Pages - Menu

30/04/15

Anak buah baru

Alhamdulillah bertambah lagi anak buah Dilla. Adik Dilla (Chubby Hanna) dah selamat bersalin pada 27/04/2015 jam 12.20 pagi. Comel baby tu tak sabar nak jumpa. Tunggu Mak Long balik kampung ye Baby AA.




Selamat berpantang adikku. Semoga ibu dan baby sihat-sihat selalu. 


29/04/15

Corntoz

Suka makan snek ni. Nak lagi dan lagi.


Corntoz



28/04/15

The BIG Bad Wolf Book SALE di Melaka

Pesta buku terbesar "The BIG bad wolf book sale" kembali datang ke Melaka. Dari 24 April hingga 4 Mei 2015 di MITC Melaka bermula jam 10 pagi hingga 10 malam (Hall B).







Masa kami pergi sekeluarga pagi lagi jadi orang tak berapa ramai. Memang banyaklah buku-buku dan novel. Harga dari serendah RM 2. Rambang mata dibuatnya kalau korang suka baca dan membeli buku. My Love belikan buku ni je untuk Danish dan Qistina. Sebab ni je yang diorang nak.





Siapa yang belum terjah pesta buku ni pergilah cepat sebelum terlambat.



27/04/15

Avengers-Age of Ultron

Cerita Sabtu malam yang lalu. Tunaikan hajat anak-anak nak tengok wayang cerita Avengers. Bukan main seronok dan excited mereka dan tak sabar-sabar nak masuk panggung.





3 tiket kami..tak lama lagi kena beli 4 tiket wayang





Bergambar dulu. Tapi dua-dua tak pandang kamera sebab tak sabar nak masuk.



Malam tu memang ramai sangat orang. Yelah kan baru-baru lagi ditayangkan. Tiket ni pun Dilla booking awal. Nasib dapat seat yang okey pandangannya. Keseluruhan cerita Avengers tu okeyla. Cuma tak sebest masa yang first Avengers dulu. Mesti ada lagi next Avengers kan. Suka tengok Iron Man je. Siapa lum tengok pergilah tengok. 




Doa Hari Ini #18-Doa pada waktu pagi

Assalammualaikum semua.

Kita mulakan pagi ini dengan bersyukur dan baca doa ini. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Amin





26/04/15

Sarapan pagi

Menu sarapan pagi Dilla hari ini. Nasi lemak campur mee goreng dan ayam kepak rendang. Sedap. Habislah diet macam ni. Boleh makan macam ni hujung minggu je. 





Kawan-kawan sarapan apa hari ini?


25/04/15

Oh Ibu


Selalu ibu-ibu macam ni kan. Dilla salah satu darinya. Kalau nampak baju anak cantik mesti nak beli walau baju sendiri lama tak tukar






23/04/15

GST dengan Marrybrown

Assalammualaikum semua. 

Sekarang semua ada GST dan barang naik kan. Nak tak nak kena hadapi. Jika tak bak bayar banyak GST kita kena berjimat. Betul tak? Masa pergi Kip Mart Sabtu lepas, Dilla terjumpa kupon Great Saving Treats (GST)  Marrybrown. Apa lagi amikla kan. Banyak gak menu yang ada dan boleh berjimat. Harga dah termasuk GST. Okeyla kan kalo sesekali makan fast food. Promo ni sampai 17 Mei sementara stok masih ada (katanya). Dulu masa keje kat Guardian Tesco selalu gak beli ni bila ada promo la. Memang okeyla.






22/04/15

Mimpi jadi kenyataan

Jangan takut untuk bermimpi. Mimpi itu percuma. Usaha lebih untuk mimpi menjadi kenyataan. Jangan cepat mengalah dan putus asa



Pemeriksaan Gigi Danish

Budak botak yang baik ni sekarang makin bijak dan berani. Hari Sabtu lepas ada pameran kesihatan di Kip Mart Melaka. Kebetulan Qistina ada pertandingan mewarna. Jadi sementara nak tunggu keputusan mewarna kitaorang pusing-pusing tengok pameran. Tiba di booth pergigian terus isi borang untuk check gigi Danish. Bermulalah pemeriksaan gigi Danish.



