Salam semua.
Okey tak template baru BLOG DILAZ FAMILY?. Pas nie tak nak tukar lagi kot, maybe yang akan tukar, header tu. Kecuali ada sponsor nak bagi design baru untuk blog nie. Hehehehe...berangan lak.
Hari nie dilaz nak kongsi tips mengenai DIET. Ada sesetengah perempuan mesti suka DIET kan, yelah nak nampak cantik. Saya pun ada kekadang ikut DIET gak. Di bawah nie ada teori dan fakta tentang DIET.
Pertama ; Jangan makan selepas jam 8 malam
TEORI : Mengambil makanan selepas jam 8 malam akan menyebabkan kalori tertinggal dalam tubuh badan dan disimpan sebagai lemak. Ini kerana tubuh kurang aktif memproses makanan di waktu malam berbanding waktu siang.
FAKTA : Sebenarnya tubuh kita memproses makanan dan membakarnya menjadi kalori siang dan malam. Cuma dinasihatkan selepas makan pada waktu malam hendaklah bersenam atau berjalan kaki selama 15 hingga 30 minit.
SAYA : Tak pernah pun berjalan pas makan malam. Tido adalah, mana tak gemuk kan.
Kedua ; Makan dengan pinggan yang kecil
TEORI : Makan dengan pinggan yang kecil akan memudahkan tubuh memproses makanan. Ini disebabkan kuantiti yang sedikit, kalori dibakar menjadi tenaga dengan lebih cepat.
FAKTA : Bukan kuantiti makanan yang mempengaruhi proses pembakaran kalori, tetapi jenis makanan yang diambil. Jenis makanan yang diambil perlulah lebih mengandungi serat agar dapat membantu menurunkan berat badan.
SAYA : Sekarang nie, saya makan dalam kuantiti yang sikit, tapi nak makan banyak kali. Cam mana tue?
Ketiga ; Makanan berlemak menambahkan berat badan
TEORI : Ramai beranggapan lemak dalam makanan punca kenaikan berat badan.
FAKTA : Tidak semua lemak itu musuh tubuh. Ada juga lemak yang membantu tubuh seperti kekacang dan beberapa jenis ikan.
SAYA : Suka makan kacang, tapi tak leh makan banyak2x. Bile makan banyak mesti akan tumbuh jerawat pas makan.
Macam mana, okey tak tips tue.? Jumpa lagi di lain entri.
me singgah baca tips sambil click HB :)
BalasPadamkalau nak naikkan berat badan, kena buat yg sebaliknya kan dila? hahaaa.
BalasPadam