Hari nie, My Love dah tak Kerja lagi. So pagi My Love hantar saya pergi keje. Petang My Love datang ambil saya. Macam Lady Bos lak kan. Hehehehe....sekali sekala apa salahnya.
Pas ambil keje, kiteorang pergi Parkson Mahkota Parade. Tujuan utama nak beli Baju Kemeja Baru untuk My Love sayalah. Setelah ronda satu Mahkota Parade, akhirnya inilah baju yang berkenan di hati My Love saya. Cantik tak??? Baju nie ada SALE 70% tau
Itu untuk mencari kerja baru untuk satu permulaan yang baru. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar. Mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian ini, Hanya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI. Sungguh berat dugaan yang diberikan kepada Kami Sekeluarga.
Minggu depan, Hari Isnin My Love nak cari keje baru. Bermulalah satu kehidupan yang baru. Semoga My Love dapat keje dan mudah-mudahan rezeki kami sekeluarga bertambah. "YA ALLAH, permudahkanlah segala urusan kami sekeluarga. Murahkanlah rezeki kami sekeluarga. Kami akan sentiasa tabah dan sabar menghadapi segala dugaan yang telah KAU berikan. HANYA KAU YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG. AMIN..."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih daun keladi,
Jika sudi komenlah lagi.
YOU ARE ALWAYS IN MY MIND