Tadi Dilaz cerita tentang Tragedi Tanah Runtuh di Hulu Langat . Tragedi tanah runtuh di Hulu Langat adalah kejadian tanah runtuh ke-8 di Malaysia nie. Kejadian Tanah Runtuh pertama adalah pada tahun 1993 yang melibatkan Highland Towers di Taman Hillview. Mari luangkan sedikit masa baca kejadian Tanah Runtuh di Malaysia sebelum ini. Sumber dari Metro Ahad.
- 11 Disember 1993 : 48 maut apabila tiga Blok Kondominium 12 tingkat Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang, Selangor, runtuh akibat gelinciran tanah sekaligus meruntuhkan bangunan berkenaan
- 25 Disember 1997 : 3 terbunuh selepas tertimbus di bawah runtuhan tanah dan sampah dalam kejadian di KM 17 Lebuhraya Ampang-Hulu Klang, Selangor.
- 15 Mei 1999 : Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun maut manakala ribuan penduduk di kawasan perumahan Bukit Antarabangsa dan Wangsa Ukay di Jalan Hulu Klang, Selangor terperangkap apabila tanah runtuh sepanjang 100 meter berlaku dalam kejadian jam 5.20 pagi yang menimbusi jalan keluar masuk ke kawasan perumahan berbukit itu.
- 2 November 2002 : Sebuah banglo di Taman Hillview, Hulu Klang, Selangor milik bekas Panglima Angkatan Tentera, Jen (B) Tan Sri Ismail Omar, yang juga bekas Pengerusi Affin Bank, ranap selepas dirempuh tanah dari bukit bersebelahan. Mengorbankan isteri beliau, Puan Sri Azizah Abdul Aziz, anaknya Hijaz, 2 menantu, 2 cucu dan 2 pembantu rumah Indonesia
- 31 Mei 2006 : 4 sekeluarga terkorban akibat tertimbus dalam runtuhan tanah yang memusnahkan 49 buah rumah di Kampung Pasir, Hulu Klang, Selangor.
- 30 November 2008 : 2 beradik mati tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Ulu Yam, Selangor. Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, Noratirah Roslan, 16 dan adiknya Nurul Intan Sarina, 9, tidur dalam bilik mereka apabila tebing di belakang rumah runtuh lalu menghempap bahagian rumah mereka.
- 6 Disember 2008 : Tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor mengemparkan negara apabila meragut nyawa selain menimbus 14 banglo.
P/S: Pihak berwajib rasanya perlu sentiasa memantau keadaan bangunan dan kawasan berbukitagar perkara yang sama tidak akan berlaku lagi. Kasihan pada mereka. Kepada yang tinggal berhampiran kawasan berbukit nie berhati-hatilah.
memang sanagt2 menyedihkan, Al Fatihah untuk kesemua mangsa
BalasPadamketentuan Allah yg tak dpt kita
BalasPadamjangkakan..
alftihah utk mngsa yg maut..
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam