PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

21/06/11

Malam hari bersama MY Love

Selamat pagi semua.

Dah makan pagi lum. Lama dah peram gambar nie. Baru hari nie nak tulis entri. Dilaz nak kongsi cete ngan kawan-kawan semua. Qistina kan kat kampung, dah seminggu Qistina kat kampung. Memang rindu sangat. My Love sampai demam terlalu rindukan anaknya. Anak bapaklah katakan. Okeylah malas nak membebel panjang-panjang. Meh layan gambar-gambar nie




Tuan tanah posing...My Love amik gambar suka amik senget


 Iklan ubat gigi kot nie...lama tak amik gambar berdua


Waktu kejadian adalah pada malam Sabtu. Ingat nak tengok wayang tapi tak jadi. Jadi Kiteorang makan kat tepi pantai di waktu malam. Romantik tak? Tapi gambar tengah makan lupa nak amik. Ramai orang dating kat sini.


20/06/11

Renung-renungkan

Dilaz jumpa artikel nie masa berBW. Kredit untuk mejabulatku
 
SERDANG - Tidak mengenang jasa, apabila seorang anak sanggup menghalau ibu bapanya yang sudah tua keluar dari rumahnya di Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan, di sini, gara-gara termakan hasutan isteri yang baru dikahwini tiga bulan lalu.

Lelaki berumur 40 tahun itu dikatakan terlalu mengikut kata-kata isterinya berusia 20-an apabila selalu bertengkar dengan kedua-dua orang tuanya hampir saban hari sebelum menghalau kedua-duanya keluar sehelai sepinggang kira-kira jam 1 pagi, Ahad lalu.

Mangsa dikenali sebagai Chor, 69, berkata anak lelakinya itu sepakat dengan isterinya dengan menukar kunci menyebabkan dia dan isteri, May, 65, tidak dapat masuk ke rumah yang didiami sejak 10 tahun lalu.

Katanya, ketika kejadian dia yang bekerja sebagai pemandu bas sambilan pulang ke rumah bersama isteri, namun terkejut selepas mendapati kunci utama sudah ditukar hingga menyukarkan mereka memasuki kediaman itu.

“Dalam kegelapan malam, saya dan isteri dengan perasaan sedih cuba memasuki rumah itu dengan memanjat pagar tetapi tidak berjaya dan mengambil keputusan menumpang tidur di rumah anak bongsu yang tinggal kira-kira lima kilometer.

P/S: Sungguh tak berhati perut. Bile mak bapak dah tak de baru dia tahu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails