Pages - Menu

18/01/11

SEKSI LELAKI?

Salam semua.

2 hari lepas saya ada baca satu artikel nie. Tajuknya "SEKSI LELAKI DI MATA WANITA". Tajuknya menarik kan. So, saya ingat nak kongsilah sikit pada semua. Kat dalam artikel tu banyaklah pandangan wanita tentang seksi lelaki pada mata diaorang.
Antara pandangan wanita-wanita tersebut:-

MATA - Pandangan mata lelaki yang membuatkan mereka nampak seksi. Tapi ada   pula yang mengatakan kalaulah matanya seksi, tapi mata keranjang tak guna juga kan. 

BADAN - Wanita kata, bentuk susuk badan yang tegap dan mantap tulah menyebabkan lelaki nampak seksi. Ada gak kata kalo perut lagi bulat (buncit) lagilah seksi. Masing2 punya pendapat kan.

BIBIR - Seksi pada bibir bermaksud, kata2 yang diluahkan dari mulutnya akan menampakan keseksiannya. Entahlah. Mengarut.

PUNGGUNG - Yang nie lagi tak tahan. Ingatkan lelaki jer yang kata seksi perempuan pada punggung, tapi wanita pun begitu. Betul ker orang kata, kite leh tengok lelaki tu dah kahwin atau belum dari punggung yer?

Macam2 lagilah pandangan tentang seksi lelaki di mata perempuan nie. Itu jer yang saya ingat. Tapi sebenarnya yang paling penting, keseksian seseorang tu tak kira lelaki ataupun perempuan adalah daripada dalaman dirinya. Kalau luar jer cantik tapi dalaman sungguh buruk, tak guna juga. Yang penting, sayangi diri sendiri dulu lebih daripada segalanya. INGAT tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih daun keladi,
Jika sudi komenlah lagi.

YOU ARE ALWAYS IN MY MIND