Pages - Menu

5/08/11

Dinner Family Day Eon

Dilaz nak sambung cete family day Eon hari tu. Meh baca nie dulu. Dinner nie bertema formal tapi santai. Maksudnya berpakaian sopan dan bebas. Kebanyakan lelaki masa tu berpakaian kemeja semi formal dan ada yang pakai t-shirt berkolar. Perempuan pula memakai blaus dan ada juga pakai dress. My Love hanya pakai t-shirt berkolar dan Dilaz pakai blaus dengan suar jeans je.


Acara malam dinner dimulakan dengan penyampaian hadiah dan award kepada staf2 yang terlibat. My Love tak dapat sebab award tu untuk pencapaian tahun 2010. InsyaALLAH jika ada rezeki tahun depan dapat award lak. Siapa sangkakan itu semua ketentuan Allah. Selepas penyampaian hadiah adalah acara makan. Apa lagi makan sampai kenyanglah.Makanan malam tu memang sedap2 sampai tak cukup. Tak tahu macam mana pihak AJK Family Day uruskan. Nasib baik Dilaz cepat amik makan masa tu. Kesian pada yang tak dapat makan.


Bile dah kenyang makan, ada acara suka-suka untuk pasangan suami isteri. Macam2 acara yang mencuit hati. Dilaz dan My Love pun tak terkecuali. Kiteorang masuk acara dukung pasangan. Memang rasa nak tergelak masa tu. Tak sangka My Love boleh dukung Dilaz dan kiteorang jadi juara tau daripada 3 pasangan yang terlibat. Ini membuktikan susah senang kite bersama.


Dan paling seronok malam tu, My Love bertuah sebab dapat lucky draw hadiah utama malam tu...Bukan menang peti ais atau TV 42", tapi hanyalah hamper paling besar dan mahal je. Tapi tak pelah kan rezeki juga daripada pulang dari Family Day dengan tangan kosong je. Betul tak? Apa2 pun memang seronok sangat. Habis je dinner, kiteorang balik bilik, tidur je. Memang letih sangat hari tu.

Ini gambar penyeri entri je...gambar semua dalam HP My Love belum transfer lagi
 
Mama dan Qistina. Macam adik ngan kakak lak...hehehe

8 ulasan:

  1. haaaah. betullah mcm adik ngn kakak hehe..


    selamat berpuasa dilaz n family :)

    BalasPadam
  2. sedapnya dapat lucky draw! lme dah x dpt, last mase sk rendah dulu, heee :D

    BalasPadam
  3. comel je nie..aah..ada iras nie..hee

    btw..tahniah..kire bertuah gak teu tau dpt hadiah..hee

    BalasPadam
  4. u all mmg ada iras2...bestnya g dinner..dah lama tak berdinner dgn ofismate...

    BalasPadam
  5. mama likha:betul ker macam adik beradik?hehehe,perasan kan.selamat berpuasa juga

    BalasPadam
  6. uwmaisarah:memang best, my love je selalu dapat lucky draw.dilaz tak pernah dapat pun

    BalasPadam
  7. ifa:terima kasih ifa.mama yang comel atau anak yang comel? hehehe

    BalasPadam
  8. hanani:pergi dinner ngan ofismate mesti best kan.nie dinner first dilaz ngan company.teringin gak nak berdinner ngan ofismate

    BalasPadam

Terima kasih daun keladi,
Jika sudi komenlah lagi.

YOU ARE ALWAYS IN MY MIND