Pages - Menu

26/08/11

Perkara Baru di Hari Raya 2011

Mesti hari ini ada yang last day keje kan. Ada gak yang dah balik kampung pun. Dilaz last day keje esok (hari Sabtu). Pas tu cuti seminggu. Tahun ni raya, ada 3 perkara baru di dalam keluarga Dilaz. Orang lain sibuk beli langsir baru, perabut baru dan macam2 barulah. Tapi family Dilaz lain sikit benda baru. Nak tahu...meh baca nie.


Pertama ; Kerja baru Dilaz
Dilaz start kerja pada 29 Julai 2011 sebagai kerani insurans. Kerja okeylah, bile ada borang proposal banyaklah kerja. Kalau tak de borang, tak de kerja. Gaji tak berapa nak okey dengan harga barang yang serba mahal nie. Tapi Dilaz tetap bersyukur sebab ada kerja dan ada duit sikit untuk tambah pendapatan keluarga.

Kedua ; kerja baru My Love
Sebelum nie My Love kan kerja kat EON sebagai Sales Advisor, tapi sejak 16 Ogos 2011 My Love kerja di Panasonic sebagai Production Engineer. Nama jawatan macam gempak kan. Gaji boleh tahanlah. My Love lama apply jawatan macam nie akhirnya rezeki My Love dapat juga. Alhamdulillah. Kerja rajin2 biar cepat naik gaji dan naik pangkat.


Ketiga ; Motor Baru
Raya tahun nie kiteorang ada motor baru jenis Modenas CT 100. Lama dah nak beli motor akhirnya dapat juga beli. Ada motor nie senang sikit kalau nak pergi kedai yang dekat2 ngan taman nie. Naik kereta leceh sikit, kalau naik motor kan ringkas. Qistina teramat suka bile ada motor ni.

Itu je update Dilaz untuk kehidupan family Dilaz setakat tahun nie. Harap selepas ini kehidupan kami sekeluarga bertambah baik dan sentiasa dimurahkan rezeki. AMIN.

1 ulasan:

  1. wah..semua lengkap r macam ni.. huhu..
    Slamat hari raya untuk akak dan keluarga..

    BalasPadam

Terima kasih daun keladi,
Jika sudi komenlah lagi.

YOU ARE ALWAYS IN MY MIND