Pages - Menu

2/08/11

Family Day Eon-Part I

 Salam semua.

Selamat berpuasa. Jangan ponteng-ponteng puasa tau kecuali yang uzur atau bersebab. Kawan2 ingat lagi tak bulan lepas Dilaz ada kata nak pergi Family Day kat Port Dickson. Kalau tak ingat, baca nie dulu.

Family Day tue diadakan pada 23 dan 24 Julai 2011 di Permaisuri Beach Resort. Ini adalah Family Day Eon cawangan negeri Melaka. Dilaz sebenarnya first time pergi family day anjuran syarikat. Almaklumlah sebelum ni kerja jat Guardian bertahun-tahun pun tak pernah ada family day. Dinner adalah, tu pun tak pernah dapat pergi. Alasan tak de orang nak closing sale malam dinner tu. Semua tak nak mengalah, jadi Dilazlah mengalah.hehehe.

Hari pertama family day :
Kiteorang bertolak dari Eon Melaka jam 12.40 tengahari (mula-mula janji jam 11.00 pagi...janji melayu) dan sampai hotel lebih kurang jam 1.40 petang. Check in hotel jam 2 petang. Masuk je hotel rehat dan tido sebab letih tunggu diaorang berkumpul lama sangat. Jam 5 petang nak kena turun ada aktiviti di tepi pantai. Qistina mesti suka nie sebab dapat main pasir. Nanti Dilaz sambung aktiviti tu di entri lain erk...tunggu


P/S : Gambar Dilaz tak de dalam nie. Ni amik dari FB member My Love

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih daun keladi,
Jika sudi komenlah lagi.

YOU ARE ALWAYS IN MY MIND