Masa berBW tadi, Dilaz terbaca entri nie " Hati-hati semasa melakukan 'Love Bite' dan terus nak kongsi dengan kawan-kawan semua. Sumber cerita dari" SINI"
Daily Mail melaporkan seorang wanita separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung sebagai akibat gigitan asmara yang dilakukan oleh kekasihnya. Wanita yang tidak dinyatakan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland kerana tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.
Kes itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan.
Para doktor mengesyaki wanita itu diserang sakit jantung walau pada mulanya gagal mengesan puncanya. Mereka kemudiannya memeriksa kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemukan punca serangan sakit jantung berkenaan.
Gigitan asmara itu menyebabkan kerosakan pada pembuluh darah itu dan pembentukan darah beku. Darah beku itu kemudiannya mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok.
Jadi, sekarang ‘Love Bite’ bukan sahaja sesuatu yang menyeronokkan tetapi juga boleh bawa maut.
Oleh: JUNHAIRI BIN ABD JALIL
ish3x tak sangka leh jadi camni...
BalasPadamZF:Betul tu.Sebab darah tu jadi beku.darah beku kan bahaya
BalasPadamPasangan tu dah tua kot..
BalasPadamAlan Rizque:Mungkin gak, tu tak pasti
BalasPadam