Salam 16 Ramadhan dan Selamat Berpuasa
Dilla nak kongsi cerita aktiviti anak-anak dihujung minggu. Cerita ni hari Sabtu lalu. Sabtu Ahad biasanya Qistina akan ada kerja sekolah yang diberikan oleh cikgunya. Jadi Dilla akan suruh buat pada hari Sabtu, sebab hari Ahad boleh Qistina rehat kan. Yang Danish lak pantang tengok kakak dia pegang buku dan pensel, Danish pun sama nak. Nasib ada buku latihan Qistina yang lama dan habis dibuat jadi bagilah Danish supaya dia leka.
Buku tu jangan cakaplah memang habis dicontengnya. Biarkanlah je janji Danish tak ganggu Qistina buat kerja sekolah. Bila Dilla ajar Qistina, Danish pun sibuk suruh ajar dia baca. Danish cemburu pun ada sebab kakak dapat perhatian. Macam-macam ragam kan. Tengoklah ragam anak-anak Dilla ni
Dinding rumah jangan cakaplah, habis dia conteng. Nasib belum cat rumah lagi. Kalau dah cat meraung Mama dibuatnya
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih daun keladi,
Jika sudi komenlah lagi.
YOU ARE ALWAYS IN MY MIND