Pages - Menu

31/07/11

Vote FB vs Contest Online @ Offline

 Mula-mula sekali Dilaz  nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan yang telah vote Qistina kat Facebook. Terima kasih banyak-banyak, jasa baik kawan-kawan sentiasa Dilaz kenang. Ini adalah kali pertama Dilaz masukkan Qistina contest yang memerlukan banyak vote dari kawan2. 

Tapi sedihnya Qistina tak menang dalam Contest tersebut. Qistina hanya ditempat ke-4 (3 orang pemenang saja yang dikehendaki). Ini semua sebab komputer Dilaz rosak, kalo tak Qistina mesti menang sebab sebelum komputer rosak Qistina dapat vote tertinggi. Tak pelah tak de rezeki Qistina disitu. Yang Dilaz tak puas hati, kakitangan pihak penganjur turut terlibat dalam contest tu. Sepatutnya tak boleh kan sebab tak adillah.

Dilaz sebenarnya lebih suka masuk contest offline ataupun contest online sebab lagi senang. Susah nak masuk contest yang perlu like2 nie sebab tak ramai yang nak vote kite. Kalo contest offline hadiah dia memang menarik tapi tengok luck kite juga. Apa-apapun bile kite masuk contest, kite akan dapat ramai kawan dan dapat satu pengalaman yang baru. Memang seronok.
P/S : Walaupun Qistina kalah dalam contest tu, Dilaz still bagi hadiah pada voter yang bertuah. Nanti Dilaz update nama voter dan siapa yang bertuah ye...tunggu

Rindu kat Blog dan kawan2

Salam semua
Rindulah kat kawan-kawan semua. Dilaz nak minta maaf pada semua sebab tak dapar berblogwalking blog kawan2. Komputer Dilaz rosaklah,ni pun baru baik. Dilaz pergi format komputer nie semula baru settle segala masalah.

Dikesempatan ini juga Dilaz nak minta maaf pada pemenang 3rd Giveaway Dilazfamily 
(Cik Rose Cute dan Noof Fatin) sebab lambat pos hadiah. Dilaz akan cuba pos hadiah tue secepat mungkin. Dilaz minta maaf banyak2.

Dilaz juga nak ucapkan "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang mulia". Semoga bulan Ramadhan nanti akan membawa seribu rahmat dan berkat kepada kite semua. Amin.

P/S: Malam nie tengok anak bulan dan pengumuman puasa.

30/07/11

Kelebihan Sembahyang Sunat Terawih

Salam semua.
Tak lama lagi kite akan Berpuasa dan semestinya bulan Ramadhan kite akan solat Sunat Terawih. Mari kite lihat . Sumber dari SINI

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah s.a.w., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 :
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah

Malam 2 :
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang yang beriman)

Malam 3 :
Berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau

Malam 4 :
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran

Malam 5 :
Allah swt kurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa

Malam 6 :
Allah swt kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakannya supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini

Malam 7 :
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman

Malam 8 :
Allah swt mengurniakan pahala orang bersembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam

Malam 9 :
Allah swt kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad s.a.w

Malam 10 :
Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat

Malam 11 :
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan

Malam 12 :
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya)

Malam 13 :
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan

Malam 14 :
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat

Malam 15 :
Semua Malaikat yang menanggung’Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya

Malam 16 :
Allah swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga

Malam 17 :
Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi

Malam 18 :
Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19 :
Allah swt tinggikan darjatnya (orang yang bertarawih pada malam ini) di dalam Syurga Firdaus

Malam 20 :
Allah swt kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin

Malam 21 :
Allah swt binakan kepadanya sebuah istana dalam Syurga daripada Nur

Malam 22 :
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar)

Malam 23 :
Allah swt binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur

Malam 24 :
Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang bertarawih pada malam ini (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 :
Allah swt angkatkan daripadanya siksaan kubur

Malam 26 :
Allah swt kurniakan kepada orang yang bertarawih pahala pada malam ini seumpama pahala 40 tahun beribadat

Malam 27 :
Allah swt kurniakan kepada orang yang bertarawih pahala pada malam ini ketangkasan melintas di atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar

Malam 28 :
Allah swt kurniakan kepadanya 1,000 darjat di akhirat

Malam 29 :
Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1,000 kali Haji yang Mabrur

Malam 30 :
Allah swt beri penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman :
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam Syurga, dan mandilah engkau daripada air Syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang bernama ‘Al-Kauthar”

Semoga amalan di bulan Ramadan kita pada kali ini lebih baik daripada amalan pada bulan Ramadan yang sebelumnya, InsyaAllah..

Berdoalah agar kita dapat menempuhi Ramadan yang akan datang dan semoga amalan kita di bulan Ramadan yang akan datang lebih baik daripada amalan kita pada bulan Ramadan kali ini.. InsyaAllah..

P/S: Selamat Berpuasa dan menunaikan Solat Terawih.

28/07/11

LUCKY dRAW untuk Vote Qistina


* Sticky Post*

Dilaz nak minta jasa baik kawan2 semua vote QISTINA untuk Contest 





Cara-caranya:


2. Like Gambar QISTINA


3. Tinggalkan komen di page gambar FB.

Dilaz akan kira mengikut nama penyumbang vote.. Ajaklah kawan2 dan sedara mara tolong Vote Dilaz.
Hadiah pasti menarik. Tolong Dilaz erk

Tarikh Tutup:
28 JULAI 2011

Terima kasih kerana sudi Vote Qistina


Last Day Vote Qistina


Hari ini adalah hari last untuk vote QISTINA dalam Contest 
 
 
Rasa berdebar pula, siapalah yang terpilih sebagai pemenang kan? Kepada yang dah vote tu Dilaz akan update nama voter dan Dilaz akan buat Lucky Draw untuk anda. Doakan Qistina ye kawan-kawan.


Cara-caranya:


2. Like Gambar QISTINA

 

27/07/11

Esok Last Day untuk vote Qistina

Salam semua.

Tinggal 2 hari lagi untuk kawan2 yang masih belum vote Qistina boleh Vote Qistina. Esok adalah last day. Kepada yang dah Vote Qistina, Dilaz ucapkan terima kasih. Semoga Qistina terpilih jadi pemenang dalam

Kepada yang belum vote Qistina, sudi-sudikanlah vote Qistina erk


Ini Cara-caranya kepada yang nak Vote


2. Like Gambar QISTINA


3. Tinggalkan komen di page gambar FB

2nd BE dari En Nuffnang

Salam semua 

Rindu kat kawan-kawan semua. Rindu nak Blogwalking. Komputer Dilaz rosaklah, nie Dilaz pergi CC kat taman jap sebab nak update Blog. First sekali buka Nuffnang tengok ada BE baru. Alhamdulillah..rezeki. BE baru Dilaz ialah Celcom Xplay DJ2011 LR. BE sebelum nie still ada, maknanya sekarang Dilaz ada 2 BE. Sejak tak BW nie, pengunjung yang datang blog pun sikit je...sedih tau. Harap kawan2 sudilah datang blog Dilaz. InsyaALLAH selepas komputer Dilaz ok, Dilaz datang blog kekawan. Yang belum vote Qistina, vote Qistina erk. Jumpa lagi

23/07/11

Dilaz nak bercuti

Meh VOTE Qistina...ada lucky draw, KLIK SINI 

Salam semua, 
hari nie Dilaz nak pergi bercuti bersama My Love dan Qistina kat Port Dickson.  Kiteorang ada Family Day Anjuran EON Melaka. Kalau tak silap kat Permaisuri Resort Port Dickson. Siapa nak tengok package Resort nie, Klik sini



Permaisuri Resort Port Dickson KM 16 (Batu 10) Tanjung Biru, Jalan Pantai, 71250 Port Dickson Negeri Sembilan, Malaysia.



Dilaz search kat Google tengok macam seronok. Tak sabar nak pergi sana. Doakan percutian kami sekeluarga selamat pergi dan selamat balik erk. Nanti Dilaz buat entri pasal percutian kami. InsyaAllah.

22/07/11

Drama Cinta dari Dilaz-Kau Perlukan Aku (Episod II)

Meh VOTE Qistina...ada lucky draw, KLIK SINI 

Kawan-kawan dah baca Episod I - "Kau Perlukan Aku" lum. 
Siapa lum baca, meh Baca SINI. Okey, Dilaz sambung drama nie erk.

Situasi ini adalah selepas Kelas Ekonomi Asas. Si jejaka dan si gadis kebetulan dalam satu kelas yang sama, padahal mereka berlainan jurusan di Universiti. Itulah jodoh namanya. Akan berjumpa walaupun seringkali mengelak.


L : Awak...awak....Tunggu jap.
P : (Berhenti sekejap sebab dipanggil oleh si jejaka).

L : Boleh saya nak pinjam nota awak?

P : Nota apa? (buat-buat tak tahu)

L : Nota yang pensyarah bagi tadi. Saya tak sempat salinlah. (berharap si gadis pinjamkan agar ada peluang untuk berjumpa lagi)

P : Ooo...boleh, jap ye. Nah nie notanya. Dah siap pulang cepat tau. Saya pun nak ulangkaji semula.

L : Okey. Jangan risau, saya akan pulang cepat

P : Emmm...Saya nak balik dululah. Penat. Jumpa lagi

L : Ehhh.... nantilah dulu. Janganlah balik.

P : Napa pula tak boleh balik? Suka hati saya lah.

L : Kita pergi minum atau makan dulu nak tak? Saya belanja awak

P : Tak pelah. Terima kasih saje. Ajaklah orang lain tak pun lain kali jelah (si gadis jual mahal)

L : La...orang baru nak belanja. Okey lain kali jangan tolak pula

P : InsyaALLAH. Okey bye. Assalammualaikum

L : Waalaikumsalam (Balik dengan hati yang sedih)


Frust si jejaka. Adakah si jejaka dapat no telefon si gadis? Adakah si jejaka dapat mengajak si gadis keluar makan? Nak tahu...nantikan episod seterusnya

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur?

Meh VOTE Qistina...ada lucky draw, KLIK SINI 

Sumber dari rakan Facebook. 
Dilaz nak share ngan kawan2 di hari jumaat yang mulia ini



Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. 

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya. Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. 

Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.  

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.   

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang

P/S : Subhannallah...

21/07/11

Tinggal seminggu untuk VOTE QISTINA

Salam semua.

Tinggal seminggu je lagi untuk kawan2 yang masih belum vote Qistina boleh Vote Qistina. Kepada yang dah Vote Qistina, Dilaz ucapkan terima kasih. Semoga Qistina terpilih jadi pemenang dalam




Ini Cara-caranya kepada yang nak Vote


2. Like Gambar QISTINA


3. Tinggalkan komen di page gambar FB
Terima kasih banyak2. Jasamu tetap kukenang 


Google vs Dilaz

Meh VOTE Qistina...ada lucky draw, KLIK SINI 

Salam semua.
Dah breakfast lum? Hari nie breakfast apa? Dilaz nak tanyalah kat kawan-kawan. Pernah tak kawan-kawan search nama sendiri atau nama lain dalam google image? Nama artis jangan cakaplah...mesti ramai google kan.

Semalam Dilaz nak cari image kat Google untuk entri, tetiba tergerak hati nak search nama "Dilaz" kat image google tu. Sekali hasilnya inilah



Tak sangka boleh ada gak dalam google image tu. Itu semua image yang diletak di dalam entri Blog Dilaz. Kawan-kawan pernah search tak? Cubalah tengok

20/07/11

Drama Cinta dari Dilaz-Episod I

Meh VOTE Qistina...ada lucky draw, KLIK SINI 

Selamat petang semua.

Petang nie tetiba Dilaz nak buat Drama Cinta ala ala novel bersiri lah nie. Ini adalah Episod I. Dilaz baru nak belajar berkarya. Harap dapat menghiburkan hati kawan2 semua. Dah baca, komenlah sikit erk. Okeylah Dilaz mulakan Drama Cinta ini yang bertajuk 
Kau Perlukan Aku (Episod I)

Ketika berjalan-jalan di Mall Universiti, si jejaka (L) terserempak dengan si gadis (P) yang dikenalinya seminggu lepas. Hati si jejaka berbunga-bunga apabila berjumpa si gadis kerana terasa rindu padanya. Tetapi si gadis tidak pula berasa begitu. Rasa menyampah ada di hati si gadis.

Si jejaka dan si gadis sebenarnya kerap terserempak tetapi di jarak yang jauh dan setiap kali terserempak mereka mesti memakai warna baju yang sama. Ada jodoh agaknya. Si jejaka merupakan pelajar yang digilai ramai pelajar wanita tetapi si gadis juga ingin dikejar dan dikenali. Maka bermulalah dialog mereka


L : Assalammualaikum. Tak sangka jumpa awak kat sini?

P : Waalaikummussalam. Universiti ini bukannya besar sangat pun (nada marah dan tak suka)

L : Janganlah marah-marah. Nanti cepat tua, tak manis tau. Saya hanya nak kawan ngan awak je tak kan tak sudi jadi kawan saya?

P : Bukan tak sudi  tapi tengoklah nanti (jual mahal sikit)

L : Saya nak minta nombor telefon awak boleh?

P : Kalo ikhlas nak kawan, carilah sendiri. Tanya orang ker?

L : Okey...saya akan cuba sedaya upaya saya cari nombor telefon awak. Saya memang ikhlas nak berkawan dengan awak.

P : Jangan cakap je. Buktikanlah


P/S : Amacam okey tak drama cinta yang Dilaz buat nie? Kalau okey dan suka, nantikan episod akan datang. Jumpa lagi
 

Rumah Cross-stitch yang tak siap lagi

Meh VOTE Qistina...ada lucky draw, KLIK SINI 

Sekarang nie Dilaz dah tak bekerja, tapi jangan ingat duduk rumah tak buat keje pula. Bila Dilaz bosan, Dilaz akan online kat FB, Blog dan bukalah laman web yang ada ilmu pengetahuan. Lepas dah boring, Dilaz akan menghadap Cross-stitch pula. Sesiapa nak tengok koleksi Cross-stitch yang Dilaz jual, boleh ke Blog Dilaz Collection
Sekarang nie Dilaz tengah buat cross-stitch yang lebih kepada pemandangan dan yang memerlukan masa yang lama untuk buat cross-stitch tu. Dilaz nie kalo dah menghadap cross-stitch memang leka dan susah nak berhenti. Dilaz memang minat pada cross-stitch sejak dari kecil lagi. Dulu masa kecik suka tolong arwah emak buat cross-stitch nie sampai kat rumah banyak koleksi cross-stitch.

Kawan2, inilah rumah cross-stitch yang tak siap lagi tu. 


Benang untuk design tu dah habis belum beli lagi. Qistina marah Dilaz sebab tak siapkan rumah tu. Hujung bulan baru nak pergi beli benang DMC tu. Sesiapa minat nak beli cross-stitch atau nak buat sendiri boleh hubungi Dilaz erk.

19/07/11

Kadangkala

Meh VOTE Qistina...ada lucky draw, KLIK SINI

Kadangkala….orang hanya tahu mengata dan mencaci

Kadangkala….orang tak tahu dan tak faham apa yang kita rasa

Kadangkala….kita akan merasa sedih dan berduka

Kadangkala….kita akan terlalu gembira dan bahagia

Kadangkala….apa yang kita fikirkan benar-benar akan berlaku

Kadangkala….kenangan silam menghantui kita

Kadangkala….orang suka mengungkit kisah lalu berbanding mengatakan masa depan

Kadangkala….kita berangan sesuatu yang indah dalam kehidupan kita


Apa yang Dilaz tulis nie. Merapu je.
Ini hanyalah rekaan semata-mata. Tidak berkenaan dengan yang hidup ataupun yang mati. Harap maaf jika ada yang menyinggung perasaan sesiapa.

Ustazah Qistina

Meh VOTE Qistina...ada lucky draw, KLIK SINI 

Tengoklah budak perempuan nie, nama budak nie Nur Qistina binti Mohd Norfirdaus a.k.a Ustazah Qistina.


Qistina pakai tudung Arab nie sebab nak ikut Dilaz solat. Sibuk nak pakai tekelung, tapi tak de telekung kecik. Dilaz baru teringat yang MIL Dilaz ada bagi Qistina tudung nie masa buat umrah tahun lepas. Apa lagi, bagi Qistina pakai. Pas tu dia duduk belakang Dilaz ikut Dilaz solat. Tudung tu memang cantik tapi besar tak muat sepenuhnya pada kepala Qistina
 

Sayang......Abang

Meh VOTE Qistina...ada lucky draw, KLIK SINI 
 
Salam semua.
 
