PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

26/05/14

Kenapa Shaklee

Kenapa Shaklee....Kenapa bila kata buat bisnes MLM mesti orang kutuk dan mengata??? Mungkin mereka tak tahu cara marketing atau pernah ditipu beli barang beribu-ribu semasa buat MLM. Atau buat-buat tak jadi dan tak berjaya.



Arwah mak Dilla dulu pernah join MLM gak seperti Zulian dan Amway. Malam-malam dan weekend selalu ada meting dan kena pergi rumah ke rumah untuk jual produk tersebut. Kekadang tu pernah bawa Dilla dan adik-adik sekali sebab masa tu nak keluar jalan-jalan pastu customer call emak nak beli barang. Emak buat MLM ni hanya sebagai part-time untuk bantu tingkatkan ekonomi keluarga.

Dilla ada ikut minat emak ni. Sebelum join Shaklee saya ada juga join Zulian. Pernah gak pergi meting malam-malam, anak kena tinggal (masa tu Qistina kecil lagi). Paling tak suka kena jumpa orang sana sini promote barang tu dan kena paksa cari orang bawah (downline tau). Oleh sebab tak de minat yang mendalam dalam Zulian, Dilla stop buat. Sekarang Dilla pilih Shaklee. Kenapa Shaklee?



Shaklee ni lain dari yang lain. Dilla bertuah sebab dapat join Shaklee di bawah Group Jutawan Shaklee. Dalam group ini bukan hanya bantu dalam ilmu marketing malah mengajar ilmu kerohanian (banyakkan menjemput rezeki). Paling penting ia ada Mentor yang akan ajar kita dari "Zero to Hero". Kita tak perlu pergi ke rumah-rumah dan meting tengah-tengah malam. Shaklee ni hujung jari je. Semuanya online...dari nak daftar new member, belian hingga ke coaching. Rugi yer siapa tak join dan melengah-lengah nak join Shaklee ni.

Jadi ahli Shaklee ni macam juga jadi ahli kat Jusco, Tesco, Watson ataupun Bonuslink. Bila kita beli barang akan dapat point. Cukup point kita boleh redeem hadiah atau Voucher. Betul tak? Haaaa macam tu gak Shaklee. Setiap barang ada point sendiri (tapi Shaklee panggil uv). Bila uv cukup layak dapat Cash Bonus. uv tak carry forward dan cash bonus dari 5%-21% tau. Walaupun permulaan dapat dalam RM 30 kena bersyukur. Siapa yang nak bagi RM 30 tu percuma kan. Nak bonus banyak, kena usaha lebih. Kejayaan tak datang bergolek macam bola.


Dilla nak bantu lebih ramai orang sihat dan bantu lebih ramai orang tingkatkan ekonomi keluarga mereka. Dilla percaya satu hari nanti Dilla akan berjaya di dalam Shaklee. Jom ramai-ramai join Shaklee dan bantu lebih ramai orang. 9/10 rezeki itu datang dari berniaga dan rezeki itu milik Allah


22/05/14

Jom menabung

Alhamdulillah, syukur

Terima kasih Ya Allah kerana beri Dilla masa dan kesempatan untuk update blog ini. Tak delah ia sunyi sepi tanpa entri baru. Ada yang menanti entri baru dari Dilla ke (bajet macam artis lak...perasan). Hari ini Dilla nak cerita tentang jom menabung.

Kenapa kita perlu menabung? Sebab untuk masa depan dan untuk kita merancang pergi bercuti bersama keluarga. Menabung ni perlu istiqamah dan jangan amalkan konsep hangat2 tahi ayam. Mulalah menabung dari wang syiling hingga ke wang kertas. Dilla sekarang syiling baru 50 sen dan 20 sen mesti masuk tabung. 50 sen yang lama pun Dilla masuk tabung. Duit kertas lak, RM 5 mesti masuk tabung cuma kekadang terbabas guna gak. Ada orang dia akan simpan duit RM 5 dan RM 20. Itu semua terpulang pada individu kan. LAin orang lain caranya. Tak pe yang penting dia nak menabung kan.

Tabung Dilla bentuk botol susu (untuk duit kertas) dan bentuk epal (untuk duit syiling), tabung My Love bentuk burger (just duit syiling), Qistina tabung gambar Princess dan Danish tabung peti pos. Masih ingat lagi dulu ada tabung rimau dan tabung bangunan tabung haji. Sekarang ada lagi ke tabung tu. Tabung kawan-kawan macam mana???

Jadi apa nak tunggu lagi, mulalah menabung dari sekarang. Tak de istilah terlambat dalam dunia ni. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.....Jom menabung.

 

Ini tabung Dilla dulu masa kecik. Sekarang dah jadi tabung Danish

 
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails