(04.10.1998-04.10.2014). Hari ini genap 16 tahun Emak tinggalkan kami. Walaupun arwah Emak dah tiada semua pesanan emak Along ingat. Rindu pada arwah emak. Selalu ingat emak kata "Masa ada emak, kau kena dengar cakap emak. Bila mak takde nanti dah tak yah dengar mak bebel". Masih lagi terngiang-ngiang kata-kata itu. Kekadang sedih bila lihat orang yang masih ada emak tak dengar kata-katanya. Sayanglah ibu, emak, umi, mama, mommy (atau apa saje gelarannya) semasa masih ada. Peluklah sepuas hatimu dan dengarlah kata-katanya. Mintalah doa kepada Allah semoga emak dipanjangkan umur dan sihat selalu.
Emak tak sempat tengok Along ambil ijazah tapi Along dah tunaikan hajat emak. Emak Along akan didik anak-anak Along macam mana emak didik kami 4 beradik. Along akan sentiasa ingatkan cucu-cucu emak yang mereka ada seorang nenek yang sangat baik hati dan penyayang.
Al-Fatihah untuk arwah emak (Nor Aini bte Sahat)
Al Fatihah.. Semoga arwah di tempatkan di sisi org2 yg beriman!
BalasPadamMeh singgah:Sambal Ketuk & Acar Buah Homemade