PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label hadiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hadiah. Papar semua catatan

21/05/17

Jacket hoodie dan Headphone Nescafe

Entries yang terperam lama di dalam draft. Ingat dah pos rupanya belum. Huhuhuhu. Hadiah ni dapat tahun lepas, baru nak upkan. Apalah Mama QD ni.

Peraduan Jom tebus Nescafe ⬇.


Nescafe

Hadiah untuk 2 nama. Nama Mama QD Dan Papa QD


Jacket Hoodie


Headphone


Danish


Tengoklah Danish tu. Dapat je terus nak guns, tak sabar-sabar.


24/10/16

Hadiah dari Pak Ngah dan Mak Ngah

Alhamdulillah syukur rezeki Danish. Dapat hadiah harijadi dari Pak Ngah dan Mak Ngah. Dapat dua 😃

Hadiah 

Hadiah AuTobot. Robot yang boleh bertukar menjadi kereta. Satu untuk Danish dan satu lagi untuk kakak Qistina. Pak Ngah tak nak mereka bergaduh jadi belikan sorang satu.

AuTobot 


Danish pilih warna hijau. Tengok lah tu bukan main senyum simpul lagi kan. 
Danish

Terima kasih Pak Ngah dan Mak Ngah. Danish suka dapat hadiah. Dah semakin besar dan semakin seronok bila tiba hari lahir.

22/10/16

Cup Cake dari kakak

Kakak Qistina balik sekolah terus bagi Cup Cake kat adik Danish. Pakcik Kirin pun bagi Cup Cake gak. Qistina dapat sebungkus Cup Cake dan sekotak air teh bunga. Simpan untuk Danish sebab dia tahu adik dia suka. Inilah yang Qistina bawa lik. 

Cup Cake coklat 

Qistina kata guru kelas yang bagi sempena hari kanak-kanak. Baik hati cikgu. Terima kasih cikgu.
.

Danish dan Cup Cake 

Seronok Danish dapat Cup Cake tu💃. Sayang kakak kat Adik  kan 😘.


3/07/16

Reward diri

Assalamualaikum semua 

Lagi 2 hari nak raya.. sekejap je kan masa berlalu. Rasa baru je mula berpuasa. Tahun ni mood raya tak berapa nak ada. Persiapan raya  pun ala kadar je. Anak-anak yang excited nak raya. Alhamdulillah rezeki di bulan Ramadhan, Dilla reward diri dengan jam tangan baru.

Jam tangan

Ini jam raya namanya.huhuhuhu. Lama dah tak pakai jam tangan sejak berhenti kerja 4 tahun lepas. Kini baru mula semula pakai jam tangan. Mula-mula tu kekok gaklah. Lama-lama ok dah. Berbaloi beli jam ni sebab ada bangle sekali. Walaupun bukan berjenama, Ramai yang tegur kata cantik jam😍.

10/02/16

Ole-ole dari Langkawi

Rezeki Qistina dapat ole-ole dari Langkawi. Kawan baik Qistina (Falisha) beri ini kepada Qistina. Dia beli masa bercuti di Langkawi. Comel sangat penanda buku tu. 

Penanda buku

Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com

Terima kasih Falisha sebab ingat Qistina walau pergi bercuti. Inilah dinamakan teman sejati. InsyaAllah nanti Qistina bercuti Qistina beli ole-ole untuk Falisha lak.

 Hadiah menarik untuk tersayang 468 x 60

9/02/16

Petronas Giftcard

Alhamdulillah rezeki Chinese New Year, Dilla dapat Petronas Giftcard RM 30. Dilla langgan plan bulanan Xpax pastu dapat sms minta redeem Petronas Giftcard di Celcom Blue. Dengan pantas ajak My Love pergi redeem kad tu.

Petronas Giftcard

Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com 

Dah dapat pun kad tu dan boleh terus guna. Boleh reload bila dah habis. Kad ni ala-ala debit kad la memang best. Terima kasih Celcom dan Petronas.

 Hadiah menarik untuk tersayang 468 x 60

Kemenangan ke-3 tahun 2016

19/01/16

Hadiah USB Mini Fridge

Alhamdulillah... Hadiah kedua untuk Tahun 2016. Terima kasih MyNews.com dan F&N. Dapat Seasons USB Mini Fridge. Cute sangat 😍😍😍😍. 

Mini fridge usb

Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com 

Ini contest MyNews tahun lepas. Beli air F&N dan jawab soalan susun gambar mengikut kegemaran. Dilla main susun je tak sangka menang. Rezeki Allah. Pertama kali menang contest MyNews. Syukur selalu. Tahniah kepada kawan-kawan lain yang menang. Bawah ni antara hadiah untuk pemenang tu.

1st Prize x 1...Samsung Smart TV 48"
2nd Prize x 3...Samsung S6
3rd Prize x 50....USB Mini Fridge

 Hadiah menarik untuk tersayang 468 x 60

26/12/15

Hadiah Krismas dari 8Share

Semalam 8Share ada buat Giveaway dalam tempoh 3jam siapa yang Share specials Giveaway akan menerima RM10 setiap seorang. Hanya 30 orang pertama yang bertuah. Dilla pun cubalah join, mana tahu ada rezeki kan. Alhamdulillah rezeki Dilla dan Dilla terpilih di antara 30 orang tersebut. Kiranya hadiah Krismas dari 8Share la ni.

Siapa nak JOIN 8Share, KLIK SINI



Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com 

Alhamdulillah rezeki dari Allah. Bertambahlah Earning Dilla. Kita kumpul lagi, sikit-sikit lama-lama banyakkan. Terima kasih 8Share.

Siapa nak JOIN 8Share, KLIK SINI

 Hadiah menarik untuk tersayang

1/12/15

2 Tiket wayang MBO Cinema

Alhamdulillah dan syukur selalu, 2 tiket wayang MBO Cinema yang menang Hadiah saguhati dari Kuala Lumpur Kids dah selamat sampai. 


Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com 

Tapi expired tiket hujung Disember ni. My Love suruh simpan dulu sampai filem Star Wars keluar baru tengok. Okeylah, tak lama lagi pun nak kuar kan. Kita tunggulah. Terima kasih Kuala Lumpur Kids. Ini semua berkat join contest. Jika lebih rajin join pasti lebih banyak kemenangan.

 Hadiah menarik untuk tersayang

13/11/15

Hadiah dari Cik EN dah sampai

Alhamdulillah hadiah dari Cik EN dah selamat sampai hari Isnin. Baru nak update kat sini. Terima kasih Cik EN atas hadiah tersebut. Semoga Cik EN lebih dimurahkan rezeki Allah dan diberi kesihatan yang baik. Amin.


Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com 

Warnanya merah seksi tu. Terkejut My Love tengok Dilla pakai lipstik warna merah. Huhuhuhu.

P/s : mood ke laut ni nak update blog. Kita blogwalking jelah dulu.

 Hadiah menarik untuk tersayang

4/11/15

Menang Giveaway Ms EN

Alhamdulillah rezeki Allah.. Lama dah tak join Giveaway di Blog dan tak sangka ada rezeki di sini. Dilla menang di Giveaway NurFuzie Dot Com. Tahniah pada semua pemenang. Nak tahu siapa yang bertuah tu KLIK SINI


Jom shopping baju muslimah dan jubah SweetMuslimah.com


Hadiah menarik untuk tersayang
 
Menang Monomola


Terima kasih pada Eintan aka cik EN dan semua sponsor. Semoga kalian lebih dimurahkan rezeki Allah. Amin.

6/10/15

Menang RM100 dalam wasap group

Rezeki dari Allah dan rezeki tak disangka. Cerita bermula pada hari Ahad lepas dalam wasap group TCSJB. Mula-mula cerita tentang jumlah kalori dalam makanan dan member yang bernama Said buat satu soalan mengenai patri asal dari mana dan dibuat daripada apa. Alhamdulillah Dilla dapat cari jawapannya dan menang RM 100. Syukur selalu. Terima kasih Said atas soalan tersebut dan juga hadiah RM 100. Semoga Allah murahkan rezeki dan sentiasa melindungi kamu selalu. 


Patri ni sejenis makanan yang dibuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kari ayam. Lebih kurang macam lempeng lah. Patri berasal dari masyarakat Malabari dari Kerala, India yang berhijrah ke negeri johor. Said kata patri ni dah banyak ada di kedai-kedai luar Johor. Dilla belum jumpa lagi patri ni di kedai. Jika jumpa Dilla nak cubalah patri ni

SweetMuslimah.com

23/09/15

Kain Percuma

Rezeki Allah itu datang dalam pelbagai cara dan bentuk. Allah beri Dilla rezeki kain ela dari Sabah pemberian dari MIL Dilla. Alhamdulillah dapat kain percuma.  Lembut kainnya dan ia corak batik. Dilla pun jarang ada baju batik ni. Syukur selalu. Inilah kain ela tu

Kain ela corak batik

.
.
.
.

Batik sutra

Syukur selalu. MIL kata okey tak warna tu. Dilla kata okey je. FIL kata kulit putih okey pakai warna ni. Hehehehe. Tak sabar nak hantar buat baju kurung. Terima kasih emak sebab belikan kain ela ni dan ingat kat menantu dia ni. Muuaaahhhh sikit.

Jom shopping baju muslimah dan jubah di sini
SweetMuslimah.com

20/09/15

Pendrive Nescafe

Kali kedua Dilla menang pendrive. Yang pertama dulu menang pendrive SPY. Lepas ni bolehlah kumpul untuk dijadikan koleksi peribadi. Alhamdulillah syukur selalu. Hadiah ni dapat dari contest kumpul dan menang penutup NESCAFE. Last minute join jadi dapat satu jela. Okeylah dari takde kan.



Kemenangan ke 10 untuk Tahun 2015

30/08/15

Hadiah dari Nenek

Rezeki Allah datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Tak pada kita datang kepada pasangan ataupun kepada anak-anak. Ini rezeki anak-anak, hadiah dari nenek untuk cucu-cucu tersayang. MIL Dilla belikan Lenovo Tab 2 untuk Qistina dan Danish. Alhamdulillah syukur selalu. 



Bukan main seronok mereka berdua dapat Tab 2. Selamat handphone Mama Danish tak kacau. Terima kasih nenek, kami suka dan sayang nenek.




15/08/15

Terima kasih Mama Tisya

Alhamdulillah rezeki penghujung Syawal. Dilla antara yang bertuah menang Giveaway anjuran Mama Tisya. Syukur selalu. Sesekali join Giveaway dan ada rezeki. Dilla dapat RM5. Terima kasih Mama Tisya. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki Allah dan diberi kesihatan yang baik. Amin



Kemenangan keenam untuk 2015

7/07/15

Menang produk Sendayu Tinggi

Ini rezeki bulan Ramadhan. Hadiah untuk contest IG SENDAYU TINGGI haritu dah selamat sampai. Alhamdulillah. Dilla menang produk Sendayu Tinggi bernilai RM 400. Melaram sakan la raya nanti. Lama dah tak bermake up ni. Kena belajar semula. Terima kasih Sendayu Tinggi di atas hadiah ini. Saya suka.



19/06/15

Rezeki Jumaat-Voucher RM 50 MPH

Rezeki di hari Jumaat. Balik ambil Qistina dari sekolah nampak ada surat dalam peti surat. Suka tak terkata bila hadiah yang ditunggu dah selamat sampai. Ingat tak bulan lepas Dilla ada buat entri pasal menang contest di IG. Tak ingat, baca NIE...CONTEST INSTAGRAM CHAMPSVITAMIN. Dapat RM 50 Voucher MPH. Alhamdulillah. Pasni bole shopping buku kat MPH. Terima kasih Champs. Ramai juga kawan2 lain yang dah selamat terima voucher masing-masing.

Semoga kami sekeluarga lebih dimurahkan rezeki Allah selalu. Amin 




3/06/15

Menang SMS

Cerita 1 Jun 2015.... Dilla dapat sms dari Majalah Lisa. Alhamdulillah menang untuk peraduan SPY. Pertama kali masuk peraduan sms majalah dan ada rezeki menang. Syukur pada Allah.






Hadiah tu kena collect sendiri atau boleh diwakilkan. Nasib ada member yang baik hati tolong amikkan hadiah tu. Terima kasih sangat sebab Allah permudahkan urusan. Ini yang Dilla dapat untuk contest sms tu.






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails