PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

29/10/16

Menabung dengan Tabung Kertas dan Syiling

Ni tabung Danish, Pinky gitu 😜. Tabung Number Bank atau kata lain tabung ATM. Kenapa ATM sebab nak buka tabung ni kenalah masukkan password. Orang lain tak dapat buka tabung jadi selamat sikit. 

Tabung Money Safe 

Danish suka simpan duit dalam ni sebab laju je tabung ni sedut duit. Tabung ni Boleh simpan duit kertas dan juga duit syiling. Hari-hari minta Mama duit sebab nak masuk dalam tabung. 

Danish nak kumpul duit beli mini Scooter tau. Nak tabung macam Danish cari Mama QD 😍. Macam-macam jenis tabung ada dijual. Boleh cari tabung unik yang lain di Facebook Page Mama QD Shoppe 👉 https://m.facebook.com/Mama-QD-Shoppe-235695703155204/

Happy Deepavali

Happy Deepavali

Happy Deepavali 

25/10/16

Thai Malay Expo Melaka 2016

Berita baik untuk pengemar makanan Thai ni. Thai Malay Expo Melaka 2016 akan berlangsung pada 27 Oktober sehingga 2 November 2016 di Dataran MITC (Melaka International Trade Centre). Masa dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Siapa berkelapangan bolehlah datang ke sana 😃. 

Thai Malay Expo Melaka 2016

24/10/16

Kek Besday Danish

Dah 4 tahun baru nak dapat kek sebiji. Tahun sebelumnya selalu Mama belikan Danish kek slice je. Tahun ni dapatlah Danish sebiji kek Secret Receipe ni.

Kek Secret Receipe 


Tak sabar-sabar nak tiup lilin tu



Posing dulu sebelum potong kek




Tak sabar nak potong kek Besday boy ni. Nampak kegembiraan di wajah Danish.



InsyaAllah tahun depan kita buat majlis hari lahir ngan kawan-kawan ya sayang. Mesti Danish suka. 

Hadiah dari Pak Ngah dan Mak Ngah

Alhamdulillah syukur rezeki Danish. Dapat hadiah harijadi dari Pak Ngah dan Mak Ngah. Dapat dua 😃

Hadiah 

Hadiah AuTobot. Robot yang boleh bertukar menjadi kereta. Satu untuk Danish dan satu lagi untuk kakak Qistina. Pak Ngah tak nak mereka bergaduh jadi belikan sorang satu.

AuTobot 


Danish pilih warna hijau. Tengok lah tu bukan main senyum simpul lagi kan. 
Danish

Terima kasih Pak Ngah dan Mak Ngah. Danish suka dapat hadiah. Dah semakin besar dan semakin seronok bila tiba hari lahir.

22/10/16

Cup Cake dari kakak

Kakak Qistina balik sekolah terus bagi Cup Cake kat adik Danish. Pakcik Kirin pun bagi Cup Cake gak. Qistina dapat sebungkus Cup Cake dan sekotak air teh bunga. Simpan untuk Danish sebab dia tahu adik dia suka. Inilah yang Qistina bawa lik. 

Cup Cake coklat 

Qistina kata guru kelas yang bagi sempena hari kanak-kanak. Baik hati cikgu. Terima kasih cikgu.
.

Danish dan Cup Cake 

Seronok Danish dapat Cup Cake tu💃. Sayang kakak kat Adik  kan 😘.


21/10/16

Selamat hari lahir Danish (4 tahun)

21.10.12 - 21.10.2016

21.10.12......4 tahun yang lalu begitu perit untuk melahirkanmu. Banyak darah keluar sebelum kamu keluar. kembar darah. Tiada bilik di wad sebelum saat kamu lahir dan juga selepas kamu lahir. Sampai kebiruan kamu kesejukan menunggu untuk dihantar ke bilik sebab tiada bilik kosong di wad. 2 jam lebih menunggu baru ada bilik kosong itu pun selepas Papa asyik tanya dengan jururawat.

Apabila tiba masa bersalin, jururawat masih tak percaya kamu mahu lahir ke dunia sebab bukaan masih kecil. Alhamdulillah kamu selamat dilahirkan dan tiada komplikasi yang serius. Walau Mama dah banyak darah keluar sebelum kamu keluar, Mama kuat untuk melahirkanmu kerana tak sabar melihat kamu. Lahir jam 10.41 malam dengan berat 3.4 kg secara normal. 

Hari pertama Danish dilahirkan 

21.10.16..... Hari ini genap 4 tahun umur Danish. SELAMAT HARI LAHIR DANISH 🎂🍴🎊. 

Danish 4 tahun

Semoga Danish diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki Allah. Semoga Danish menjadi anak yang Soleh dan mendengar kata Mama dan Papa. Aamiin. Inilah intan payung Mama QD 😍



16/10/16

Ada gaya tak?

Dah besar anak-anak Mama ni.  Ada gaya polis tak?

Qistina Dan Danish

 Sekarang kalau nak beli mainan tak boleh beli satu. Nak beli kena beli dua, kalau tak mesti bergaduh. Kali ni Danish minta cukai Dari Papa. Minta senapang lak. Dah berapa banyaklah mainan Kat rumah. Pening Mama.

2/10/16

Salam Maal Hijrah 1438H

Salam Maal Hijrah 1438H kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga tahun baru Islam ini kita dapat lebih keberkatan dari Allah dan lebih dimurahkan rezeki. Aamiin.

Semoga anda semua Kaya berjaya dunia akhirat.

Salam Maal Hijrah 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails