Pages - Menu

30/04/11

Hadiah dari Puan Norzie a.k.a Cempaka Kuning

Tadi Dilaz cete pasal Hadiah dari Mamalieyna kan. Sekarang nak kongsi cete pasal hadiah dari Cempaka Kuning lak. Siapa nak tahu kenapa bagi hadiah nie, Klik sini

Dilaz dapat hadiah nie hari Rabu lepas. Ingatkan surat apa lah tadi, sekali buka dapat nielah



Dilaz dapat hadiah nie sebab jadikan CEMPAKA KUNING sebagai Referral dalam contest JEJARI ASMARA. Cempaka Kuning tag Dilaz so Dilaz pun joinlah. Terima kasih kepada Cempaka Kuning sebab bagi hadiah nie.  Lepas nie taglah Dilaz lagi.

Nak dessert nie



Nak minta maaf pada Mamalieyna

Huhuhu...mesti ada yang pelikkan nape Dilaz nak minta maaf pada Mamalieyna .Sebenarnya sebelum ni Dilaz ada join Contest Mamalieyna "Sweet & Cute Baby Exploration Time Contest". Dah lama dah Contest nie berlalu, tak silap macam tahun lepas je kan. Jika silap Dilaz minta maaf erk.

Dilaz nak minta maaf pada Mamalieyna sebab baru nak buat entri pasal hadiah yang Dilaz dapat dari contest tu. Masa Dilaz kemas almari buku ternampak kad Mamalieyna nie dan baru teringat belum buat entri lagi. Itulah akibat jika suka bertangguh-tangguh. Inilah kad pemberian Mamalieyna.


Qistina hanya menang hadiah saguhati. Tapi Dilaz rasa bersyukur sangat, sebab Qistina ada rezeki menang. Masa tue memang tak sangka boleh menang sebab baru berjinak join contest dari rakan Blogger. Dulu Dilaz join contest dan Giveaway dalam blog nie. Sekarang Dilaz dah buat Blog khas untuk Contest jer iaitu blog DILAZ FAMILY CONTEST & GA

Inilah hadiah yang Qistina dapat 

 Dua beg syiling yang comel...
Satu Qistina satu lagi Dilaz pakai isi syiling (ramai orang tegur comel beg syiling nie)


Dan cermin kartun yang comel
Masa posmen hantar bungkusan nie, cermin tue dah pun pecah. Sedih sangat, tapi Dilaz still simpan dengan baik. Dilaz ingat nak ganti cermin tue pada cermin yang baru lepas tue leh letak kat bilik Qistina mesti Qistina suka.
P/S: Apa-apapun terima kasih ye Mamalieyna sebab pilih Qistina sebagai pemenang. Nanti buat contest inform Dilaz, Dilaz nak join lagi.

Jom makan PIZZA dan jimat 50%


"JOM JOIN SEGMEN PS "

Klik banner untuk join..
 
Dilaz nampak segmen nie dari Blog CUTE MUM pagi tadi dan terus join. Cute Mum nie memang idola Dilaz selepas Mrs K.

Kenapa nak join Segmen:
Dilaz nak join sebab nak upkan traffic untuk blog DILAZ FAMILY nie. Pas tu harap PS dapat masukkan blod Dilaz dalam bloglist PS walaupun tak menang. Selain tue sebab nak tambah kawan dalam dunia Blog nie. Lepas nie harap PS sudi datang blog Dilaz.
Pendapat tentang blog PS:
Dilaz tak reti nak beri komen....tapi harap diterimalah komen nie. Dilaz rasa blog PS ni kena tukar template yang terang sikit kot dan ada unsur kesenian juga macam template yang PS pakai nie. Dilaz juga kagum dengan PS sebab ada jiwa seni. Semoga PS akan maju dan menjadi Blogger Seni yang terkenal suatu hari nanti. Dilaz minta maaf jika ada kata-kata yang menyinggung perasaan PS dalam pendapat yang diberi

Segmen tamat pada:
30 April 2011 jam 12 tengahari..


29/04/11

Produk Baru Pantene

Inilah produk terbaru Syampu jenama Pantene. Hijau lagi. Kepada Cha penggemar fanatik hijau, bolehlah beli syampu nie.

Nama syampu ni "Pantene Nature Fusion". Syampu nie khas untuk pengguna yang inginkan rambut lembut dan kuat. Dilaz pun nak cubalah syampu baru nie sebab rambut Dilaz jenis kering. Maaf yer, entri nie pendek sangat. 



Jom join contest nie

Salam semua.
Siapa suka join contest???.....haaaaa kan ramai yang suka kan. Hari nie Dilaz nak promote pada semua yang suka join contest, jom join contest nie.


Tajuk contest nie "Mom On Facebook" Snapshot Contest. Contest nie berlangsung di Summit Subang USJ. 

Nak tahu info tentang Contest nie, KLIK SINI

Kepada semua yang duduk area USJ dan berhampiran dengannya boleh lah pergi. Mesti ramai rakan blogger yang pegi sana. Bolehlah buat Date.

P/S: Teringin nak pergi. Tapi kena tanya MY LOVE dulu.


 

" Segmen Aku Dan Cinta"

 klik banner untuk join

Pagi nie Dilaz nak join "Segmen Aku dan Cinta" anjuran c.z akan Chegu Zubir.

Dilaz nie bukanlah minah jiwang dan tak berapa pandai buat karangan sebab dulu masa sekolah karangan pun tak dapat A sebab ayat tue kadangkala tunggang-langgang. Okeylah Dilaz mulakan pandangan Dilaz tentang CINTA.
"Cinta itu adalah anugerah ALLAH yang sangat berharga sebab rasa cinta itu kadangkala hadir tanpa diduga. Cinta hadir dikala kite memerlukan dan hadir pada insan yang kite tidak sangkakan. Macam Dilaz dulu tak berapa percaya pada cinta. Selepas mengenali MY LOVE, cinta itu hadir secara tiba-tiba. Timbul rasa cinta dan sayang. Bile dia pergi rasa kesakitannya. Cinta MY LOVE banyak mengajar Dilaz erti kehidupan.

Sehinggalah kini Cinta amat penting dalam hidup Dilaz. Insan-insan yang Dilaz sayangi adalah Abah Dilaz (walaupun Dilaz kurang dapat kasih sayangnya), adik-beradik Dilaz dan yang paling Dilaz sayangi tentunya MY LOVE (suami Dilaz) dan Qistina (anak Dilaz)"

Okey tak c.z??

Dilaz nak tag :
Cute Mum, Mrs K dan ch@

Royal Wedding of the Year 2011

Hari nie 29 APRIL 2011 adalah hari yang dinanti-nantikan bagi Rakyat Britain untuk menyaksikan perkahwinan Putera William dan pasangannya Kate Middleton. Rakyat yang fanatik ada sanggup berkhemah di luar perkarangan istana untuk menyaksikan majlis perkahwinan mereka secara dekat. Inilah dia pasangan diraja yang bahagia yang dikatakan saling melengkapi antara satu sama lain.

pic from google



Kate nie ada yang kata, ada persamaan dengan mendiang Puteri Diana. Betul ke? Itu kena tengoklah nanti selepas dia jadi Puteri Kate kot.


pic from google




Sama cantik dan sama padan. Dilaz nie memang minat pada Putera William dari kecik. Tapi selepas dia jadi Playboy sikit sebelum nie, dah kurang meminati Putera William. Muka Putera William ada sikit muka mendiang Puteri Diana kan. 

P/S: Menurut Tukang tilik peribadi mendiang Puteri Diana, pemilihan tarikh perkahwinan mereka akan membawa kesan buruk pada perkahwinan mereka (sumber dari Harian Metro,26 April 2011)

28/04/11

Jom Masuk Bloglist Prince Untuk Bulan Mei Nanti

untuk post  terbaru sila skrol ke bawah

Klik banner untuk join
 
Dilaz nak join sebab pertama nak upkan traffic blog Dilaz Family. Kedua, nak tambahkan kenalan dalam dunia Blog nie dan terakhir nak blog Dilaz tersenarai dalam Bloglist Prince.
Komen Dilaz pada blog Prince; tak de apa nak komen sangat sebab blog Prince kemas sangat. Pas tu, Dilaz suka sangat ngan gambar animasi kat blog Prince. Nak satu boleh?

Kepada kawan-kawan yang belum join, jomlah join Bloglist Prince ini
 

"Mahu join bloglist pilihan Askrie Hishamuddin"


 Klik banner untuk join

Tarikh tutup:
30 April 2011

Dilaz nak join bloglist pilihan Akrie Hishamuddin nie sebab nak tambah kenalan baru dalam dunia Blog. Pas tue Dilaz nak up kan traffic Blog Dilaz Family nie untuk menjana extra pendapatan Dilaz. Harap Askrie sudi pilih blog Dilaz masuk dalam bloglist. Terima kasih buat segmen.


KIC, Saya Nak Join Bloglist Awak Boleh..???

Klik banner untuk join..

Tarikh Tutup:
30 April 2011
 
Dilaz tak tahu nak komen apa sebab Blog KIC dah kemas tak macam Blog Dilaz nie. Cuma maybe Font untuk entri kot tukar lain yang nampak lagi cantik. Penggunaan warna template Blog okey warna biru...i like it. Apa apa pun Blog KIC kemas. Harap dipilih masuk dalam Bloglist Blog KIC. Salam perkenalan dari Dilaz.

