama Kak FS

Bila rajin nak menaip maka bukalah draft tengok apa yang belum dipostingkan. Ingat dah cerita bab ni rupanya belum. Kadang kala kita tak sedar sebenarnya dalam kehidupan kita, kita dah buat affirmation dan dah create impian. Contohnya nak ada rumah sendiri. 

Dulu muda takde impian besar, cuma nak ada dulu rumah sendiri bila dah bekerja. Alhamdulillah masa Kak FS kerja Guardian dapatla beli rumah pertama pada hujung tahun 2008 guna payslip Guardian ni. Rezeki anak pertama masa tu dipermudahkan semua urusan pembelian rumah. 

Payslip Guardian


Walaupun hanya rumah teres comel ni, dia punya kepuasan tu sangat best masa baru mula-mula dapat kunci rumah. Yelah first sebab dapat beli hasil dari kita bekerja, second ada privacy sendiri dan semestinya dapat tengok anak-anak membesar dalam rumah tu. Alhamdulillah kami masih lagi dapat berteduh dalam rumah kecil ni syukur.

Rumah pertama



Kak FS ada impian besar nak ada rumah yang lebih selesa untuk kami sekeluarga sebab tu Kak FS tak pernah putus asa untuk capai impian itu. Walau kadang kala Kak FS down tapi Kak FS akan cepat bangkit sebab big why Kak FS menjadi push factor utama supaya Kak FS move on. 

Selalu Kita dengar rezekii kita tak sama kan. Yes it's true 😊. Korang buat buat terus buat je apa yang korang lakukan sekarang supaya semua impian korang tercapai. Lihat kejayaan orang dari sudut positif jangan lihat dengan perasaan dengki. Dan selalu lah buat pembandingan atas perubahan diri sendiri bukan bandingkan dengan orang lain.

Saturday view

 

Morning Saturday view 🌞.


Kak FS dah burn out lama nau duduk rumah. Otak jadi jem padahal banyak benda kena buat. Harini list semua apa yang patut settlekan dulu.

Dadek Kinting dia memang terlalu rapat dengan Kak FS, macam anak kucing yang baru² lahir tu berkepit je. Memang kenalah nama Uwais tu dengan dia. Bila mula rasa nak down benda pertama Kak FS tengok ialah Dadek Kinting ni. Sebab ni salah satu push factor untuk Kak FS berjaya.

Rezekii kita tak sama, jangan putus doa terus usaha dan percayalah hari kesenangan kita akan tiba. Enjoy the journey jangan lupa self reward diri sendiri dengan benda yang kita suka sebab sekarang kita tak tahu bila ajal kita.

2/09/20

My Day

TODAY IS MY DAY 

2 September 8.03 pagi lahirlah seorang baby yang sangat comel 🥰. Kini baby comel tu dah dewasa. Rindunya zaman baby comel tu 😭. Happy birthday to me ke 37 🥳. 

Lagi 3 tahun je nak 40 series. Dah tak boleh isi masa lapang buat bisnes. Kena sungguh-sungguh capai semua target dan impian. 

Sedih, bengang, malu, penat, letih semua perasaan ada. Di Bulan Muharram lagi ni, Kak FS doa semoga itu semua cepat berakhir. 

Besday girl with lovely father



Dan setiap kali fikir Big Why mesti terbayang muka Abah 😭. Abah antara Big Why kenapa Kak FS buat bisnes sampai sekarang. Walau belum berjaya macam orang lain, Kak FS percaya hari kejayaan Kak FS semakin hampir. 

Terima kasih Abah untuk segalanya 😘. 

#besdaygirl
#fadilahsuardijourney

24/08/20

Terima kasih Abang 😘

Di sebalik kejayaan seorang wanita ada seorang lelaki. Di sebalik kesakitan seorang isteri ada suami dibelakang 😊.
Terima kasih Abang 😘. Ini dugaan untuk kite sebelum datangnya kejayaan besar. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya 😍

#fadilahsuardijourney



21/08/20

Aku rindu

Setiap hari akan lihat pintu ni. Entah apa yang dilihat pun tak tahu. Menghitung hari demi hari. Merindui seseorang tu mungkin. Bila hati tak kuat mula sedih 😭.



Tu cerita dulu. Tahun baru Hijrah akan didik hati ni supaya kuat dan kental. Percayalah semua akan berakhir segera 😊

#fadilahsuardijourney

18/08/20

Sebulan kaki bersimen

Sebulan dah kaki bersimen. Rasa cam sekejap, tapi realiti yer lama. Alhamdulillah kesihatan semakin baik dan semoga cepat sihat seperti sedia kala. Aamiin 🤲

Semangat bisnes tak pernah luntur walau banyak halangannya. Pengalaman dan dugaan yang takkan dilupakan sampai bila-bila.

Perjuangan belum berakhir 💪

#fadilahsuardijourney
#30hari


16/08/20

Cyst semasa mengandung


Satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan ialah ada cyst masa mengandung anak ketiga 😌. Besar gak cyst masa tu. 
    

