Pages - Menu

21/02/14

Setahun 4 bulan

Hari ini umur Danish Setahun 4 bulan. Danish masih lagi menyusu susu ibu tanpa bantuan susu formula. Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan tempoh penyusuan hingga 2 tahun. Oleh kerana Dilla ni makan memilih, jadi Dilla ambil suplemen Shaklee untuk bantu melengkapkan nutrien yang kurang dalam tubuh. Memang nampak perbezaan Danish dan kakak Qistina.

Danish Sangat aktif dan bijak. Dah pandai menerima arahan jika disuruh. Sekarang dah mula nak bercakap. Mulut asyik membebel je, entah apa yang nak dikatanya. Sangat manja dengan Mama sebab 24 jam asyik berkepit ke sana ke mari. Papa ada ke tak de tak pe, janji Mama ada. Papa suka buli Danish. Tapi bile Papa tak de, rindulak Danish ngan Papa.hihihi.

Muka sangat manis sebab suka senyum. Kalau mood tak ok, mulalah masam mencuka. Orang panggil pun buat tak tahu. Suka jalan-jalan macam kakak Qistina dan Mama. Semoga Danish membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh. In shaa Allah


 
Gambar tak berapa clear sebab hp murah je.hihihihi
 

2 ulasan:

  1. Wahhh...lamanya still fully bf. Jelesnyaaa. Mcm zie 7 bulan dh stop bf sebab air dh takde. Huhu

    BalasPadam
  2. Zie Madini Alhamdulillah. Niat nak fully bf sampai 2 tahun. In shaa Allah

    BalasPadam

Terima kasih daun keladi,
Jika sudi komenlah lagi.

YOU ARE ALWAYS IN MY MIND