PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

29/01/14

Danish masuk majalah

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua

Macam mana nak jadi blogger tegar kalau entri kejap ada kejap tak de kan. hihihihihi. Okeylah biarlah janji Dilla akan sentiasa ingat kat kawan2 blogger semua walau jarang update blog dan berblogwalking. Cerita ni dah basi sangat, cerita tahun lepas. Tapi still nak update sebab inikan blog peribadi Dilla. Cerita tentang diri Dilla dan juga keluarga. Nanti akan dijadikan kenangan buat anak cucu kemudian hari.

Danish masuk majalah...glamour jap budak bujang ni. Sebelum ni kakak Qistina. Siapa terlepas baca entri tentang Qistina masuk majalah. Boleh baca ni..Klik.. Banyak kali gak Qistina masuk majalah. Sekarang turn adik dia lak. Terkejut gak tak sangka Danish masuk majalah, sebab baru hantar dah terpilih. Meh tengok aksi Danish tu


danish masuk dalam ruangan Si Comel majalah Seri Dewi & Keluarga


Keluaran September 2013



Ini gambar realnya. Si botak dan bulat. Senyum tak nampak gigi. Tapi comel.huhuhu


Semoga Danish akan lebih dimurahkan rezeki dan berpeluang menang apa-apa contest yang mama join untuk Danish. Jadi anak yang baik ye

24/01/14

Renung-renungkanlah

Salam hari Jumaat
Dihari yang mulia ini Dilla nak sesuatu untuk semua. Petikan dari buku "Kerana-mu Aku Berubah" tulisan Ruhana Zaki.


Istimewa Ilmu


Ilmu mampu memberikan banyak kelebihan kepada pemiliknya melalui jaminan Allah sepertimana dalam firman-Nya: 
"Allah memberi hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu, maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak"    Surah Al-Bawarah: 269


Ilmu juga dapat meninggikan dan membezakan taraf dalam kalangan manusia.
Firman Allah yang bermaksud:
"Katakanlah adakah sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna" Surah Az-Zumar:9


Ilumu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan sesorang itu bertakwa dan mencintai Allah dan Rasul-Nya. Firman-Nya bermaksud:
"Sesungguhnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah daripada kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang yang berilmu"  Surah Faatir:28


P/S: Ilmu itu penting dalam kehidupan kite. Belajarlah selagi boleh. Selamat maju jaya


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails