Pages - Menu

26/05/11

PROTON SAGA FL 1.6L EXECUTIVE

Semalam My Love ada bagitau Dilaz hari nie Proton Saga FL nak keluar model baru. Model Saga FL 1.6L Executive. Dilaz tengok leaflet dia memang lawa sangat. Harga pun berpatutan. Siapa berminat boleh hubungi EN FIRDAUS : 019-6510739.
SUMBER DARI ARENA KERETA

Hari ini Proton Edar telah mendedahkan di dalam laman web mereka varian terbaru Proton Saga FL 1.6L Executive dengan enjin CamPro IAFM, 4-silinder DOHC 16V. Model 1.6 liter ini mengeluarkan kuasa maksimum 110hp@6,500rpm dan tork maksimum 148Nm@4,000rpm.




Saga FL 1.6L Executive 21 Proton Saga FL 1.6L Executive   ditawarkan pada harga kompetetif RM46,549.00


Dengan tangga harga RM46,549.00, ianya pasti memberi saingan kepada model Persona dan sedikit sebanyak bakal ‘mencuri’ pasarannya, namun PROTON kekal bijak apabila secara serentak melancarkan Persona dengan warna baru lebih menawan, Solid White.

Perbezaan harga semasa Saga FL 1.6L Executive dengan Saga FL 1.3L Executive cuma sekitar RM3,250.00, berada pada tahap kompetetif dengan apa yang ditawarkan. Saga FL 1.6L didatangkan dengan satu warna sahaja iaitu Solid White, bukan itu saja, ia juga tersedia transmisi automatik 4-kelajuan, tiada versi manual, juga bukan CVT. Satu kerugian, lebih baik PROTON turut mengeluarkan versi manual untuk sebuah kereta yang telah mengalami peningkatan kuasa seperti ini.
Saga FL 1.6L Executive 5 Proton Saga FL 1.6L Executive   ditawarkan pada harga kompetetif RM46,549.00



Antara perbezaan lain untuk model Saga FL terbaru ini ialah sport rim aloi baru yang dipinjamkan dari Saga BLM Special Edition, bersaiz 14 inci dengan tayar dari siri 185/60R14 , garisan ‘sticker’ panjang di sisi yang menjadikannya lebih sporty, turut dilengkapkan dua beg udara untuk pemandu dan penumpang, serta kemasan warna ‘dark chrome’ di bahagian interior seperti panel konsol tengah, pemegang pintu dan corong penyaman udara. Apa yang masih kurang ialah brek belakang masih dilengkapi dari jenis dram, bukannya brek cakera ventilasi seperti di depan.
Saga FL 1.6L Executive 4 Proton Saga FL 1.6L Executive   ditawarkan pada harga kompetetif RM46,549.00
Kelajuan model ini ialah 165 km/j, pecutan dari 0-100 km/j dalam tempoh 12.5 saat, dengan berat kering (kerb weight) 1075 kg. PROTON telah mengeluarkan foto-foto studio Saga FL 1.6L Executive, jika anda berminat, model ini sudah boleh ditempah dan kini sudah berada di bilik pameran PROTON di seluruh negara. 

Saga FL 1.6L Executive 3 Proton Saga FL 1.6L Executive   ditawarkan pada harga kompetetif RM46,549.00

 Jika sudi, Klik Nie sekali

Bertukarlah ke PROTON EXORA untuk keselesaan keluarga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih daun keladi,
Jika sudi komenlah lagi.

YOU ARE ALWAYS IN MY MIND