Semalam Dilaz ada buat entri pasal dapat 1st BE dari NUffnang kan. Siapa yang nak baca, Klik sini. Kalau kawan2 nak tahu, semalam juga Dilaz gembira sangat sebab My Love belikan Dilaz selipar baru. Itu yang Dilaz kata "Sayang...Abang". Bukan bermaksud selalu tak kata macam tu tau.

Nak tahu kenapa semalam My Love belikan Dilaz selipar baru? Sebenarnya selipar Dilaz dah koyak kat belah atas, tapi still boleh pakai cuma tak selesalah. Pas tu My Love asyik kata suruh beli selipar baru, tapi Dilaz kata nantilah dulu sebab boleh pakai lagi. My Love bukan apa, dia tak nak Dilaz rasa tak selesa bile pakai selipar tu. Jadi semalam My Love dah berkenan ngan selipar nie terus belikan Dilaz. My Love kata murah je RM 10. Dilaz tak kisah pun murah ke mahal sebab Dilaz nie bukan jenis yang memilih dan meminta. Orang dah bagi beli ambil dan pakai jelah kan. Terima kasih Abang. Sayang sangat Abang. Nanti belikan sayang Handphone baru pula ye.hehehehe
 
 
Inilah dia selipar tu, simple dan cantik ada love lagi kat selipar nie 


 

18/07/11

Nuffnang dah Bagi Dilaz 1st BE

Alhamdulillah...Hari nie Dilaz happy sangat. Sebelum Dilaz teruskan menaip, meh VOTE Qistina kat SINI.
Sebab kesetiaan dan kesabaran Dilaz pada Nuffnang, akhirnya dapat juga Dilaz 1st BE. BE nie tengah running kat tengah2 entri nie. Iaitu iklan Celcom SOX Hoops LR


Dilaz syukur sangat dan hati nie tengah berbunga2 sebab dapat gak BE macam kawan2 yang lain. Tak sia-sia update blog setiap hari dan berblogwalking. Dilaz pun tengah tak keje so bolehlah rajin buka blog kan. Ini bukti 1st BE Dilaz. BE di Blog Dilaz family


P/S: Harap2 pas nie dapat BE banyka lagi. Amin. Inilah semangat hidupku
 

10 Peringatan Bumi

Berkata Anas Bin Malik r.a; sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan 10 perkara :-

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku. tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10.Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Sumber dari Blog Teh Secawan




Fuhhh.....Status Diri

Salam semua.

Fuhhh....... tiup habuk kuat2 sikit. Dah sehari tak update Blog nie. Dilaz tak buka blog sangat sebab sibuk buka FB promote VOTE Qistina untuk Contest PHAK tu. Sesiapa yang belum VOTE Qistina, mehlah Vote Qistina.
KLIK SINI untuk VOTE

Hari ini Dilaz nak update status diri sekarang nie

1. Semestinya seorang isteri kepada Mohd Norfirdaus bin Sulaiman

2. Ibu kepada Nur Qistina binti Mohd Norfirdaus
3. Setakat hari ini, berumur 27 tahun 10 bulan 16 hari

4. Seorang pengusaha anggur yang belum masak2 sampai sekarang.

5. Masih mencari kerja untuk membantu meringankan beban suami.

6. Masih menunggu gaji 2 bulan setengah yang belum dibayar oleh majikan sebelum nie. Nak tahu kisah Dilaz, baca nie

7. Sedang berusaha menarik ramai pembeli untuk Blogshop DILAZ COLLECTION.
Marilah membeli di sana.

8. Sedang berusaha menjadi Blogger yang tegar seperti rakan yang lain agar sambil bersuka berblog dapat menjanakan pendapatan dari Blog ini

9. Dilaz tidak akan berputus asa. Dan akan terus berusaha sehingga berjaya. Kawan2 doakan Dilaz ye.

Setakat ini sahaja status diri Dilaz.Jumpa lagi