Pages - Menu

30/04/14

Surprise dari .......

Terperanjat dan tidak sangka hati ini bila terima satu bungkusan. Pelik gak kenapa tiba-tiba van Poslaju hon depan rumah. Nak kata ada beli barang online, baru je klik belian takkan dah sampai kan. Ingat salah rumah, tapi Abang posmen tu sebut nama betul..huhuhuhu. Itu namanya Rezeki dari Allah yang tidak disangka. Rupanya Dilla dapat surprise dari Mommy Shaklee (Master Hafsah Mardhiah). 

Memang terkejut dan tak sangka boleh dapat hadiah ini. Apa hadiah tu, meh tengok






Itulah hadiahnya....sebuah buku motivasi "Chicken Soup for the Soul...Berfikir Positif" buku versi bahasa Melayu ; 4 ekor beruang koala yang kiut miut ; dan 1 fridge magnet dari Beijing. Dalam muka pertama ditulis sikit amanat berbunyi "Positif Selalu". Seronok sangat dapat hadiah ni. 

Teruja sebab dah lama tak terima hadiah dari member2. Last dapat hadiah masa besday tahun 2009...huhuhuhu. Apa-apa pun terima kasih Dilla ucapkan kepada Hafsah sebab beri hadiah ni. Kena rajin membaca lepas ni dan kongsi ilmu pada yang lain. In shaa Allah.


BE Penghujung April

Alhamdulillah...Rezeki dari Allah. Di penghujung April blog Dilaz Family dapat BE baru pengganti BE yang telah dikreditkan. Syukur pada Allah. Terima kasih juga kepada En Nuffnang kerana sudi beri BE baru sebagai pengganti BE yang dikreditkan tu. Tak terlupa juga kepada pembaca setia blog Dilaz Family (perasan macam artis lak...ada ke pembaca setia, huhuhuhu) kerana sudi blogwalking di sini.

BE yang Dilla dapat ialah "Whisper Mesh & Cotton"...Patut tengok iklan ni berjoget-joget dalam Blog rupanya itulah BE baru.



Iklan tu..."Find and how you can attend yoga class with your favorite blogger". Blogger tu macam Yuyu Zulaika jer... Macam menarik jer Yoga kan..Kalau tak de anak kecik memang dah lama beryoga ni..hihihihi
 

 p/s: BE pertama April 2014
BE ke-5 2014 

25/04/14

IQ atau EQ?



Alkisah seorang pelajar yang sentiasa mendapat A, kemudian pada suatu hari mendapat satu huruf yang tidak diduga di atas kertas periksa.. Tertera huruf B besar berwarna merah di sebelah kanan kertas jawapannya. Anak muda bijak ini tidak mampu mengawal diri, amat marah, kecewa dan luka. Marahnya ditujukan kepada guru yang memeriksa kertas periksanya. Kerana terlalu marah tayar guru dipancitkan dan dicalar keretanya. Nah persoalannya, bijak kah anak ini?

Bijak yang tidak berapa bijak mungkin? Ya pastinya bijak dari segi IQ nya. Jika tidak, tak mungkin deretan A itu menjadi biasa bagi dirinya. Tetapi malangnya anak muda ini tidak bijak dalam satu lagi komponen yang amat penting bagi diri seseorang yang bergelar manusia. Komponen itulah yng dinamakan dengan kemahiran emosi atau Emotional Quotient (EQ). Ya ramai remaja dan orang dewasa tidak memiliki, tidak juga diajar dan tidak begitu ambil peduli dengan kemahiran emosi. Maka lahirlah generasi yang sering resah, gelisah, sedih, kecewa, marah, berdendam dan sebagainya. Kemudiannya ini akan melarat kepada perbuatan mencederakan diri seperti bunuh diri dan mencederakan orang lain.




Di dalam zaman dan suasana dimana faktor IQ dan A itu amat dititikberatkan ,seseolahnya itulah penentu kejayaan individu, ironinya seorang yang memiliki IQ yang tinggi tidak semestinya akan berjaya dalam hidup kerana menurut kajian, IQ hanya mempengaruhi 6-20% keberhasilan manusia, sebaliknya 80% daripada kejayaan seseorang ditentukan oleh EQ kita. Daniel Goleman berpendapat bahawa EQ adalah kunci kejayaan kerana ianya membawa kita kepada penggunaan intelek dengan sihat. Emosi itu dari hati, dan hati itu kunci dan raja. Elok hati eloklah segalanya. Intelek itu dari akal, memberi rasional kepada pelbagai perkara dalam kehidupan. Adakalanya akal kita berkata lain dan hati kita pula membisikkan sesuatu yang berbeza. Adakalanya kita berkata pada diri ‘ok’ tetapi perasaan dan air mata tetap keluar. IQ dan EQ iaitu intelek dan emosi akan dicampuradukkan senantiasa sepanjang hidup kita.

Komponen EQ tidak dapat kita ukur dengan kertas, pen dan tidak pula dapat kita berikan gred A, B, C atau D mahupun F. Ngerinya jika difikirkan kalaulah sekiranya anda terpaksa menduduki perperiksaan EQ bagaimana agaknya gred kita? Begini para pembaca. Secara rambang dalam kepala cuba anda bertanya pada diri samada anda boleh:-

• memotivasikan diri sendiri?
• Bangun dari kekecewaan?
• mengawal diri dan mood dari terlalu marah, sedih dan kecewa?
• bijak mengawal stress dan tekanan?
• merasa empati pada orang lain ?

Emosi ini sesuatu yang sangat kompleks. Emosi terdiri dari berbagai komponen berbeza yang saling mempengaruhi sesama sendiri. Emosi mempengaruhi keadaan fizikal dan mental seseorang. Bila kita sedih contohnya motivasi kita akan menurun, bila kita gembira dopamine dan serotonin di dalam otak meningkat dan ini memberi kita lebih motivasi untuk melakukan sesuatu.



[ Gambar hiasan ]



Keperluan emosi meningkat sewaktu kita di alam remaja. Berikan perhatian kepada emosi mu dan bukan hanya kepada buku teks itu. Ibu bapa berbual lah mengenai emosi dan perasaan. Bantulah anak-anak muda ini mengawal dan mengenali emosi diri. Ingat manusia itu bukan hanya telinga, mulut dan hidungnya tetapi manusia itu terdiri dari hati, akal, perasaan dan nafsunya.

Bagaimana kita menguruskan emosi banyak bergantung kepada faktor persekitaran dan pembelajaran. Kita melihat bagaimana orang dewasa di rumah kita contohnya ibu dan ayah kita menguruskan emosi mereka. Kita banyak belajar dari sana. Tetapi sekiranya kita sekarang sedar bahawa cara ibu dan ayah tidak berapa tepat dan baik, maka kita perlu bangun dan mencari ilmu supaya kita lebih bijak mengenali diri dan mengawal emosi. Ini amat penting dan akan menentukan kebahagian juga kejayaan anda kelak di masa hadapan baik dalam kerjaya, perhubungan sesama manusia dan keluarga. Kebanyakan kita dalam sibuk mengajar material dunia lupa kepada pentingnya ilmu menguruskan emosi. Tetapi kata guru saya yang tercinta “Wardina, sekiranya kita ini Mu’min, kita tak akan rasa terlau sedih, terlalu kecewa, terlalu marah…” Dan ini hanya akan terjadi sekiranya kita dekat dengan Al-Quran dan IKHLAS dalam apa yang kita lakukan. Ingat ya sedih tidak mengapa, marah juga tidak mengapa tetapi seperti kata Aristotle :

“Semua orang boleh marah-marah itu mudah. Tetapi untuk marah kepada orang yang betul, dengan kadar yang betul, pada masa yang betul, kerana sebab yang betul dan dengan cara yang betul-itu tidak mudah”




Para pembaca, mengawal emosi bererti kita boleh mengawal perasaan ketika terjadinya perkara positif DAN negatif pada diri. Itulah sabar. Dan sahabat baik kepada sabar adalah syukur. Orang yang bersyukur akan pasti sabar dan mereka yang sabar itu InsyaAllah adalah orang-orang yang selalu bersyukur dengan apa yang ada. Akhir kata, mengawal emosi dan kecerdasan emosi atau kemahiran emosi tidak boleh dipisahkan dengan satu lagi kemahiran yang sering dipandang sipi-sipi. Kerana tiada kemahiran inilah masyarakat dan manusia lompang, rosak dan tenat keadaannya. Kemahiran Spiritual yang Alhamdulillah telah memberikan saya sinar baru dalam hidup.

