Usia masih muda, namun mereka dilimpahi kemewahan termasuk mampu memiliki kereta mewah berharga lebih RM 200000 (Dilaz pun teringin nak pakai kete mahal macam tu). Inilah dia Kelab Anak Jutawan Malaysia. Untung dan tuah badan bagi gadis yang berusia 20-an nie. Nak kenal siapa mereka nie? Dilaz cete sikit sumber dari Metro Ahad, 19 Jun 2011.
Walaupun mereka anak Jutawan, tapi mereka tetap berusaha untuk memajukan lagi perniagaan keluarga dan ada yang mempunyai impian tersendiri. Pertama
Erni Rineelawati Buhari, 21
Siapa tak kenal Erni nie kan. Dia merupakan salah seorang anak Jutawan Kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya. Dia mempunyai impian untuk membuka kedai bakeri satu hari nanti kerana terlalu meminati kek. Dia akan peruntukkan RM 1,000 sebulan dari duit gajinya sebagai Pengarah & Eksekutif Pentadbiran Nouvelle Beauty Centre untuk membina kedai bakerinya kelak. Erni gak adalah pelajar Universiti Teknologi mara Shah Alam dalam Program Jarak Jauh (PJJ) dalam bidang perniagaan. Paling best Erni ada kete BMW 325i.
Kedua
Ku Nor Azreena Ku Yahya, 22
Ku Nor Azreena nie mempunyai impian membuka lima syarikat berasaskan hartanah dan perhotelan. Yang tak sangka hobi Ku Nor Azreena nie tulis Blog (mesti Ku ada blog kan). Walaupun Ku Nor Azreena nie Pengarah Atikah's Songket di Taman Tun Dr Ismail, KL dia suka bersikap sederhana. Kereta yang dimiliki adalah Mercedes Benz.
Yang lain dalam Kelab Anak Jutawan ialah Vivy Sofinas Yusof,24 Pengarah Urusan FashionValet.net dan Norfariza Azami, 23 yang memiliki perniagaan Bundle
Untungkan mereka semua nie. Muda-muda dah hidup mewah, tak payah nak susah-susah macam kite yang hidup sederhana nie. Yang penting kena berusaha untuk mencapai tahap macam tu
sonok tgk muda2 da kaya kan.......
BalasPadambest kan
BalasPadamMoga pandai bersyukur dan menggunakan rezeki yg Allah kurniakan dgn baik.
BalasPadamHai..ni az yang nama Ku Nor Azreena tu..ni blog az kalau nak tengok...kunorazreena.blogspot.com..blh follow az kat twitter atau fb,k..
BalasPadamsaya ingin bertanya ,..bagaimana kalau mereka ni dilahirkan dalam keadaan keluarga yang susah???mampu ke mereka begini???dan yang paling penting..mereka ni sanggup ke untuk hidup dalam keadaan keluarga yang susah???
BalasPadamsemuanye kerana bijak mengambil peluang. mereka juga salah seorang ahli dalam kelab bisnes ni,. :) alhamdulillah sy juga telah berjaya berkat ilmu yg diberi dalam program ini :) -> http://www.duitjutawan.org/agent/idevaffiliate.php?id=221
BalasPadam