Pages - Menu

30/09/11

Happy family

Salam semua.

Sekejap je dah hari Jumaat kan. Raya pun dah habis. Hari nie Dilaz masih tidak tahu nak buat entri apa. Belek-belek komputer jumpa gambar ini.


Gambar Dilaz satu keluarga. Happy family. Tapi sayang Qistina selalu tidak pandang kamera. Kalau tak dah memang cantik dah gambar ni. Dahlah susah hendak ambil gambar satu keluarga. Qistina...Qistina. Itu adalah gambar raya Tahun ni

29/09/11

Mana idea nie?

 Otak tengah beku nie. Tak tahu nak buat entri apa. Dah berblogwalking pun idea tak datang lagi. Susah juga kalau jadi penulis nie kan. Macam mana agaknya orang yang kerjanya menulis cerita? Mesti kekadang rasa macam nie kan. Emmm..apa Dilaz merepek nie. Dilaz nak pergi cari idea nie. Jumpa lagi

Nak interframe gak

Semalam besday Ayu. Besday Girl nie beli kek sendiri sebab tak de orang nak sponsor kek untuk Ayu. Sian besday Girl. Dilaz lak sibuk nak interframe gak amik gambar ngan Ayu. Sibuk je kan. Biarlah..janji happy.


Emmm...tembam yer Dilaz dalam gambar nie. Apa tak yer asyik nak makan je. Badan pun dah macam belon bila kena pam. huhuhu...Apa-apapun kek yang Ayu beli tu memang sedap. Bile dah makan kek tu semalam teringin lak nak makan Strawberi cicah coklat dan kek Blueberry.
 

28/09/11

Comel tak saya

Sebelum nie Dilaz ada buat entri Lasak plus Nakal, nak baca klik sini. Mama Rifqy ada komen tanya umur Qistina berapa? Umur Qistina nie sekarang 3 tahun lebih. Qistina lahir tahun 2008. Dah besarkan, dah boleh dapat adik. Ramai member yang anak besar Qistina dah ada seorang atau 2 lagi anak. Dilaz memang rancang. InsyaAllah ada rezeki Qistina dapat Adik (belum check lagi). hehehe.. Comel tak Qistina

Qistina kalau orang puji dia cantik mulalah malu pas tu perasan. Kelakar kekadang tengok aksi dia bile dipuji. Yang tak tahan ada kata Qistina nie anak Cinalah..yang nak gelak kata Qistina nie macam anak Mat Saleh... Mungkin sebab kulit Qistina putih kot. emmm. Apapun Alhamdulillah syukur Qistina sihat dan tak de sakit


P/S: Doakan Qistina sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki selalu

Wordless Wednesday-Cross-stitch

Tempahan Diana...HP Charm


Tempahan Ika...Keychain Cross-stitch


Tempahan Diyana


Tempahan Zura




27/09/11

Income Heartbeat

Dah lama tak promote Heartbeat nie. Tadi check akaun Heartbeat tak gerak-gerak. Nak cash out jauh sekali. Bile agaknya dapat Cash OUt dan rasa duit Heartbeat ni. Income sekarang baru RM 31.++. Lagi RM18.++  baru leh cash out. Kawan-kawan tolonglah Dilaz klik. Jasa baik anda amatlah dihargai. Seronok tengok member-member yang dah pernah Cash Out. Macam mana agaknya diaorang promote erk.

Tolonglah klik jika berminat.
 

Lu Langsi...Waa Kahwin Lagi

Jumaat Malam Sabtu dah tengok wayang Johnny English Reborn. Ahad pagi pula tengok wayang lagi. Betul-betul lepaskan rasa stress. Dilaz nie memang suka tengok wayang cuma kekadang tu tak de masa nak tengok. Bile ada masa RM ye tak de pula. Macam-macam kan. Ahad lepas Dilaz ajak My Love tengok filem Bini-biniku Gangster..Lu Langsi..Waa Kahwin Lagi.

Memang best filem nie. Manja-manja gitu. Berbaloi lah tengok. Dilaz suka tengok aksi Manja dalam filem nie. Sungguh baik dan tak lupa tanggungjawabnya pada suami walaupun dah jadi Gangster. Paling tak tahan siap ada Trademark lak tu "Suami didahulukan..Pencapaian Diutamakan"...Emmmm betul tak?


Lepas nie nmacam nak tengok wayang lagi..Tapi nanti dululah, nak kumpul duit. Dilaz nak beli sesuatu

Upin OH Ipin

Inilah koleksi Upin Ipin Qistina. Pantang nampak nak beli je. Ingat Mama ngan Papa cop duit agaknya. Anak...anak. Yang mampu beli, Dilaz akan belikan. Tak mampu beli kenalah sabar

26/09/11

Lasak plus Nakal

Inilah anak dara Dilaz...Nur Qistina. Semakin besar semakin lasak dan nakal. Mungkin terlalu manja atau mungkin perlu perhatian lebih. Mana satu tu..Dilaz pun pening. Budak2 sekarang memang macam tu ker?

Atau mungkin Qistina nak adik baru hilang lasak dan nakal tu. Emmm entahlah. Kekadang tu pening gak tengok perangai Qistina macam nie. Boleh hilang sabar. Tapi bile pandang muka dia, rasa sedih dan sayang yang mata sangat. Inilah rezeki yang ALLAH telah berikan. Alhamdulillah.

Walaupun Qistina lasak dan nakal, Dilaz tetap akan terus sayang dia. Siapa tak sayang anak kan. Sayang Mama nie janganlah terlalu lasak, sianlah kat Mama sayang


Norman dan Memey

SELAMAT PENGANTIN BARU buat NORMAN dan MEMEY.
Harap perkahwinan ini berkekalan dan bahagia selalu.


P/S: Dulu memang minat sangat kat Norman Hakim nie. Tapi sekarang dah tak minat sangatlah emmmm

Lepaskan stress tengok wayang Johnny English Reborn

Hari nie Dilaz tak bape sihatlah. Kepala sakit sangat dan berpusing2. Pinggang lak rasa sakit sangat..(Pregnant ker?). Tapi check macam tak de.Emmm tak tahulah. Dulu masa Pregnant Qistina check pun tak nampak jelas jalur 2 tu. Kali nie tak tahulah. Ada rezeki adalah. Minggu lepas Dilaz stress sikit tak tahu sebab apa. Mungkin terlalu mengharap atau apa-apa jelah.

Oleh sebab gaji My Love masa kerja di EON dulu dah masuk, Dilaz ajak My Love tengok wayang Jumaat malam tu. Jadi nak hilangkan stress kenalah tengok cete yang kelakar. Jadi Johnny English Reborn jadi pilihan. Filem tu memang kelakar dan enjoy tengok sepanjang 2 jam tu. Tak rasa boring pun. Yang tak best yer, tengah syok tengok Qistina nak kencing pula. Kenalah keluar kejap pergi Toilet. Nasib baik toilet tyak jauh jadi tak lamalah dan tak tertinggal banyak part. Kawan-kawan dah tengok belum? Kalau belum tengoklah, memang best


Tempahan Cross-stitch lagi-Part II

 Salam semua.

Selamat pagi. Hari nie kan Isnin..janganlah Monday Blues pula. Pagi nie Dilaz nak mulakan entri dengan update tempahan member yang telah Dilaz siapkan. Sebelum nie pun Dilaz ada update tentang tempahan. Nak baca..Klik sini

Ini lagi tempahan yang Dilaz dah siapakan. Tempahan dari Dyana. Dyana nak keychain cross-stitch letak nama dia.


Tempahan Nana..Cross-stitch untuk digantung di kereta


Tempahan farhana dan Mas...hp charm cross-stitch


Semua tempahan ini adalah hasil titik peluh Dilaz sendiri. Dilaz harap sangat handmade cross-stitch Dilaz ini berkembang maju dan Dilaz dapat buka kedai sendiri. Tak payahlah susah-susah nak kerja ngan orang lagi..Tension

23/09/11

Si Dara dan Teruna

Kali nie Dilaz nak cerita lagi tentang Qistina. Yelah Blog nie dibuat pun sebab nak cerita pasal Qistina dan juga Family Dilaz. Nak cerita pasal Dilaz tak de apa nak kongsi. Jadi Dilaz cerita dulu pasal Qistina lah.

Cerita nie masa raya hari tu. Tahun nie Qistina seronok sangat raya mungkin sebab Qistina dah besar kot. Bile Dilaz pakai baju kurung je kata nak pergi raya kecuali time Dilaz kerjalah sebab Qistina tahu Mama dia kerja. Masa raya hari tu, Qistina dah pakai cantik2 sekali tak jadi pergi rayalah. Mulalah Qistina naik mengamuk dan merajuk. Yelah orang dah pakai cantik2 pas tu tak jadi pergi lak. Mestilah marahkan.
Jadi nak pujuk Qistina suruhlah dia amik gambar dulu. Kata kat dia "Qistina kan cantik. Meh amik gambar. Tak nak merajuk lagi". Lepas tu okeylah...Macam2 ragam budak zaman sekarang kan.

Model Iklan Ubat Gigi

Cuba tengok gambar kat bawah nie....Apa yang buat gambar nie nampak ceria???


Tak tahu kenapa???

Sebab ada Qistina, budak yang comel tersepit di tengah-tengah Makcik-makciknya

Sebab semua dalam gambar nie senyum nampak gigi macam model iklan Ubat Gigi. Tersengih tunjuk gigi masing-masing

Dan yang paling penting sebab orang yang ambil gambar nie pandai ambil gambar...huhuhu..Siapa tu...
Apalah Dilaz dah mengarut nie kan. Apa-apapun Dilaz suka tengok gambar raya nie

22/09/11

Hasil tempahan Cross-stitch Dilaz

Hari nie Dilaz nak kongsi antara tempahan Cross-stitch yang telah Dilaz siapkan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Dilaz suka sangat bile tempahan nie dah siap dan Dilaz harap lepas nie banyaklah lagi tempahan dari kawan-kawan. Sesiapa yang berminat bolehlah tempah dengan Dilaz.

Jom layan Cross-stitch yang dah siap tu

Ini untuk Baby Boy


Yang nie tempahan dari Ayu


Tempahan Zura


Tempahan Eisya


Cantik tak kawan-kawan? Nanti Dilaz upload lagi

Broadband oh Broadband

 Selamat pagi semua

Dah breakfast belum?? Dilaz nak breakfast jap lagi. Sebelum tu nak update blog sikit. Sebenarnya tension sebab Broadband Dilaz kena block sebab lambat bayar bil bulan lepas. Jadi tertunggak sebulanlah. Nak bayar duit nak guna untuk benda yang lebih penting.

Nasib baik ada Nadia yang baik hati pinjamkan Broadband. Kalau tidak sunyi sepilah Blog Dilaz nie. Dilaz nak ucapkan terima kasih banyak2 pada Nadia yang memahami Dilaz yang tak boleh hidup tanpa Blog nie. Dilaz juga nak minta maaf pada kawan2 semua sebab tak dapat nak berblogwalking setiap hari. Kat ofis nie tak boleh buka sesetengah Bloglah. Tak tahu kenapa. Dilaz harap kawan2 sudi-sudilah singgah Blog Dilaz dan tinggalkan jejak. InsyaALLAH Dilaz akan balas kunjungan kawan2. Happy Berblog......

21/09/11

20/09/11

Keluargaku

Semua dah tayang gambar raya kan. Dilaz baru nak tayang gambar keluarga Dilaz. Almaklumlah baru upload dari Facebook adik. Jadi barulah leh tayang gambar raya. Inilah gambar raya Dilaz Tahun 2011. 

Tema Dilaz tahun nie ialah biru. Adik kedua Dilaz warna kuning. Yang belum kahwin warna hijau sama ngan Abah Dilaz. Tahun nie gambar nampak ceria sikit

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

19/09/11

Sampel Campbells

Salam semua. 

Selamat pagi. Cerita yang Dilaz nak kongsi nie adalah cerita 2 minggu yang lepas. Masa tu lepas balik kerja Dilaz dapat satu surat dari pos laju sebab Dilaz tak de kat rumah. Diaorang nak hantar tapi Dilaz tak de lak. Jadi kenalah ambil sendiri kat Pejabat Pos.