Ini gambar masa awal² mengandung. Doktor sakit Puan kata jangan risau kalau cyst tu tak membesar. Sebab ada kes dia sebagai peneman baby. Emmm tak tau la sebab pengalaman pertama macam ni kan.


Cyst masa mengandung


Rutin setiap bulan akan ada appointment dengan pakar O&G. Doktor nak tengok perkembangan baby dengan cyst tu. Appointment sehingga baby dilahirkan.


Cyst masa mengandung


Walaupun pada mulanya baby tak banyak naik gram dan Mama pun masa tu berat tak cantik untuk perkembangan trimester, Alhamdulillah baby sihat sehingga saat dilahirkan. 

Masa 5/3/2018 appointment tersebut, doktor kata cyst dah takde. Tapi air ketuban kurang 😭. Bermulalah Mama kena tahan wad tak boleh balik.

Disebabkan air ketuban dah kurang, doktor takut baby ada masalah. Jadi kena paksa bersalin. Nanti sambung entri lain 😅

Pregnan kosong

Lama sungguh tak update kisah dilazfamily di sini. Banyak draft di entri, Kak FS update satu persatu. Oops lupa. Lepas ni jangan terkejut guna nama Kak FS selalu. Nak guna terus nama ni sampai bile-bile. Korang ingat dilazfamily, ingat Kak FS 😊.

Kisah pregnan kosong ni 3 tahun yang lalu. Sebelum pregnan anak ketiga (Yang ni pun belum cerita dalam ni). Tergerak hati nak check sebab lama dah tak period dan rasa mabuk je. Tu beli pregnancy test.  Tengoklah ada 2 line kan tapi samar.

Test kedua di klinik


Tak puas hati tu pergi Klinik jumpa doktor. Test kali kedua pun samar still double line. Yang peliknya scan perut takde pun tanda-tanda ada baby 😌.


First test kat rumah



Doktor kata tengok seminggu camne. Sama ada keluar period atau sebaliknya. Dua 3 hari lepas jumpa doktor, keluar darah macam period. Tapi kali ni keluar ketul darah lain macam, ada setompok warna putih camtu. Tak taula apa tu. Memang teringat² lagi sampai sekarang.  Itu je nak tulis kat sini 

14/08/20

BFF baru Kak FS ♥️

Ni BFF untuk tulang Kak FS sekarang. Kena rajin dan konsisten ambil setiap malam. Nak tulang cepat cantum dengan baik dan kuatkan tulang semula.

Yang best yer bukan untuk tulang je, ia bagus untuk lawaskan pembuangan. Pagi² mesti dating dengan Cik Tan 😅.

#fadilahsuardijourney

12/02/20

Fadilah Suardi Journey #1

Bukan senang nak bina satu Empire perniagaan yang besar. Semasa perjalanan itu akan banyak dugaan dan rintangan. Jalan ke terus ke depan.

Buat je dan tunjukkan dengan bukti. Trust the process (kata Boss ku). Lama2 kejayaan milikmu dan akan ramai menghampirimu Kiri Kanan depan belakang 🤭.

Fadilah Suardi

Terima kasih yang sudi bersama dalam #EmpireNFS . Akan Mama QUD bimbing sampai berjaya.

#FadilahSuardiJourney
#partnerincrime

2/02/19

Mama QD

Assalamulaikum dan selamat sejahtera.

Tengah buat apa tu? Dah makan? Jap lagi Mama nak pergi makan nasi minyak. Rezeki MIL ajak temankan. Alhamdulillah 😍.

Saje je post gambar ni. Mana tahu satu hari nanti berubah menjadi insan lebih baik dari sekarang. In shaa Allah. Aamiin


Mama QD




27/02/17

Gojes Skin - Review by Mama QD

Mama QD suka mencuba macam-macam suplimen. Tapi sejak ambil Gojes Skin ni terus tak pandang yang lain. Sebab Gojes Skin ni suplimen All in 1. 

Gojes Skin

Hanya 1 sachet setiap hari, uols dapat banyak manfaat daripadanya. Meh lihat apa kebaikan Gojes Skin ni 👇.

Kebaikan Gojes Skin


Gojes Skin ni bahan-bahan dari ekstrak buah-buahan dan bovine collagen. Sebab itu kesannya 5 kali ganda lebih cepat dan yang penting rasanya sangat sedap.

Mama QD baru ambil beberapa sachet dah nampak perubahan. Dulu kulit wajah Mama QD kusam dan banyak bintik hitam kat hidung. Alhamdulillah, ambil Gojes Skin kulit lebih berseri dan bersih. Pori-pori kulit wajah pun semakin mengecil. Jeragat dan bekas jerawat semakin pudar.

