Pages - Menu

24/11/10

JUALAN LELONG =PART I

Salam satu MALAYSIA. Saya nak buat Jualan Lelong koleksi pakaian Qistina. Baju nie dah pakai...tapi masih dalam keadaan baik lagi..Sayang nak buang. So, saya ingat nak jual balik...lehlah wat duit tabung masa depan QISTINA. AMIN

Inilah koleksi peribadi QISTINA

KOD : MCS 01
Size : 4 Tahun ke atas
Price : RM 30
(New)

KOD : MCS 02
Size : 1 Tahun ke atas
Price : RM 10
(Used and still good condition)

KOD : MCS 05
Size : 2 Tahun ke atas
Price : RM 10
(New and still good condition)

KOD : MCS 11
Size : 6 bulan - 13 bulan
Price : RM 13
(Used and still good condition)

KOD : MCS 06
Size : 1 Tahun ke 2 Tahun
Price : RM 10
(Used and still good condition)

KOD : MCS 20
Size :  18 bulan ke 24 bulan
Price : RM 25
(Used and still good condition)

KOD : MCS 03
Size : 10 bulan ke 18 bulan
Price : RM 10
(Used and still good condition)



KOD : MCS 25
Size : 12 bulan ke 20 bulan
Price : RM 15
(New and still good condition)

DUTA

Salam satu MALAYSIA. Hari nie tak de mood nak masak so buka tenet berblogwalkinglah apa lagi. Nasib baik dapat suami yang memahami. MY LOVE saya seorang yan sangat memahami. I LOVE YOU SO MUCH. hehehe....
Masa tengah menggoogle terpandanglah satu artikel mengenai REMY ISHAK. Hensemkan REMY nie. MACHO tue...


Sekarang nie REMY jadi Duta produk DASHING. Sesuailah dengan dia. Bertambah-tambahlah rezeki Abang REMY nie kan. Cool dan penuh gaya sangat iklan DASHING kat TV... Korang dah tengok iklan tue.


p/s : Berangan MY LOVE jadi model.Hwuahwuawaaaa

14/11/10

"BABY AND TOYS CONTEST"

Assalammualaikum semua...Di hari Isnin yang selalu semua orang tengah MONDAY BLUES ..Saya nak buat satu contest. First time nak buat contest nie. Selalu asyik join contest jer, tiba-tiba nak wat contest lak. Saja nak tambah kenalan dan kongsi hadiah untuk semua Blogger.
 "BABY AND TOYS CONTEST"
 25 OCTOBER 2010 - 30 NOVEMBER 2010
 
Syarat-Syaratnya....

1) Terbuka kepada semua bloggers di Malaysia.. 
Bagi bloggers yang dok overseas, boleh join gak... tapi mesti ada alamat kat Malaysia(tak kira umah mak ker atau sebagainya)

2) WAJIB jadi follower Dilazfamily
dan mesti letak blog dilazfamily kat bloglist anda utk update hadiah

3) Mesti dan wajib buat satu entri pasal Contest ni.. 
Jangan lupa letak banner (Qistina) tue kat dalam entri & sidebar blog anda..
WAJIB ada link back ke entri nie tau..

4) Upload hanya SEKEPING gambar BABY AND TOYS mereka..
(Terbuka kepada Baby berumur dalam lingkungan  0 hari - 5 Tahun)
Tak kesah samada Baby itu anak anda @ anak sedara @ anak jiran....


5) Sila nyatakan sekali Nama Baby dan Umur Baby...

6) Akhir sekali, tag 2 rakan anda...lebih lagi baik 
( kawan anda mesti tahu yang dia ditag tau)

7) Complete semua, tinggalkan komen di entri ini...


Hadiah untuk Pemenang:
Bear dan Pin Kartun (Comel tau)

Pemenang: 
2 Orang pemenang (Baby Lelaki dan Baby Perempuan)
(Dipilih secara cabutan bertuah oleh QISTINA)

Tarikh Tutup :
30 November 2010
p/s : Mari lah join contest saya. Terima kasih

PELIK

Salam satu MALAYSIA..saya nak luahkan perasaan yang dah lama terbuku dikepala dan terpendam dihati. Sebenarnya saya rasa pelik....naper orang lain wat bisnes tak kira secara online atau langsung leh berjaya. Tapi, saya sebaliknya.
Kawan-kawan ada petua nak kongsi tak ngan saya cam mana nak berjaya dalam wat bisnes nie? Tolonglah.....

BABY WITH COSTUME CONTEST

Hari nie saya nak join contest baru bagi saya ....lama bagi sesetengah Blogger. Comelkan Adik AIMAN nie.

TAJUK CONTEST : BABY WITH COSTUME CONTEST
PENGANJUR: MAMA AIMAN
PENAJA: PAPA AIMAN (www.awokpenyu.com)
TARIKH TUTUP: 19 DISEMBER 2010
 
 
ini gambar QISTINA yang saya pertaruhkan
 

 Nama Anak : NUR QISTINA BINTI MOHD NORFIRDAUS
Umur : 2 Tahun 7 Bulan
Nama Ibu : NURFADILAH SUARDI
E-mail Ibu :  fadilaz_29@yahoo.com
Gambar ni diambil masa nak pergi shopping. Tengoklah QISTINA kiri kanan pegang barang...nak baca buku sambil makan lak tu

MEHLAH SAMA2 JOIN CONTEST NIE. NAK TAHU DETAIL KLIK SINI

Banyak cakap

Napa saya pilih tajuk entry "Banyak cakap"???Nak tahu kenapa...... sebenarnya dalam entry nie saya nak cerita sikit pasal QISTINA. Umur QISTINA sekarang 2 Tahun 7 Bulan. Gigi QIS lum penuh lagi (sebelah dalam masih lum tumbuh). Tinggi semakin bertambah, tapi berat turun lak. Baru-baru nie lepas timbang 11.9 kg sebab hari tu QIS sakit.



Nak tahu sekarang QIS kalau dah mula bercakap, tak kan berhenti punya. Sampai kadangkala keluarlah Bahasa Perancis dia. Huhuhu... Ayat- ayat yang dia selalu QIS cakap:

1)" Mama, Mama kat mana?" ( soalan bile dalam telefon, ayat akan berubah ikut sape yang telefon QIS)

2) "Mama cheje, Bapak cheje...Tina gie umah Umi"

3)"Mama, Bapak nak gie Umah Atuk atau nak gie Umah Nenek"

4)"Mama nak lik kampung jumpa Tok Bah...nak jumpa Paan" (sepupu Qis aka anak buah saya)

5) "Mama, Ina nak makan...laparlah" (ayat yang keluar bile saya tengah masak kat dapur)

6) " Mama sedapnyer...nak lagi...best: (ayat bile tengah makan kalo sedap sangat bagi QIS)

7) "Mama, Tina baik....nak Baby leh?" (ayat yang paling tak disangka QIS leh cakap)

8)" Sayang Mama...sayang Bapak....sayang semua...." (bile QIS senang hati)


banyak lagi ayat yang selalu QIS cakap...nanti saya cerita lagi.


p/s : Anak awak semua cam mana? kongsilah sikit pada saya

13/11/10

MTEST

Hari nie Hari Sabtu....Saya ambil cuti sebab ada test. Actually saya ada 2 test hari nie...(test PTD  dan MTEST). Tapi setelah fikir masak-masak, saya pergi test MTEST. Sebab test PTD masuk nie dah 4 kali saya pergi tapi tak pernahnya dapat kerja tu. So, saya cuba nasib pergi MTEST. Manalah tahu rezeki saya kat sini lak. Risau gak saya...Napa????? 
.
.
.
.
.
.
.
.
Sebab hujung bulan depan (Disember) saya last kerja kat GUARDIAN. So, pas resign nanti saya kenalah cari kerja lain yang lebih baik daripada GUARDIAN. Saya berhenti GUARDIAN sebab saya nak cari kerja yang mempunyai lebih sikit masa saya bersama QISTINA dan MY LOVE. Saya sentiasa berdoa agar saya dapat kerja yang lebih baik dan lebih menjamin untuk masa depan saya dan keluarga saya.

p/s : Doakanlah saya dapat kerja yang lebih baik. AMIN

7/11/10

Are You That Lucky One Giveaway

 Salam satu MALAYSIA. Saya nak join GA. GA nie anjuran Ms Belinda. Comelkan anak Ms Belinda.
TAJUK GA: ARE YOU THAT LUCKY ONE GIVEAWAY

TARIKH TAMAT: 17 NOVEMBER 2010

So, kalau nak join dan tahu lebih lanjut pasal GA KLIK SINI 

5/11/10

''Abah.. bagilah balik tangan Ita"

Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan FACEBOOK (MENTARI HIDUP).
Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupun manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh dimaafkan atau diperbetulkan semula..Dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..Bak kata pepatah "terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya..." marilah kite renungkan kisah Si Kecil Ita...

"Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)
p/s: Rasa sedih dan insaf bile baca cerita nie. Anak nielah satu2nya Anugerah dari ALLAH


2/11/10

Asmara

Tajuk entri macam geli jer...huhuhu. Sebenarnya tadi baru pas layan cete Drama ASMARA di TV3. Tiba-tiba kat kepala otak nie terfikr...."Masih ada ker lelaki kat dunia nie sebaik ASMARA?"
ASMARA tue baik sangat-sangat......Untung si ZALIA tu tau....

 


Mehlah kite layan cete nie. Cete nie setiap hari SELASA jam 9.00malam semestinya di TV3

KOS KAHWIN

Khas Untuk Orang Bujang Dan Yang Merancang Untuk Kahwin.




Apa yang Orang Bujang Mesti Tahu Tentang Kos Kahwin ?

Anda tahu perkahwinan tu yang paling penting adalah ijab, qabul, anda, pasangan anda, saksi dan wali. Err… dan juga sijil pra-perkahwinan dan ujian HIV.
Maskahwin boleh hutang tapi siapa berhutang janganlah bernafsu sangat untuk sentuh-sentuh anak dara orang oooi …
Mengadakan kenduri kahwin adalah perkara yang sangat dianjurkan sekalipun hanya dengan menyembelih seekor kambing. Tetapi budaya di Malaysia, susahlah nak cukup dengan perkara macam tu sahaja.
Mari kita lihat apa yang perlu anda sediakan beserta ongkosnya sekali.

(Ini adalah kos anggaran untuk kebanyakan daripada kita)

Kos # 1 - Maskahwin
Ini kena rujuk negeri sebelah perempuan. Walaupun nilainya (dari sudut kos) rendah, tapi kalau anda terlupa sediakan susah juga tu. Kalau berhutang, isteri ada hak kata, “Nehi kanda…!” bila anda cuba usik-mengusik.

Kos # 2 - Duit Hantaran
Ini bergantung kepada keluarga. Tetapi pengalaman saya apabila mengadakan seminar-seminar keusahawanan di universiti, bila ditanya isu ini, paling sikit siswi-siswi ni minta wang hantaran adalah RM 10,000. Level Diploma pun diorang dah mintak begitu tau sekarang.
Ada juga keluarga ikut nilai hantaran seperti mana yang telah ditetapkan sebelum ini macam perkahwinan kakak / adik  perempuan sebelum ini.
Duit hantaran ini ada keluarga jadikan ia duit belanja hangus. Ia digunakan untuk kos kenduri.
Ada juga keluarga yang berikan semua kepada pengantin perempuan.

Kos # 3 - Barang kemas seperti cincin perkahwinan dan lain-lain.
Kosnya berubah-ubah mengikut harga pasaran emas. Siapa yang melangsungkan perkahwinan waktu harga emas tengah tinggi nasib lah.
Sediakan lah sekitar RM 3,000 - RM 5,000.

Kos # 4 - Barang hantaran lain
Kasut. Baju. Kek. Buah. Telekung. al-Quran. Sirih. Coklat. Standard lah tuh.
Yang tak ikut standard adalah seperti handphone, PS3, laptop.
Sediakan lah sekitar RM 1,000 untuk barang hantaran standard.
Itu belum campur kos buat perhiasan barang hantaran.

Kos # 5 - Baju nikah
Selalunya baju ini ditempah. Boleh pakai masa hari raya yang pertama sebagai suami isteri.
Baju lelaki selalunya lebih murah dari baju perempuan.
RM 200 - RM 600.
 
Kos # 6 - Baju Bersanding / Baju Pengantin
Baju ini selalunya disewa. Cukup-cukuplah tu jadi raja. Kita layak jadi raja sehari je. Baju tu tak pakai dah di waktu lain melainkan anda mengidam nak bernikah lagi.
RM 1,000 - RM 2,500.
 
Kos # 7 - Mekap
Selalunya dipakejkan dengan set baju pengantin. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 200 - RM 500.

 Kos # 8 - Set Pelamin
Selalunya dipakejkan bersama set baju pengantin dan mekap. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 500 - RM 1000.
 
Kos # 9 - Jurugambar
Takkan lah nak suruh jurugambar biasa-biasa ambil kan gambar untuk anda. Ini hari istimewa anda bukan ?
RM 1000 - RM 3000
 
Kos # 10 - Duit untuk jurunikah dan saksi
Perkahwinan di Selangor ada duit yang perlu anda bayar kepada jurunikah dan para saksi. Sila rujuk ke pejabat agama negeri masing-masing.
Kos sekitar RM 150.