Untuk menyimpulkan perbincangan ini, secara ringkas kemahiran emosi menuntut kita untuk  :
1. Mengenali emosi diri sendiri -. Teringat kata-kata ini, “Siapa Kenal Diri Maka Dia Kenal Tuhan”
2. Mengurus emosi dengan baik -Orang yang sering stress dan terlalu sedih tidak pandai mengurus emosinya. (Jangan bimbang kita boleh belajar)
3. Memberi motivasi kepada diri – Apabila kita jatuh kita perlu bangun kembali dan tidak berputus asa
4. Mengenali emosi dalam diri orang lain – empati dan simpati dengan orang lain, tidak menyakiti orang lain. Takutnya kerana zaman ini zaman fitnah manusia sudah tidak peduli lagi, menyakiti orang lain menjadi biasa.
5. Mempunyai kemahiran dan kepekaan sosial - seperti boleh mengawal dan mengekalkan perhubungan

"Emotional Intelligence is a way of recognizing, understanding, and choosing how we think, feel, and act. It shapes our interactions with others and our understanding of ourselves. It defines how and what we learn; it allows us to set priorities; it determines the majority of our daily actions. Research suggests it is responsible for as much as 80% of the "success" in our lives." --From Handle With Care: Emotional Intelligence Activity Book

credit



24/04/14

Ada 2 Kekasih

Siapa ada 2 kekasih tu?? Biar betul. Tamak ye sampai nak ada 2 kekasih.huhuhuhu. Inilah kekasih-kekasihku.




Yang baju biru (My Love) kekasih terakhirku dan sehati sejiwa. Suami yang memahami diriku dan menyayangiku sepenuh hatinya. Menerimaku seadanya.

Berbaju putih (Anakku). Kekasih kedua merangkap bodyguard ke mana saje Mama pergi. Jika ditinggal merajuk tak sudah. Kami berjalan macam Mama dia. 

 Muka mereka hampir sama, perangai juga hampir sama. Cuma berbeza si anak suka senyum dan Papa serius sikit


23/04/14

WW-Aksi Tidur Danish

Inilah aksi tidur Danish...Macam-macam gaya dia

 
Tidur berdiri dalam kereta




Tidur atas perut Mama



 
Tidur atas peha Mama







 
Tidur duduk dalam kereta







Tidur mulut ternganga



 
Tidur menonggeng

Banyak lagi aksi Danish tidur. Mata Danish kalau tidur kekadang tu tak tutup habis

 

22/04/14

Hujung minggu di Pantai Puteri Melaka


Bila tiba Hari Ahad pasti ada je aktiviti kami sekeluarga. Kali ni aktiviti hujung minggu di Pantai Puteri Melaka. Nama je duduk Melaka tapi tak pernah mandi laut kat sini. Bila nak mandi laut mesti pergi Port Dickson padahal ada lagi yang dekat. Jadi kali ni kami terjah Pantai Puteri. Aktiviti bersama 3 Family. Family kami, family My Love dan family Busu My Love. 

Seronok sangat. Dekat pun dekat dan jimat tempat penginapan sebab boleh balik hari dan mandi puas-puas. Dilla abadikan beberapa keping gambar sepanjang di Pantai tu.






 

Danish dah ready nak pergi mandi laut


 
dah tukar baju....jom terjun. Muka takut nak terjun laut


 
Papa kejar dia suh turun mandi



Qistina sibuk nak main pasir dulu


 
ni Mama QD punya kerja






 

Dah seronok main air


 
Kesejukan dan mula mengantuk dah lama sangat berendam



Lepas mandi bersih-bersih dan nenen dia pun tido

Gambar Dilla tak de sebab tak join mandi dan sibuk jadi photographer..hihiihihihi


Kami berselfie

Selamat pagi....

Kami berselfie. Gambar ni diambil masa nak tunggu 2 Family bersiap sebab kiteorang nak pergi mandi laut. Qistina dan Danish paling teruja sebab dengar nak main air. Ini first time buat Danish main air laut. Masa pergi Port Dickson haritu tak dapat main kat pantai sebab air dia kotor.

