Pages - Menu

1/05/11

8 Rahsia Sukses Orang Jepun

Bulan Mac lalu, Negara Jepun telah ditimpa bencana tsunami dan gempa bumi sehingga banyak mengorbankan nyawa. Kasihan pada mereka. Itu semua adalah dugaan dari ALLAH. Kite hanya boleh berdoa agar mereka sihat dan dapat meneruskan hidup mereka dengan tabah.
Okeylah, sebenarnya Dilaz nak kongsi sikit 8 Rahsia Sukses Orang Jepun. Rakyat Jepun nie memang lain daripada rakyat di seluruh dunia. Sikap mereka memang mengagumkan. Bukan Dilaz nak kata rakyat Malaysia tak bagus, tapi kite perlu mencontohi sikap rakyat Jepun yang baik ini.

Credit diberi kepada Majalah Nur, Mei 2011

Pertama; Kerja Keras
Mereka memang rajin dan sangat bekerja keras untuk menyara hidup mereka. Bayangkan mereka boleh menyiapkan kerja dalam masa yang cepat berbanding dengan rakyat di negara lain.

Kedua; Malu
Sifat ini sepatutnya perlu diterapkan dalam diri setiap manusia tidak kiralah apa bangsa dan agama mereka 

Ketiga; Hidup berjimat
Mereka memang sangat berjimat cermat kerana kos kehidupan negara Jepun yang terlalu tinggi. Mereka berjimat dari segi berbelanja barang keperluan.

Keempat; Kesetiaan
Rakyat Jepun terlalu setia terutamanya dalam kerja. Mereka akan bekerja di sesebuah syarikat sehinggalah mereka pencen.
Kelima; Inovasi
Mereka bijak menginovasikan produk orang lain kepada produk yang diminati masyarakat mereka. Itulah kelebihan rakyat Jepun

Keenam; Pantang menyerah
Ini terbukti dari segi pemerintahan mereka

Ketujuh; Budaya membaca
Ini paling baik. Mereka tidak membuang masa, setiap saat dipenuhi dengan amalan membaca tidak kira di mana berada

Kelapan; Kerjasama kelompok
Sikap ini terlalu dititik beratkan terutama dalam melakukan sesuatu kerja. Sebab itu mereka boleh menyiapkan kerja dengan cepat

P/S: Okey tak entri nie. Apa yang baik kite ikut, yang tak baik jangan ikut ye. Selamat Maju jaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih daun keladi,
Jika sudi komenlah lagi.

YOU ARE ALWAYS IN MY MIND