Testimoni gojes skin

Jika uols tak suka ambil banyak suplimen tapi nak cantik dan sihat, Mama QD cadangkan uols ambil Gojes Skin. Dah cuba pasti jatuh cinta 😍. Berminat nak cuba boleh WhatsApp 019 727 0181 atau boleh ke Facebook page Gojes Skin Melaka 👉...https://www.facebook.com/Gojes-Skin-Melaka-164698736954904/

14/01/17

Mama QD 2017

Entri pertama di Tahun 2017. Hari ni dah 14 Januari. Sekejap je masa berlalu kan. Baru nak bercerita di sini. Orang lain dan berpuluh-puluh entri. Bangun.... Bangun Mama QD. Sebelum nak bercerita banyak, layan gambar Tuan Tanah dulu.

Mama QD 2017

Tuan tanah nak interframe kat sini. Assalamualaikum semua ✌.

10/12/16

Mama QD

Lepas ni gelaran Dilaz akan bertukar menjadi Mama QD. Senang sikit nak menulis dan takdelah pening kejap Dila kejap Mama QD. Nak selaraskan dengan nama gelaran di Facebook dan branding diri sendiri. Lebih senang orang nak kenal dan ingat Mama QD kan. 

Mama QD dengan Qistina dan Danish 


Nama blog tak tukar kot sebab malas nak kacau coding Nuffnang. Salam perkenalan kepada follower baru Mama QD😉.

Selamat hujung minggu

Assalammualaikum

Lama tak up gambar sendiri 😃. Selamat hujung minggu. 

Mama QD 

Semoga gembira selalu bersama keluarga tercinta. Selamat bercuti kepada semua anak-anak yang bersekolah. Hari ini Dilaz nak pergi kenduri kahwin. Apa plan kawan-kawan hari ini?

2/09/16

Double 3

2 September 1983 - 2 September 2016.... Genap 33 tahun umur Dilaz. Alhamdulillah syukur masih diberi pinjaman umur yang panjang. Terima kasih kepada kedua ibu bapa Dilaz. Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan yang memberi ucapan selamat hari lahir di Facebook mahupun wasap. Semoga kalian semua juga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki Allah. Aamiin.

Mama QD 

Umur dah 33 tahun, tapi ada yang kata baru 20 lebih 😂. Selamat hari lahir untuk Dilaz. 

31/08/16

Kek Coklat Cheese

Alhamdulillah rezeki Merdeka. Terima kasih Sis Normaliza Mat Yusof untuk kek coklat cheese ni. Memang sedap dan berhantu 😍. Rasa coklat yang padat dan bila makan teringat-ingat. Patut nama kek ni kek hantu.

Kek coklat cheese 

Pengemar kek coklat pasti jatuh cinta. Rugi siapa tak rasa kek ini. Yang tinggal di Melaka boleh order melalui Facebook Normaliza Mat Yusof 😉.

28/08/16

Mana pergi

Assalamualaikum semua.

Ada yang tanya ke mana Dilla pergi tak update blog? 😂😂😂Lama menyepi sebab sibuk uruskan perniagaan online Dilla. Alhamdulillah rezeki keluarga bisnes semakin meningkat. Syukur kepada Allah. 

Mama QD Shoppe 

Jemputlah singgah page Facebook Mama QD Shoppe. Mana tahu ada yang berkenan di hati atau lama mencari barang tu tak jumpa tapi ada di Mama QD Shoppe. Doakan semoga perniagaan Mama QD Shoppe berkembang maju dan dikenali ramai. Aamiin 

FOLLOW BLOG 👉.......http://mamaqdshop.blogspot.my/

3/07/16

Reward diri

Assalamualaikum semua 

Lagi 2 hari nak raya.. sekejap je kan masa berlalu. Rasa baru je mula berpuasa. Tahun ni mood raya tak berapa nak ada. Persiapan raya  pun ala kadar je. Anak-anak yang excited nak raya. Alhamdulillah rezeki di bulan Ramadhan, Dilla reward diri dengan jam tangan baru.

Jam tangan

Ini jam raya namanya.huhuhuhu. Lama dah tak pakai jam tangan sejak berhenti kerja 4 tahun lepas. Kini baru mula semula pakai jam tangan. Mula-mula tu kekok gaklah. Lama-lama ok dah. Berbaloi beli jam ni sebab ada bangle sekali. Walaupun bukan berjenama, Ramai yang tegur kata cantik jam😍.

26/06/16

Hadiah Anniversary

Awal bulan haritu (1 Jun) Anniversary perkahwinan Dilla yang ke 9. Dilla ada buat entri happy anniversary ke-9. Alhamdulilah. Kami tak celebrate pun, cuma bersyukur kepada Allah menjaga ikatan perkahwinan kami berdua. Semoga perkahwinan Ini berkekalan hingga ke syurga. Aamiin. Dilla takde hadiah Anniversary untuk My Love, tapi My Love ada hadiah Anniversary untuk Dilla.

Public Gold 

Inilah hadiah Anniversary perkahwinan untuk Tahun ini. Alhamdulillah syukur😍. Bermulalah koleksi emas Dilla.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails