Pages - Menu

7/05/11

Meh kenal Dilaz dengan lebih dekat

Sebenarnya tak tahu nak tulis entri apa. Tiba-tiba terfikir nak buat entri pasal diri Dilaz. Mana tahu lepas nie nak buat Contest atau Teka-teki ker? Adalah klu untuk kawan-kawan semua. Okeylah, tak nak panjang cerita. Meh kenal Dilaz dengan lebih dekat.

Nama penuh Dilaz ialah Nurfadilah binti Suardi.
Dilaz lahir pada 2 September 1983 jam 8.05 pagi.
Dilaz anak sulung dari 4 adik-beradik (semua perempuan).
Lepas SPM, Dilaz belajar kat Matrikulasi dan sambung di Universiti Utara Malaysia.

Dilaz semestinya dah kahwin dan suami Dilaz namanya Mohd Norfirdaus bin Sulaiman.
Dilaz nikah pada 1 Jun 2007, sanding pada 2 Jun 2007


Ini gambar sanding kat rumah Dilaz (warna baju,hijau pucuk pisang)


Dilaz dulu kerja kat Guardian Pharmacy dan pengalaman keje kat Guardian adalah 3 tahun.
Jawatan di Guardian sebagai Retail Executive.
Seronok keje kat Guardian sebab gaji Dilaz bolehlah tahan masa tu, tak seronoknya kerja shift malam. Sebab tu berhenti kerja

Kenangan masa kerja di Guardian Pharmacy




Yang nie, sapa lagi jika bukan Buah hati Dilaz..Nur Qistina binti Mohd Norfirdaus.
Comelkan.


Sekarang nie, Dilaz kerja sebagai Penyelia Pusat Siber Rakan Muda.
Kerjanya senang jer, tapi gaji sikit jer. Syukur Alhamdulillah dari tak de kerja.

Perangai Dilaz.....
Dilaz suka senyum bile jumpa orang, tak kiralah dengan siapa.
Ada orang kata Dilaz nie sombong (kali pertama jumpa), tapi sebenarnya tidak. Cuma mungkin Dilaz serius sikit kot sekarang nie.
Dilaz suka main boling, tapi tak de kawan nak main. My Love tak suka. Teringat dulu masa belajar kat Matrikulasi.
Sekarang nie, jika ada masa lapang, Dilaz suka buat Cross-stitch. Impian Dilaz nak buka kedai yang menjual barang-barang cross-stitch satu hari nanti.


Rasanya setakat nie jer kot. Nanti Dilaz cete lagi. Terima kasih sudi meluangkan masa membaca tentang diri Dilaz. Ingat entri nie tau, sebab nanti bile Dilaz buat Contest senang pada kawan-kawan.


Nak hadiah dari Tupperware, KLIK SINI


4 ulasan:

  1. hehehe kena ambik tau ni...

    BalasPadam
  2. ooo..
    kita nie sebaya lah yer..
    Matrik kat mana dulu?
    cute mum kay kota baru..
    pastue sambung kat usm..

    BalasPadam
  3. ZF:Haah,kena amik tahu nanti nak buat contest

    BalasPadam
  4. Cute Mum:haah sebaya, dulu dilaz kat matrik pekan,pahang.oo tak sangka Cute Mum pun matrik gak

    BalasPadam

Terima kasih daun keladi,
Jika sudi komenlah lagi.

YOU ARE ALWAYS IN MY MIND