Semalam petang Abah Dilaz datang dari Johor. Abah datang ngan Mak Tiri Dilaz dan adik Dilaz yang no 2. Ada sekali ialah anak buah Dilaz yang 2 orang tu. Seronok sangat. Tak sangka lak Abah nak datang sini. Tapi semalam, kiteorang tak kuar mana pun. Duk rumah bersama keluarga
Yang sedihnya, Abah dah balik hari nie. Kejap je duk sini. Tak tahulah napa jap jer datang. Mungkin Abah ada keje nak buat kot kat Kampung. Abah nak bawa Qistina balik kampung, tapi Qistina tak nak pulak. Qistina sejak baik demam nie, asyik nak lekat kat Dilaz jer. Mungkin dia tahu tak lama lagi dia nak ada adik kot, tu yang Qistina asyik nak manja jer.
Tengok anak buah Dilaz yang kecik tu, teringin nak ada baby cepat-cepat. Tak sabar nak ada baby. Dilaz dah kekok masa nak pegang anak buah Dilaz tu. Macam mana ada baby nanti agaknya. Kena belajar semula nie. huhuhu..
Hari nie tak de mood nak keje sebab gaji masih belum dapat lagi. Dua bulan gaji tau. Okeylah Dilaz nak rehat jap
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih daun keladi,
Jika sudi komenlah lagi.
YOU ARE ALWAYS IN MY MIND