*BIODATA RASULULLAH S.A.W*
๐ *Nama* : _Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim_.
๐ *Tarikh lahir :* _Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal_ bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)
๐ *Tempat lahir* : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
๐ *Nama bapa* : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
๐ *Nama ibu* : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
๐ *Pengasuh pertama* : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
๐ *Ibu susu pertama* : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
๐ *Ibu susu kedua* : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
๐ *USIA 5 TAHUN*
๐ _Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
๐ *USIA 6 TAHUN*
๐ _Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
๐ *USIA 8 TAHUN*
๐ _Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia_.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
๐ *USIA 9 TAHUN* (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
๐Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
๐Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
๐ *USIA 20 TAHUN*
๐Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
๐Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
๐ *USIA 25 TAHUN*
๐Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
๐Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
๐Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
๐Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
๐ *USIA 35 TAHUN*
๐Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
๐Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
๐Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
๐ *USIA 40 TAHUN*
๐Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
๐ *USIA 53 TAHUN*
๐Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
๐Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
๐ *USIA 63 TAHUN*
๐Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
*ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW*
๐ Khadijah Binti Khuwailid.
๐Saudah Binti Zam'ah.
๐Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
๐Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
๐Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
๐Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
๐Zainab Binti Jahsy.
๐ Maimunah Binti Harith.
๐ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
๐ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
*ANAK-ANAK RASULULLAH SAW*
1.๐ Qasim
2.๐Abdullah
3.๐ Ibrahim
4. ๐Zainab
5.๐ Ruqaiyah
6.๐Ummi Kalthum
7.๐Fatimah Al-Zahra '
*ANAK TIRI RASULULLAH SAW*
๐Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).
*SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW*
*_IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN_*
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
*_SAUDARA SUSUAN_*
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
*BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW*
( _ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB_)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
*Sabda Rasulullah SAW:*
๐ _"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku_. _Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam_
_syurga"_ (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
ุงูููู
ุตูู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขูู ูุงุตุญุงุจู ูุณูู
Nabi Muhammad SAW - Manusia agong
๐ฏ *KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH*
๐Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
_Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:_
๐ Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
๐Aku melihat cahaya dari lidahnya.
๐ Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
๐ Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
๐Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
๐ Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
๐ Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
๐ Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
๐ Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
๐ Wajahnya seperti bulan purnama.
๐ Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
๐Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
๐ Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
๐Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
๐Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
๐ Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
๐ Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
๐Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
๐ Janggutnya penuh dan tebal menawan.
๐Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
๐ Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
๐ Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
๐ Rambutnya sedikit ikal.
๐ Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
๐ Rambutnya terbelah di tengah.
๐Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
๐ Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
๐ Seimbang antara kedua bahunya.
๐Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
๐ Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
๐ Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
๐ Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
๐ Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
๐Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
๐ Warna putihnya lebih banyak.
๐ Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
๐ Warna kulitnya putih tapi sihat.
๐ Kulitnya putih lagi bercahaya.
๐Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
๐ Badannya tidak gemuk.
๐Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
๐ Perutnya tidak buncit.
๐Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
๐ฏ *KESIMPULANNYA* ๐ฏ:
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
SALAM MAULIDUR RASUL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih daun keladi,
Jika sudi komenlah lagi.
YOU ARE ALWAYS IN MY MIND