Baik je... zoom dekat lagi







Diam je kan. Alhamdulillah gigi Danish semua okey takde masalah. Danish ni rajin gak gosok gigi sebab dia tengok cerita Upin Ipin yang gigi tu. Doktor nasihatkan supaya minum susu guna cawan untuk gigi lebih sihat. InsyaAllah akan diusahakan.


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift! 

Mee Goreng Bodo

Mee goreng bodo namanya. Sebab takde barang dalamnya cuma telur. Resepi campak-campak. Konon nak buat cam mee goreng mamak tapi tak jadi sebab tak cukup bahan.






Gigi pertama Qistina

Tajuk bukan main kan. Sebenarnya ia Gigi Pertama Qistinà yang dah tercabut. Lama dah goyang cuma malas nak bawa pergi Klinik Gigi untuk cabut. Lagipun Qistina kata tak sakit. Biar gigi tu tanggal sendiri. Alhamdulillah gigi  tu memang tertanggal sendiri dan Qistina tak rasa sakit. Kejadian berlaku masa tengah makan. Nasib tak tertelan gigi tu. Comel je gigi susu Qistina. Sebelum gigi tu cabut rupanya dah ada gigi kekal yang tumbuh belakang gigi susu tu. Emmm nasib ok.


Muka budak rongak

Sarapan dengan ESP

Selamat Pagi.

Apa khabar semua? Dah sarapan lum? Dilla minum ESP campur air Tropicana Twister dulu. Sedap, sihat dan bertenaga.





ESP Shaklee ni sedap minum sejuk-sejuk. Banyak khasiat ESP ni. Siapa yang dah cuba pasti jatuh cinta tau. Cubalah dan rasai sendiri.


20/04/15

Bersyukurlah

Bersyukurlah walau perkara itu kecil
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada

Jika inginkan sesuatu terus berdoa dan percaya kepada Allah. Allah beri apa yang kita perlukan dan Allah sebaik-baik perancang.




Koleksi pertama 7 Eleven

Sebelum ni Dilla ada buat entri tentang 3D Figurine Boboi Boy kan. Siapa terlepas boleh baca KAT SINI. Alhamdulillah Dilla berjaya kumpul 2 patung 3D tersebut. Lagi 2 sticker boleh redeem lagi satu. Dapat gak redeem dan taklah kecewa masa minggu bola dulu. Penat kumpul stiker sekali dah ditamatkan macam tu je. Emmm sedih. Dilla dapat patung Fang dan Boboi Boy Air. Memang cantik patung ni. Simpan buat koleksi peribadi. Susah nak dàpat ni.




Fang




Boboi Boy Air


Imej baru Danish

Cerita minggu lepas pada hari Selasa. Papa Danish cuti jadi nak pergi gunting rambut. Ajak Danish sekali dia nak. Pastu tanya Danish nak gunting rambut botak. Danish pegang rambutnya dan kata "tak"(maknanya botakla tu). Sebelum gunting rambut Mama Danish suruh Danish selfie dulu.




Danish dan rambut magienya





Duduk sendiri gunting rambut..Tak nangis pun, diam je 





Muka baru lepas gunting rambut...macam tak puas hati






Lama sikit baru muka Danish okey. Kalau tak dia macam blur. Agaknya fikir mana rambut. Huhuhuhu.


19/04/15

Happy Belated Besday Qistina

Besday Qistina Jumaat lepas (17 April). Oleh kerana data internet Dilla habis dan line slow masa tu tak dapat nak update entri buat Qistina. Selamat Hari Lahir Qistina yang ke 7. Rasa cam tak percaya Qistina dah 7 tahun. Dah besar kan. Dah pandai minta surprise dari Mama dan request macam-macam. Mama takde apa nak bagi cuma Mama bagi banyak kasih sayang pada anak dara Mama ni.




Semoga Qistina sentiasa sihat, dirahmati Allah dan dimurahkan rezeki. Jadi anak yang solehah dan membanggakan keluarga. Amin


 

Kalkulator ronggak

Makin besar makin lasak dan nakal. Habis dikorek dan dibuang petak kalkulator Mama. Rongak jadinya. Nasib yang lubang tu tak selalu pakai. Sedih tengok tapi nak buat macam mana kan benda dah jadi. Danish nak suruh Mama beli kalkulator baru la tu. 


Inilah kalkukator yang rongak tu