60 blogger dicari

Klik banner untuk join..
 
Kenapa Dilaz nak masuk Bloglist Blog Bicara  Kata Cinta sebab Dilaz nak tambah kenalan Blogger dan nak upkan traffic Blog Dilaz Family nie. Harap Dilaz tersenarai dan ramai rakan-rakan yang sudi datang Blog Dilaz


Pertandingan Blog Paling Popular..

Dilaz nak tolong Anuar promote nie. Dilaz dah join dan Blog Dilaz Family pun dah tersenarai dalam Bloglist Coretan Anuar. Kawan-kawan lain yang belum join, jomlah meriahkan pertandingan nie

Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular..

Pertandingan Anugerah Blog Popular
Nak tahu lanjut, Klik banner  nie


Join Bloglist Bangku Kosong!!

Klik banner untuk join..

Dilaz nak join Bloglist Bangku Kosong gak. Harap masih diterima. Dilaz dah masukkan Blog Bangku Kosong kat Bloglist.. Harapan Dilaz join Bloglist nie nak tambahkan kenalan dan up kan traffic untuk Blog Dilaz Family. Kepada pembaca Blog Bangku Kosong sudi-sudilah singgah blog Dilaz Family

Sambutan Besday Qistina

Dilaz nak sambung cete semalam. Siapa lupa..... baca nie

Budget tahun nie tak de nak buat Birthday Party. Jadi Dilaz beli sepotong kek Secret Recipe jer. Pas tu minta adik cashier tu 3 batang lilin. Sampai rumah jer Qistina tak sabar nak tiup lilin. Sian tengok Qistina masa tue, tiba-tiba Dilaz rasa sayu...yelah tak dapat beli kek besar untuk Qistina. Qistina nie makan memilih gak. Nak yang sedap jer. Ingat nak beli kek biasa-biasa jer, tapi takut Qistina tak nak, nanti membazir lak.

 Kek kegemaran Qistina...chocolate indulgence

Lilin yang telah dipasang  untuk Qistina tiup


Qistina posing dulu ngan kek. Nampak tak belon kat kerusi tu?? Qistina suka sangat ngan belon. Penat nak tiup


Penuh semangat tiup lilin tu. Muncungg siap

Itu jelah sambutan besday Qistina. Tak meriah sangat pun. Tahun nie, Qistina tak de dapat hadiah pun (sebab tak buat besday party). Qistina cuma dapat duit dari Nenek, Datuk ngan Nek Chu dia jer. Tak pe sayang nanti Mama gaji Mama belikan Qistina hadiah. Doalah Mama murah rezeki. AMIN.

Say WHOA to DiGi's WWWOW Awards!





 

Contest Marigold Peel Fresh

Salam semua. Suka tak minum air Marigold Peel Fresh??. Dilaz suka. Sekarang Peel Fresh dah ada 12 perisa dari mula-mula dulu hanya 4 perisa jer. Ini antara perisa Marigold Peel Fresh tue.

pics from google



Sekarang nie syarikat Marigold ada buat Contest untuk penggemar setia brand Marigold Peel Fresh nie.


Siapa nak join, boleh KLIK SINI untuk download borang. 
Contest mula dari 1 APRIL 2011- 30 JUN 2011
Hadiah utama tue kereta Volkswagen Polo


27/04/11

Perhatian semua......Nak bagitau nie PIZZA HUT Bagi Diskaun 50%...cepat

Suka yer....suka yer....suka sangat. Dilaz suka makan Pizza. Bile pergi makan kat PIZZA HUT selain order Pizza wajib order spagetti. MY LOVE pun suka makan, tapi MY LOVE tak suka makan Pizza sangat.
Sekarang nie PIZZA HUT buat offer diskaun 50%. Tapi tertakluk kepada terma dan syaratlah. Setiap hari meal untuk diskaun bertukar. Yang penting semua meal yang terhangat di pasaran.  Nak tahu lanjut, KLIK SINI

Nak tahu lanjut, Klik gambar nie


 

Mengantuk yer hari nie

Tak tahu nape rasa ngantuk sangat. Berat sangat mata nie. Macam kena gam jer. Mood pun tak de.



 

Nak tahu ada virus ke tak Blog kite nie

Tadi Dilaz blogwalking  Blog Pinky Momma  dan minat pada entri dia  "jangan masuk orang kata janganjangan"

Pas tu, dengan sepantas kilat Dilaz pun trylah scan. Alhamdulillah.....Bersih, tak de virus. Tak caya, tengok nie



Siapa-siapa nak tengok blog ada virus tak, Meh scan Blog korang kat sini