Pages - Menu

25/05/11

Senggugut...Sakit yer

Sejak Dilaz dah kahwin nie lama tak kena senggugut. Tiba hari nie kena senggugut lak (Paling sedih Dilaz tak Pregnant). Dulu masa anak dara selalu gak kena senggugut, sampai kadangkala berguling-guling atas katil tahan sakit.


Senggugut nie kalau dah kena memang sakit. Nak baik kepada normal punyalah lama. Nie Dilaz baru kurang sikit rasa senggugut tu. Tadi tak leh nak bangun dan buat kerja langsung. Sakit yer hanya ALLAH saje yang tahu. Orang kata kalau dah kahwin senggugut akan hilang, tapi Nape leh ada lak? Itu semua kehendak ALLAH nak beri kite rasa sakit kan. Kite kena redha menerimanya.

Ini jawapan Mengapa ada wanita yang mengalami senggugut dan ada yang tidak?

Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea

"Sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada dismenorea. Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap dismenorea yang berlainan.

Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk kamu mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa kamu period boleh mengakibatkan dismenorea. 

Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami dismenorea berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan kamu seterusnya mengakibatkan dismenorea.

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan dismenorea. Ada faktor yang tidak dapat dielak seperti gen tetapi faktor lain seperti diet boleh diubah. Jadi, sebenarnya senggugut boleh dicegah atau setidak-tidaknya boleh mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan dengan mengamalkan gaya hidup sihat"
Sumber dari Kotex Malaysia
Jika sudi, Klik Nie sekali

Sunsilk Perfectionista

1 ulasan:

  1. alah lom ada rezeki nak peknen sis...sabo ye.....


    segugut alhamdulilah x penah kena.............


    cuma klu big bos nak dtg mesti sakit pinnggan....

    BalasPadam

Terima kasih daun keladi,
Jika sudi komenlah lagi.

YOU ARE ALWAYS IN MY MIND