Stress memang tak baik untuk kesihatan. Stress boleh mengundang penyakit tau antaranya migrain. Jika stress meh ikut tips ni....
1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan sebarang pekerjaan. Tugas yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan
2) Al-Quran jadikan amalan
Ganjaran besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita membaca Al-Quran ialah selepas solat 5 waktu dan waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur
3) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yakin diri. Perlu yakin yang kita boleh melakukan sesuatu kerja dengan lebih baik
4) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Bila badan cerdas, ia akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan kerja dapat dilupakan jika kita ada aktiviti luar. Lebih baik jika kita melakukan aktiviti tersebut bersama keluarga tersayang.
5) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan faktor tekanan sewaktu bekerja. Jadi anda perlu mengamalkan diet yang sihat beserta disiplin yang kuat.
6) Sentiasa bersangka baik dengan Allah dan memohon doa pada Allah
Allah beri ujian bertujuan menguji keimanan seseorang. Setiap yang berlaku juga pasti ada hikmahnya.
Sharing is caring
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih daun keladi,
Jika sudi komenlah lagi.
YOU ARE ALWAYS IN MY MIND