Punyalah semangat nak amik barang tu, sekali tengok sampel Campbells je. Frust juga masa tu. Ingat dapat apa lah. Hadiah ker..rupanya sampel jer.Inilah sampel sup Cambells yang Dilaz dapat tu


16/09/11

Plan Hari Ini

Hari ini kan cuti, tiba-tiba banyak Plan lak nak buat. Ingat nak rehat duduk sesaje. Tapi tak boleh. Apa Plan Dilaz hari ini? Meh tengok

Pertama ; Pagi tadi nak basuh baju yang banyak. Tapi tiba-tiba tengok sabun basuh dah tinggal sikit lak. Kenalah beli dulu. Petang lah baru basuh kot. Tak pun esok pagi

Kedua ; Nak update Blog. Tetiba idea datang mencurah-curah sampai tak cukup masa nak taip pulak (Kalah masa exam dulu. Tak de pun idea datang macam nie..huhuhu)

Ketiga ; Nak pergi rumah Busu ada buat makan-makan. Tak payahlah masak. Lagipun My Love kerja hari ini.

Keempat ; Nak pergi beli kain untuk buat keychain Cross-stitch sebab dah nak habis

Kelima ; Nak siapkan tempahan Cross-stitch sebab minggu depan customer dah nak.

Keenam ; Main-main dengan Qistina. Sian Qistina nak manja2, Mama dia sibuk je.

P/S : Paling best nak pergi makan2 lah.

Hadiah dari Nuffnang Bulan September

Selamat pagi semua.

Salam satu Malaysia dan Selamat Hari Malaysia. Seronok kan hari ini cuti. Dilaz seronok sangat sebab letih sangat minggu nie. Dalam seronok nie, Dilaz double seronok sebab tadi check akaun Nuffnang ada 4 BE baru hadiah dari Nuffnang. Sebelum nie, Dilaz ada buat entri pasal BE Dilaz dah jadi ME. Nak baca klik sini.  Tak sangka pula ada dapat BE baru. Alhamdulillaillah hadiah hari jadi dari Nuffnang. Terima kasih NUFFNANG.
 
Semua BE nie untuk Blog Dilazfamily. Blog Contest belum dapat BE lagi. Memang patut tak dapat sebab dah jarang join CGL. BE baru nie kena jaga nie. Biar Earning cepat naik dapatlah Cash Out cepat rasa duit berblog nie.
 

15/09/11

Dilaz kembali Vs Visitor Blog

Salam semua

Lama Dilaz tak update blog dan berblogwalking ke blog kawan2 kan. InsyaALLAH lepas nie Dilaz akan luangkan sedikit masa update blog dan berblogwalking. Minggu nie Dilaz busy sikit sebab nak siapkan tempahan Cross-stitch. Ini pun ada lagi 2 tempahan yang kena siapkan. Nasib baik besok cuti. Bolehlah siapkan tempahan tu. Kalau sesiapa yang minat nak tempah cross-stitch tu bolehlah bagitau Dilaz.

Disebabkan dah lama tak berblogwalking dan update blog, maka Visitor Blog pun merundumlah. Salah siapa...salah diri sendirilah. Nasib baik juga ada yang datang singgah. Kalau tak de langsung lagi kesian kan. Moral of the story...updatelah blog dan BW lah kan.

Meh layan.....


Sangatlah sikit..Kena kerja kuat ni

9/09/11

Qistina main bunga api

Dilaz ingat lagi tahun lepas masa hari raya. Qistina paling takut dengan bunga api lagi-lagi bunyi mercun. Tapi tahun nie, Qistina paling suka pula ngan bunga api. Tengoklah gelagat Qistina nie

Bunga api dah habis



Dah dapat bunga api lagi, baru nak pandang kamera. Bukan main seronok lagi main sampai tak ingat dunia anak Mama nie. Bunga api nie Tok Usu Qistina yang bagi. Mana dia dapat pun tak tahu. Qistina...Qistina. 

Qistina nie berani main bunga api sebab ada Pakcik Muda dia nie main sekali. Kalau tak, tak nak main dia. Takut. .. Tapi ada kawan tak takut pun. Agak-agak tahun depan macam mana pula?