Pages - Menu

17/07/14

Kereta keluarga

Cerita ni hari Ahad lepas. Hari minggu biasa My Love tak kerja kan jadi My Love ajak keluar jalan-jalan. Bulan puasa mesti tak leh jalan-jalan cari makan, kami pergi Showroom kereta dan test drive. Dari hari itu nak pergi test drive tapi showroom tutup. Ahad lepas ada rezeki kami nak tengok dan test drive sekali. Masa pergi ni Qistina tak de sebab Qistina tidur rumah nenek dia (umah MIL Dilla), tinggal Danish sorang je.

Kereta apa kami tengok....Kami pergi Showroom Peugeot. My Love nak tunjuk pada Dilla kereta idamannya iaitu Peugeot 408. Kereta tu memang cantik. Dalaman dia luas dan Dilla pun suka ngan kereta tu. Danish..lagilah dia suka. Tak caya meh tengok ni


Tengah membelek brosure kete tu

Papa test drive Danish membebel kat belakang sambil tengok brosure. Bila tanya cantik tak, dia angguk. Bila tanya nak beli kete ni, dia pun angguk pastu senyum


Pening la


Lepas test drive kami duduk jap sebab My Love nak jumpa sales advisor tu tanya-tanya sikit. Danish lak duduk termenung. Agaknya dia tengah fikir nak beli tak kereta ni ye. hehehehe. Dari apa yang Dilla dapat masa di showroom tu dari sales advisor, dia tak menjual tapi dia sharing. Walaupun dia Cina dan kami ni Melayu yang biasa-biasa je, dia layan kami dengan baik. Cerita bersungguh dan kalau masa tu kami memang ada budget memang akan terus beli sebab dia yer service. Tak pe satu hari nanti jika ada rezeki kami akan beli juga kereta ini. Boleh masuk dalam wishlist family ni. In shaa Allah , Allah akan permudahkan segalanya. Amin


3 ulasan:

  1. tak pe la lepas ni boleh beli kat salesman tu balik kan bila dah ada budget ni..sue mmg utamakan servis gini...kalo servis ini macam, sue sendiri pon rasa teruja nak membeli

    BalasPadam
  2. eh kebetulan plak.. sekarang kan musim kete Peugeot.. hehehhe...

    BalasPadam
  3. beli plate CDM36...sbb kiki nye CDM35 hahahhaha


    tp klu salesnman best gitu ...xde duit pulun cr duit nk beli

    BalasPadam

Terima kasih daun keladi,
Jika sudi komenlah lagi.

YOU ARE ALWAYS IN MY MIND