Pages - Menu

29/12/11

Keputusan pemenang 4th Giveaway Dilazfamily

Salam semua.

Dah sebulan perap keputusan 4th GA nie. Dilaz mesti tunaikan janji sebab dah anjurkan GA kan. Lepas nie Dilaz hanya nak buat GA tinggalkan komen jelah. Lagi senang sebab sekarang terlalu sibuk. Okeylah malas nak panjang2 kan cerita...inilah keputusan 4th GA Dilazfamily

 
 Nak tahu siapa yang bertuah tu, KLIK SINI. 
Tahniah pada yang bertuah. Pada yang tidak bertuah janganlah putus asa, cubalah lagi.

P/S: Sila tinggalkan nama penuh, alamat penuh dan no telefon di email fadilaz_29@yahoo.com

22/12/11

Minta maaf semua

Salam semua.

Dah lama tak update blog. Dilaz busylah. Nak umumkan pemenang GA pun tak sempat. Ni curi2 update jap. InsyaALLAH Dilaz akan umumkan keputusan secepat mungkin. Dilaz minta maaf ye kekawan
 

1/12/11

TAMAT SUDAHHHHH GA

Giveaway Dilaz Family ke-4  sudah tamat. 


Terima kasih kepada yang sudi join.Nanti joinlah CGL anjuran Dilaz lagi.
 

30/11/11

4th GIVEAWAY DILAZFAMILY

STICKY POST UNTIL 30/11/2011 (12 PM) 

SYARAT2x YER
1. Blogger dan ada alamat di Malaysia

2. Masukkan banner di atas di dalam entri dan sidebar uools serta link kan ke blog DILAZ FAMILY

3.  Wajib jawab soalan ini dalam entri :-
   i) Bile tarikh lahir Dilaz dan Dilaz asal dari negeri mana?

4. Tag 2 orang kawan blogger (pastikan kawan itu tahu anda tag dia). Kalau lebih tag lagi baik

5. Tinggalkan url penyertaan uools di ruangan komen di entri ini SAHAJA

ITU SAJE SYARAT YER...Senang kan

Selamat BerGA dan GOOD LUCK 

P/S : Hadiah akan Dilaz update kemudian. Kali nie best sebab Dilaz nak kongsi kegembiraan dengan kawan-kawan.

29/11/11

Rindu dan sunyi rasanya

Rindu sangat pada Qistina. Qistina kat kampung sekarang nie. Ini semua pengorbanan aku supaya berpisah ngan Qistina sementara demi keselesaan Qistina di masa depan. Berat gak nak berpisah dengan Qistina. Tapi terpaksalah. Apa agaknya Qistina buat sekarang erk?



My Love pula, time Qistina tak delah kena bermalam kat Johor. Dah kerja cari rezeki. Dilaz kenalah banyak bersabar. Lagilah sunyi Dilaz sorang-sorang kat rumah nie. Emmm..apa nak buat kan. Rindu dan sunyilah Dilaz kat sini. Macam mana nak hilangkan rasa sunyi ini. 


Imej baru Dilaz

 Sebelum nie Dilaz ada buat entri tentang imej bertudung. Siapa tak ingat baca ENTRI NIE
Minggu lepas Dilaz cuba satu imej baru. Macam nie

Okey tak imej macam nie?. Dilaz tengah cari imej yang simple dah sesuai dengan Dilaz. Saje nak ubah penampilan diri biar lebih yakin.

28/11/11

Besarnya..

Apa yang besar sangat tu....


Ni haaa rumah nie. Besar betul rumah ni. Tapi yang tak best yer bukan rumah orang Melayu, tapi rumah bangsa lain.


 Dilaz simpan cita-cita dan impian nak rumah besar macam nie. Dilaz akan berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan rumah besar macam nie. Dilaz akan buktikan pada orang yang selalu kutuk Dilaz yang Dilaz akan berjaya suatu hari nanti.

Dari impianlah akan jadi kenyataan. Betul tak?
 

Kerja Qistina

Inilah kerja anak dara Dilaz nie. Orang sibuk mengemas, dia pun sibuk menghias. Habis dinding kat rumah Dilaz Qistina hias. Dah puas conteng pakai pen, lain pula Qistina buat. Nak kata tak de buku, berlambak buku Dilaz beli untuk Qistina. Baik yang baru dan juga yang lama. Dinding juga Qistina pilih. Nasib baiklah belum cat dinding lagi. Kalau tak mahu meraung nak oii.


Tengoklah hasil kerja kreatif Qistina.

