Pages - Menu

1/06/14

Double Anniversary

Alhamdulillah..hari ini 1 Jun 2014. Ia merupakan Double Anniversary buat Dilla. Pertama; 1 Jun merupakan Wedding Anniversary Dilla dan My Love. Syukur pada Allah hari ni genap 7 tahun perkahwinan kami berdua. Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat kami dan kami sentiasa berbahagia. Amin In shaa Allah.








Dan 1 Jun juga merupakan Anniversary untuk Blog Dilaz Family. Hari ini genaplah 4 Tahun Blog ini ditubuhkan. Di sinilah cerita suka duka Dilla dan keluarga dicoretkan agar menjadi kenangan di masa akan datang. Semoga Blog Dilaz Family sentiasa dikenali dan memberi seribu sinar kebahagian kepada Dilla. Dilla berharap blog ini akan terus menjadi sumber pendapatan sampingan kami sekeluarga, In shaa Allah

Terima kasih kepada semua kawan-kawan dan followers yang sentiasa menyokong Dilla. Sokongan anda sentiasa diperlukan. Terima kasih sekali lagi. Terima kasih Allah kerana memberi Dilla kudrat dan ilham untuk terus menulis di blog ini.

Alhamdulillah 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih daun keladi,
Jika sudi komenlah lagi.

YOU ARE ALWAYS IN MY MIND