Alkisah seorang pelajar yang sentiasa mendapat A, kemudian pada suatu
hari mendapat satu huruf yang tidak diduga di atas kertas periksa..
Tertera huruf B besar berwarna merah di sebelah kanan kertas jawapannya.
Anak muda bijak ini tidak mampu mengawal diri, amat marah, kecewa dan
luka. Marahnya ditujukan kepada guru yang memeriksa kertas periksanya.
Kerana terlalu marah tayar guru dipancitkan dan dicalar keretanya. Nah
persoalannya, bijak kah anak ini?
Bijak yang tidak berapa bijak mungkin? Ya pastinya bijak dari segi IQ
nya. Jika tidak, tak mungkin deretan A itu menjadi biasa bagi dirinya.
Tetapi malangnya anak muda ini tidak bijak dalam satu lagi komponen yang
amat penting bagi diri seseorang yang bergelar manusia. Komponen itulah
yng dinamakan dengan kemahiran emosi atau Emotional Quotient (EQ).
Ya ramai remaja dan orang dewasa tidak memiliki, tidak juga diajar dan
tidak begitu ambil peduli dengan kemahiran emosi. Maka lahirlah generasi
yang sering resah, gelisah, sedih, kecewa, marah, berdendam dan
sebagainya. Kemudiannya ini akan melarat kepada perbuatan mencederakan
diri seperti bunuh diri dan mencederakan orang lain.
Di dalam zaman dan suasana dimana faktor IQ dan A itu amat dititikberatkan ,seseolahnya itulah penentu kejayaan individu, ironinya seorang yang memiliki IQ yang tinggi tidak semestinya akan berjaya dalam hidup kerana menurut kajian, IQ hanya mempengaruhi 6-20% keberhasilan manusia, sebaliknya 80% daripada kejayaan seseorang ditentukan oleh EQ kita. Daniel Goleman berpendapat bahawa EQ adalah kunci kejayaan kerana ianya membawa kita kepada penggunaan intelek dengan sihat. Emosi itu dari hati, dan hati itu kunci dan raja. Elok hati eloklah segalanya. Intelek itu dari akal, memberi rasional kepada pelbagai perkara dalam kehidupan. Adakalanya akal kita berkata lain dan hati kita pula membisikkan sesuatu yang berbeza. Adakalanya kita berkata pada diri ‘ok’ tetapi perasaan dan air mata tetap keluar. IQ dan EQ iaitu intelek dan emosi akan dicampuradukkan senantiasa sepanjang hidup kita.
Komponen EQ tidak dapat kita ukur dengan kertas, pen dan tidak pula dapat kita berikan gred A, B, C atau D mahupun F. Ngerinya jika difikirkan kalaulah sekiranya anda terpaksa menduduki perperiksaan EQ bagaimana agaknya gred kita? Begini para pembaca. Secara rambang dalam kepala cuba anda bertanya pada diri samada anda boleh:-
• memotivasikan diri sendiri?
• Bangun dari kekecewaan?
• mengawal diri dan mood dari terlalu marah, sedih dan kecewa?
• bijak mengawal stress dan tekanan?
• merasa empati pada orang lain ?
Emosi ini sesuatu yang sangat kompleks. Emosi terdiri dari berbagai
komponen berbeza yang saling mempengaruhi sesama sendiri. Emosi
mempengaruhi keadaan fizikal dan mental seseorang. Bila kita sedih
contohnya motivasi kita akan menurun, bila kita gembira dopamine dan
serotonin di dalam otak meningkat dan ini memberi kita lebih motivasi
untuk melakukan sesuatu.
[ Gambar hiasan ]
Keperluan emosi meningkat sewaktu kita di alam remaja. Berikan
perhatian kepada emosi mu dan bukan hanya kepada buku teks itu. Ibu bapa
berbual lah mengenai emosi dan perasaan. Bantulah anak-anak muda ini
mengawal dan mengenali emosi diri. Ingat manusia itu bukan hanya
telinga, mulut dan hidungnya tetapi manusia itu terdiri dari hati, akal,
perasaan dan nafsunya.
Bagaimana kita menguruskan emosi banyak bergantung kepada faktor
persekitaran dan pembelajaran. Kita melihat bagaimana orang dewasa di
rumah kita contohnya ibu dan ayah kita menguruskan emosi mereka. Kita
banyak belajar dari sana. Tetapi sekiranya kita sekarang sedar bahawa
cara ibu dan ayah tidak berapa tepat dan baik, maka kita perlu bangun
dan mencari ilmu supaya kita lebih bijak mengenali diri dan mengawal
emosi. Ini amat penting dan akan menentukan kebahagian juga kejayaan
anda kelak di masa hadapan baik dalam kerjaya, perhubungan sesama
manusia dan keluarga. Kebanyakan kita dalam sibuk mengajar material
dunia lupa kepada pentingnya ilmu menguruskan emosi. Tetapi kata guru
saya yang tercinta “Wardina, sekiranya kita ini Mu’min, kita tak akan
rasa terlau sedih, terlalu kecewa, terlalu marah…” Dan ini hanya akan
terjadi sekiranya kita dekat dengan Al-Quran dan IKHLAS dalam apa yang
kita lakukan. Ingat ya sedih tidak mengapa, marah juga tidak mengapa
tetapi seperti kata Aristotle :
Para pembaca, mengawal emosi bererti kita boleh mengawal perasaan
ketika terjadinya perkara positif DAN negatif pada diri. Itulah sabar.
Dan sahabat baik kepada sabar adalah syukur. Orang yang bersyukur akan
pasti sabar dan mereka yang sabar itu InsyaAllah adalah orang-orang yang
selalu bersyukur dengan apa yang ada. Akhir kata, mengawal emosi dan
kecerdasan emosi atau kemahiran emosi tidak boleh dipisahkan dengan satu
lagi kemahiran yang sering dipandang sipi-sipi. Kerana tiada kemahiran
inilah masyarakat dan manusia lompang, rosak dan tenat keadaannya.
Kemahiran Spiritual yang Alhamdulillah telah memberikan saya sinar baru
dalam hidup.
Untuk menyimpulkan perbincangan ini, secara ringkas kemahiran emosi menuntut kita untuk :
1. Mengenali emosi diri sendiri -. Teringat kata-kata ini, “Siapa Kenal Diri Maka Dia Kenal Tuhan”
2. Mengurus emosi dengan baik -Orang yang sering stress dan terlalu
sedih tidak pandai mengurus emosinya. (Jangan bimbang kita boleh
belajar)
3. Memberi motivasi kepada diri – Apabila kita jatuh kita perlu bangun kembali dan tidak berputus asa
4. Mengenali emosi dalam diri orang lain – empati dan simpati dengan
orang lain, tidak menyakiti orang lain. Takutnya kerana zaman ini zaman
fitnah manusia sudah tidak peduli lagi, menyakiti orang lain menjadi
biasa.
5. Mempunyai kemahiran dan kepekaan sosial - seperti boleh mengawal dan mengekalkan perhubungan
"Emotional Intelligence is a way of recognizing, understanding, and
choosing how we think, feel, and act. It shapes our interactions with
others and our understanding of ourselves. It defines how and what we
learn; it allows us to set priorities; it determines the majority of our
daily actions. Research suggests it is responsible for as much as 80%
of the "success" in our lives." --From Handle With Care: Emotional Intelligence Activity Book
credit
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih daun keladi,
Jika sudi komenlah lagi.
YOU ARE ALWAYS IN MY MIND