 

21/11/11

Rusa Biru

Pernah tengok rusa warna biru tak? Ini anak rusa tau, warnanya biru. Comel sangat. TAk caya, cuba tengok nie

 
Itu adalah rusa belaan Qistina. Harga satu rusa tu RM 17. Tak tahulah murah ke mahal. Qistina dah nak sangat, Papa Qistina pun belilah sebab sayangkan anak.  Masa nak bayar kat kaunter, Cashier tu pesan siap pesan kat Qistina. Cashier tu cakap macam nie "Adik, jaga rusa nie baik-baik tau. Akak dah jaga dia baik-baik adik pun kena jaga baik-baik tau". Qistina angguk je lah. Ada lagi, cashier tu ada cakap pada rusa tu "Ko duduk rumah tuan baru baik-baik ye. Rindu kat ko nanti". Emmmm...layan jelah budak cashier tu.


Dan bile dah sampai rumah, Qistina pun tak sabar nak lanyak rusa tu. Yang paling geram tu tak sabar-sabar nak amik gambar ngan rusa dia sampai menangis. Tengoklah muka budak nie


P/S: Budak-budak memang macam nie ker?Tak sabar je
 

5 FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK

Saje nak Share. Dapat sumber dari Facebook. Tak tahu leh caya tak? Ada komen?

1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

 

20/11/11

Selamat Pengantin Baru

Sebenarnya dah agak terlambat nak buat entri nie. Tapi Dilaz nak buat gak. Dilaz nak ucapkan 

SELAMAT PENGANTIN BARU

Kepada Top Agen Fazil Agency - Ruhida dan pasangannya Yusof

Semoga bahagia sehingga ke akhir hayat dan dimurahkan rezeki selalu dan cepat menimang cahaya mata. AMIN


Bile dah sakit

Salam semua.

Sihat? Dilaz tak bape sihat. Tekak sakit sangat, batuk makin menjadi-jadi. Dah makan ubat pun tak baik lagi. Macam mana nak buat nie? Bile dah sakit nie semua benda yang dirancang tak menjadi. Sebab badan lemah dan tak bersemangat. Rasa nak tido je dalam fikiran sekarang. Tapi banyak tido pun tak sihat juga, betul tak? Ada petua macam mana nak baikkan batuk nie dan sakit tekak tak? Dilaz nak sembuh cepat nie. Sakitlah 
 

17/11/11

Selamat Hari Lahir Bos

 Hari ini 17-11-2011 adalah Hari Lahir Bos Dilaz. Dilaz nak ucapkan 

SELAMAT HARI LAHIR EN ALI


Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu. AMIN
P/S: Hari ni bos balik dari Sabah
 

Hadiah untuk pemenang Giveaway Ke-4 Dilazfamily

Salam semua.
Jangan marah erk nanti Dilaz upload hadiah untuk pemenang. Sabar tau. Yang lum join GA cepat join nanti terlepas pula hadiah menarik.

15/11/11

Tak sabar nak tunggu

Sebelum nie Dilaz ada buat entri tentang OMBAK RINDU. Tak lama lagi Filem Ombak Rindu nak keluar kat wayang kan. Itu yang buat tak sabar nak tengok Filem Ombak Rindu tu. Lagi-lagi ada Hero kesayangan Aaron Aziz. Memang macholah Aaron Aziz nie. Tengok trailer Filem Ombak Rindu nie je dah best tu lagilah excited nak pergi tengok.


Jom ramai-ramai tengok Filem Ombak Rindu nanti. Rasa teringin nak jumpa Aaron Aziz secara Live. Huhuhuhu
 

Saje tayang kereta

Kereta siapa nie?
Banyak duit mereka kan boleh pakai kereta mewah-mewah.


Dari kanan - Honda City, Audi, BMW M3, dan Honda Civic

Dilaz pun nak pakai kereta-kereta nie.
P/S : Entri paling simple.
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Hanya Aku Cinta Kau Seorang

Jangan tak percaya tau. Memang "Hanya Aku Cinta Kau Seorang" dan aku dah jatuh cinta pada kau seorang je.huhuhuhuhuh. Siang malam teringat-ingat sampai nak kau je, tak nak orang lain
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.

  Sebenarnya Dilaz bukan jatuh cinta pada sesiapa pun. Hanya My Love je jantung hati Dilaz. Dilaz hanya cintakan My Love seorang saje. Yang Dilaz cete ni adalah tentang Gula-gula HACKS nie. Hari tu pergi kedai nak beli gula-gula. Pas tu ternampak Gula-gula HACKS. Mulalah teringat masa zaman sekolah dulu kawan-kawan kata

H - Hanya
A - Aku
C - Cinta
K - Kau
S - Seorang
Pandai-pandai je buat maksud sendiri kan. Memang seronok zaman kanak-kanak.

14/11/11

Tempahan terbesar yang diterima

Salam semua

Rasa lama lak tak update Blog Dilaz Family nie. Itu yang buat nak cari Assistant bantu dalam update Blog, agak2 ada ke nak kerja ngan Dilaz.huhuhu. Saje je lawak. Sebenarnya Dilaz tak kemana cuma sibuk sikit nak siapkan tempahan terbesar yang Dilaz terima nie.

Tempahan nie daripada rakan FB Dilaz, Memang agak rumit sikit untuk tempahan besar nie. Kena kira lubang tu betul2, kalau tak habis salah. Lagi satu kena banyak bersabar. Inilah tempahan design tu.


Dilaz harap dapat siapkannya cepat dan memberi kepuasan kepada customer serta puas hati

10/11/11

Sekinchan Ikan Bakar

Mesti ramai yang dah tahu tentang Sekinchan Ikan Bakar nie kan. Dilaz dengar je dari orang ramai kata sedap ikan bakar kat Sekinchan, jadi Dilaz pun ajak My Love makan kat Sekinchan. Kiteorang tak makan kat Selangor, tapi hanya makan di cawangan Melaka.


Masa kiteorang sampai memang ramai sangat. Nasib baik ada satu meja kosong. Memang rezeki kami sekeluarga hari tu. Sambil nak tunggu order, kiteorang posing dulu sampai orang di keliling pandang-pandang.

Dilaz dan Qistina
 

My Love
 

dan
 
inilah ikan bakar kami
 
Ikan bakar dia memang sedap. Sikit je kan kiteorang makan. Sebab masa kiteorang datang sotong, udang, kerang semuanya dah habis. Hanya tinggal ikan sahaja. Sedihkan. Semua yang kiteorang makan RM20 ++++
 

Gambar kenang-kenangan

Salam semua

Semoga pagi ini ceria hendaknya. Pagi nie Dilaz nak mulakan entri dengan gambar kenang-kenangan untuk My Love. Gambar apa tu erk? Meh tengok gambar nie.
 
 
Inilah gambar-gambar passport My Love. Ini pun My Love simpan sampai sekarang tau. Memang My Love nie sentimental orangnya kan.huhuhu. Susah nak cari benda-benda macam nie. Betul tak? Benda paling sentimental value yang Dilaz ada simpan ialah tiket bas dan tiket wayang je masa bercinta dulu. Nanti Dilaz buat entri lain. InsyaALLAH.

9/11/11

Siapa bertuah dan Jom join GA

Siapa yang bertuah?
Siapa yang menang?

Jika kawan-kawan nak jadi orang yang bertuah, mari jadi reviewer ke 020983, 
nak tahu lanjut KLIK SINI  

Dan

Marilah Join GA Dilaz yang ke-4. Hadiah menarik tau. Nanti Dilaz update tentang hadiah GA. Siapa lum join GA Dilaz, KLIK SINI

Sokongan daripada kawan-kawan semua amatlah Dilaz hargai. Terima kasih 

Sedapnya Aiskrim Magnum nie

Asyik tengok iklan je kan. Jadi nak rasa kesedapan sebenar Aiskrim Magnum nie Dilaz pun pergi ajak My Love cari Aiskrim Magnum nie. Jadi kami pergi ke 7 Eleven dan beli 2 Aiskrim Magnum (Classic dan Chocolate).


dan ini lah aiskrim Magnum tu


Tahu tak, Dilaz makan aiskrim nie berdua je tak ajak Qistina. Bile Qistina tengok gambar nie, dia marah sebab makan aiskrim tak ajak dia. huhuhu. Sian Qistina kan. Bukan tak nak ajak, Qistina yang tak nak sebab nak duduk umah Nenek dia. 

Aiskrim nie sedaplah bagi pengemar coklat yang real. Dilaz nie tak suka sangat benda bercoklat sangat. Makan sikit-sikit bolehlah. Aiskrim nie memang lemak sikit rasanya. Emmm..sedaplah juga

8/11/11

Earning NUFFNANG dan CHURP CHURP setakat nie

Alhamdulillah. Setakat nie Dilaz dapat kumpul Earning NUFFNANG sebanyak RM 34.50. Masih ada 2 BE yang timbul tengelam dalam Blog Dilaz Family nie. Dilaz harap dapatlah merasa duit NUFFNANG tak lama lagi. InsyaAllah.


Dan Earning CHURP CHURP setakat nie baru RM 72.81. Sikit lagi boleh Cash Out. Tak sabar nak tekan button Cash Out nie. Siapa lum daftar CHURP CHURP, Klik SINI.
Nak TUTORIAL cara daftar CHURP CHURP, ada kat Sini.


Kedua-dua inilah sumber pendapatan sampingan Dilaz dalam dunia blog nie. Dilaz belum pernah lagi Cash Out. Yelah Dilaz nie, bukannya Blogger yang tegar. Kekadang tu nak jadi gak Blogger tegar, tapi kekurangan masa dan idea.huhuhu