 Kos # 11 Kad Jemputan
Ada yang murah dan ada yang mahal. Paling murah photostat sendiri. Ada orang kisah kita jemput guna sms, email dan website. Ada orang yang tidak. Mahu kad juga.
Kalau satu kad RM 0.50 / kad dan kalau jemputannya dah 1000 orang ?
Style sekarang selalunya dibuat sekali untuk kedua-dua pihak.
RM 500 - RM 3,000
 
 
Ini adalah kos yang selalunya ditanggung oleh pengantin sahaja dan tidak membabitkan keluarga. Jumlahnya (mengikut anggaran kos terendah) adalah RM 17,550
Dan berikut adalah kos yang selalunya ditanggung bersama oleh keluarga (tidak semestinya). Jadi kalau ibu bapa minta anda bayar kan juga, kena lah bayar juga. Kan ini kenduri untuk anda.

Kos # 12 Duit khemah / Sewa dewan
Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Sewa khemah adalah lebih murah dari menyewa dewan. Tapi tak semua orang ada halaman rumah yang sesuai untuk kenduri.
RM 2,500 - RM 10,000

Kos # 13 Duit makan kenduri
Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Masak sendiri adalah lebih murah dari catering. Tetapi lebih banyak guna tenaga kerja.
Kalau di kawasan lembah Klang dapat catering menawarkan RM 10 / kepala dah cukup rendah dah tu.
RM 10,000 - RM 20,000

Kos # 14 Bilik pengantin
Katil. Cadar. Tilam. Almari. Langsir.
Ada keluarga yang dah ada “bilik pengantin” khas. Jadi, selagi mana tiada pasangan adik-beradik lain yang akan berkahwin, maka “pengantin baru” akan menghuni di situ.
Yang kena beli semua, ingat murah ka?
RM 1,500 - RM 5,000.

Kos # 15 Doorgift
Gula-gula. Telur. Sapu tangan. Apa - apa lah.
Walaupun kosnya barangkali cuma RM 1 / item tapi kalau dah tetamunya mencecah 1000 orang ? Untuk sedara lagi. Untuk keluarga sebelah sana lagi.
RM 1000 - RM 3000.

Kos # 16 Untuk bertandang ke rumah pihak satu lagi
Kalau dekat, satu kampung ok lah. Kalau perlu merentas beberapa negeri ?
Duit minyak. Duit Tol. Duit hotel / homestay. Duit makan.
Anda minta saudara anda meriahkan majlis anda, tapi bukan semua mereka ada kereta sendiri dan cukup wang untuk menemani anda kalau tidak disediakan duitnya. Itu yang kadang-kadang mereka “menolak” pelawaan anda.
Ia berbeza mengikut lokasi.
Sediakan lah RM 500 sebagai jumlah minima.

Kos # 17 Contigency
Adakalanya duit yang digunakan terlebih dari belanjawan asal.
Sediakan lah sekitar 5 - 10% dari jumlah belanjawan yang asal.
Dalam pengiraan kita ini, RM 3000.
Jadi, kos yang pada kebiasaannya ditanggung oleh pengantin
RM 17,550 (jangan lupa tolak nilai duit hantaran bagi pengantin perempuan)
Dan, kos yang boleh bincang dengan keluarga RM 15,500

Dan, kos untuk kecemasan RM 3,000

Maka anda perlu sediakan anggaran belanjawan perkahwinan sekitar  RM 36,050
Haaa!!
Umak Aih!
Psst. Tutup mulut tu abang long.
Amacam ?
Berani beli kereta baru ?
Berani simpan 10% je dari pendapatan bulanan ?
Berani tak mahu buat business part time ?
Berani tak mahu belajar investment ?
Walaupun boleh kongsi dengan pasangan, paling kurang pun kena ada duit untuk tanggung separuh kos dan dalam pengiraan ini adalah sebanyak RM 18,000

Ini belum campur kos-kos renovation rumah yang dibuat bagi sesetengah keluarga. Juga belum campur kos memanjakan diri ke spa-spa dan juga berbulan madu.
Kalau nak berhutang kahwin sampai anak sulung berumur 7 tahun baru selesai bayar dekat bank, terus-teruskan lah dengan gaya hidup anda yang tidak mahu menyimpan dan suka menambah liabiliti tu.

petikan dari Sharo Shah