Inilah mereka..pengubat duka lara dan penghibur hati keluarga. Mama sayang kamu berdua
 


 Papa tak de dalam gambar sebab dia ada keje nak buat jap


21/04/14

Kek Besday :-)

Beruntung Qistina sebab Nenek dia sangat sayangkan Qistina. Kalau tentang Qistina sebut apa je pasti dibelinya. Khamis (17/4) lepaskan besday Qistina, jadi Nenek dia janji nak belikan kek untuknya. Jadi Qistina dapat dua kek tau. Best kan. Pertama kek dari Mama ngan Papa untuk sambut besday kat Tadika dan satu lagi kek dari Nenek.
 


 Ini kek masa sambut besday kat Tadika


 

Yang ni kek dari Nenek Qistina...mahal tu

Tulisan kek dah ternoda sebab terlanggar kotak masa membawanya...tulisan atas kek tu "SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE 6 THN NUR QISTINA". Sedap kek tu. Macam sebelum ni, gambar besday girl tak dapat nak snap sebab besday girl dah terjun laut.

 

Mengurat je kerjanya

Nilah kerja si bujang ni bila pergi buat Check up kat Klinik Desa. Dapat bebas dan berlari ke sana ke mari. Lagi-lagi bila jumpa kawan sebaya dengannya. Tak lepas, memang mengamuklah dia nak turun dari berdukung. Dah penat main, baru nak dukung. 

Tadi Danish cium pipi baby. Tak sempat nak snap gambar. Sayang baby. Siap kakak tu tanya nak baby ke? Danish malu-malu kucing. Baby tu muka dah layu sebab mengantuk kena bangun pagi. Sian dia.


 


Berkejar-kejaran diaorang ni







Pandai pulak tu toleh nak ambil gambar

Alhamdulillah dah selesai enject untuk 1 tahun 6 bulan. Danish nangis sikit je pastu okey. Masuk je kereta dia pegang tempat kena enject. Sakit lah tu. Ni sekarang dia tidur pas menyusu. Maybe letih sebab kena enject dan mengantuk lepas makan ubat



Danish Setahun 6 Bulan

21.04.2014

Hari ini Danish Setahun 6 Bulan. Nak kena enject. Jap lagi nak bawa danish pergi Klinik Kesihatan. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan Danish tak meragam. Danish masih lagi menyusu susu ibu. Sekarang direct feed je sebab Dilla tak bekerja



Gambar masa di tadika kakak Qistina

19/04/14

Sedap yer Aiskrim ni

Bukan main seronok dia dapat makan aiskrim. Papa dan Mama nak mengamuk tak bagi. Pertama kali dapat makan aiskrim pegang sendiri. Bukan main besar lagi aiskrim dia kan. Comot jangan cakaplah. Biarkanlah sesekali tak pe.


Si Danish bulat makan aiskrim

Bila ambil gambar Danish makan aiskrim ni teringat dulu kakak Danish, Qistina. Masa tu Qistina hanya makan mini aiskrim dan umur dia masa tu baru 11 bulan. Danish sekarang 1 tahun 6 bulan. Meh tengok gambar Qistina masa tu

 
Bulat juga Qistina ni..Mata tak tahan

Nama pun adik-beradik memang sama kan. Pantang berjumpa pasti bergaduh. Tak kakak kacau adik, adik kacau kakak. Inilah rezeki paling bernilai buat Dilla sekeluarga. Permata hatiku


18/04/14

Sambutan Hari Lahir Qistina

Alhamdulillah dapat juga tunaikan hajat Qistina nak buat majlis sambutan hari lahir di Tadikanya. Tahun lepas nak buat Qistina ada kat kampung (Dilla beri dia cuti selama 2 bulan..sebab outstation kat Johor masa tu). Jadi tahun ni Qistina minta buat majlis tu. Lagipun tahun depan dah masuk sekolah rendah. Mana ada orang buat kat sekolah kan. Mesti buat kat rumah. In shaa Allah lepas ni ada rezeki Mama buat besar-besaran yer sayang.

Tapi yang sedih, Dilla tak dapat nak snap banyak gambar kenangan buat Qistina. Hanya dapat ambil gambar beberapa keping jer sebab Danish nak berdukung masa tu. Ini jelah yang dapat diambil. Gambar tiup lilin teacher Qistina ada ambil, lupa nak minta.

 
Goodies untuk kawan-kawan dan teacher



 
Ini kek Qistina..nampak simple tapi sedap. Semua suka


 
Qistina dan kawan baiknya Fifi...


Papa kata Qistina dah muka macam anak Cina. Danish bila tengok gambar kakak dia bukan main melonjak-lonjak suka. Pandai pulak tu. Majlis tu simple je, saje suka-suka. Bak kata Qistina, "Saje seronok-seronok Mama". Lepas ni turn Papa, Mama dan adik Danish pula


 

BE dah dikreditkan

Salam Jumaat

Jumaat penghulu segala hari dan banyakkan bersedekah serta membuat kebaikan. Alhamdulillah masih lagi bernafas di bumi Allah ni. Cuaca pagi ni pun mendung je dan hujan pun sudah turun membasahi bumi. Sejuk sikit. Walaupun bersedih sebab Buffered Earning (BE) dah dikreditkan tapi Dilla bersyukur masih ada 1 lagi BE yang masih berjoget-joget di Blog Dilaz Family. Harap BE tu kekal lebih lama dan Encik Nuffnang beri BE yang baru sebagai pengganti. 

Jangan cepat putus asa walau BE tak de lagi. Keep posting new entri....Betul tak? 

p/s; Semoga dapat BE baru lagi..In shaa Allah
  

17/04/14

Qistina 6 Tahun

Alhamdulillah.

Hari ini 17 April 2014 genap umur Nur Qistina 6 Tahun. Cepat je masa berlalu. Rasa macam baru saje lahirkan Qistina. Tahun depan dah mula sekolah rendah. Si kakak yang rajin dan sayang adik.

Selamat Hari Lahir Qistina

Semoga sayang dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki Allah. Mama sayang Qistina.





Jap lagi nak buat besday party kat Tadika Qistina. Semoga dipermudahkan urusan dan berjalan dengan lancar. Amin.

 
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

15/04/14

Dah tak takut dah

Apa yang dah tak takut dah tu?? hehehehe.. Danish lah, dulu takut kalau nak naikkan motor ni. Sekarang tak lagi. Tapi kalau motor ni hidupkan enjin, Danish takut sebab bunyi motor ni kuat. Hati kecik anak Mama ni. tengok ni eksen siap lepas tangan tak nak pegang.


 

Danish dah suka ambil gambar. Yang tak tahan tu lepas ambil gambar mesti nak tengok gambar tu. Kelakar betul. Kekadang tak sempat lagi nak snap dia dah nak tengok. Habis tak jadi gambar tu. Banyak gambar Danish dan Qistina yang Dilla dah snap tapi lum sempa nak cuci. Ingat na buat sekali Photobook tapi tak tahu nak edit dan pakej yang berpatutan.


Balik kampung dan Johor Premium Outlet

Sabtu lepas Dilla balik kampung jap, jenguk Abah sebab Abah bagitahu dia kurang sihat.  Lagi satu Abah rindu pada cucu-cucunya sebab lama tak jumpa kan. Seronok Abah lihat Dilla sekeluarga balik kampung dan terkejut dia. Mana tak terkejut, Dilla tak bagitahu pun nak balik saje buat surprise. Qistina memang seronok kalau balik kampung. Danish pun seronok. Danish dah mula kenal keluarganya. Bila Atuk panggil, cepat dia datang, salam dan cium pipi. Bijak si kenit ni. Malam bukan main lewat tido. Selalu pukul 9 malam dah tido, masa kat kampung kul 12 malam baru nak tido. Dia pusing satu rumah memantau apa yang boleh dibuat main. hihihihihi

Lupa lak Ahad Johor kerja. Abah pergi kerja kami pun bertolak balik ke Melaka. Pada mulanya nak singgah rumah Adik nak tengok Anak dia (baru pas bersalin) tapi dia tak de lak kat rumah. Pastu My Love kata, jom kita pergi Johor Premium Outlet. Dilla apa lagi kata jom. Padahal tak de duit pun. Jadi kami just window shopping je. Memang rambang mata kalau shopping kat sana. Dah lah macam-macam ada pastu sale sehingga 70% . Next time nak terjah lagi dan shopping puas-puas. Dilla aim kasut, jeans dan perfume. Danish masuk kedai kasut Puma geram tengok kasut dan melalak tak nak kuar kedai. Kecik-kecik dah pandai. Tak pelah Danish, next time kita shopping ye.