PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

31/12/14

Wordless Wednesday #38-Kata-kata

Kenangan 15 tahun yang lalu. Masa Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru. Kata-kata nasihat, semangat dan motivasi dari kakak angkat Dilla. Lama tak jumpa Kak Lin. Dah lost contact dengan Kak Lin. Layan...




lagi




dan ini



Banyak sebenarnya. Dilla ambil yang ni je nak up kat sini. Memang nostalgia

30/12/14

Bunga Kegemaran

Banyak-banyak bunga Dilla suka bunga ros. Dan semestinya yang warna merah. Tak tahulah kenapa. TApi bunga ros ni ada duri kan kat tangkainya. Kalau terkena duri tu, pehhh sakitnya tak terkira. Mungkin itu ada persamaan dengan diri Dilla. Ye ke...emmm no komen.



Bunga ros jugalah bunga pertama yang Dilla dapat dari My Love masa belajar di UUM dulu. Lama dah. Masa tu My Love beri sekuntum bunga ros bersama dengan coklat. Best. Ingat lagi kenangan itu sehingga kini. Mana boleh lupa kan. Jika dapat lagi sekarang kan best. hehehehehe. Macamlah My Love baca Blog ni

Jom like Page Dilaz Family

28/12/14

Imbas kembali..Rindu

Salam hujung minggu semua.

Petang semalam Dilla kemas-kemas almari tetiba jumpa ni. Apa yang Dilla jumpa, meh tengok



Nametag masa kerja Guardian Farmasi dulu dan juga badge masa Promosi bulanan Guardian. Rindu lak pada zaman kerja dulu. Rindu kat kawan-kawan Guardian. Ada yang masih bekerja dan ada gak yang dah lama berhenti. Yang dah naik pangkat pun ramai. Alhamdulillah. 

Banyak suka dan duka masa kerja di Guardian dulu. Kenangan pahit biarlah ia berlalu dan dijadikan pengajaran serta pengalaman hidup. Yang manisnya, masa kerja Guardian dululah Dilla dapat beli rumah pertama (yang kami tinggal sekarang) dan juga kereta pertama keluarga kami iaitu Proton Iswara (walaupun second hand). Syukur kepada Allah di atas nikmat yang diberi.

Sekarang Dilla surirumah yang hanya bekerja dari rumah. Melihat anak membesar di depan mata dan melihat perkembangan mereka 

27/12/14

Sample #7 dari Mead Johnson Nutrition

Dilla dapat sample ni hari Rabu lepas (sehari sebelum Krismas). Yang excited Qistina sebab ingat susu sample untuk dia, rupanya sample susu ni untuk Mama dan Adik dia (Danish). Frust Qistina. Tak pe sayang nanti ada rezeki untuk awak. Sentiasa berdoa dan bersangkalah baik kepada Allah.
 
 
sample susu untuk Mama...EnfaMama A+

 


 
dan 

 
 
 
sample susu untuk Danish...Enfagrow A+


Alhamdulillah. Rezeki dari Allah. Terima kasih Mead Johnson Nutrition. Siapa nak request sample susu ni boleh pergi ke website www.enfagrow.com.my


Jom like Page Dilaz Family

26/12/14

Contact Lens

Sebenarnya teringin nak pakai Contact Lens ni, tapi tak nak yang berwarna. Nak biasa je.  Masalahnya tak tahu contact lens mana yang okey dan harga mampu milik. Iyalah contact lens ni bukan boleh pakai lama kan tak macam cermin mata. Saje je nak cuba pakai contact lens sesekali nak bebas dari pakai cermin mata. 

Dilla dulu tak pakai cermin mata, tapi sejak selapas bersalin Qistina dan selalu kerja menghadap komputer, mata ni terus jadi rabun. Masa kecil dulu Dilla suka ratah lobak macam makan epal tau. Sebab tu mata tak rabun kot. Sekarang ni cam susah sikit nak makan. Tapi bagus gak kalo makan kan jadikan ia snek yang berkhasiat. 

Cer tengok model ni pakai contact lens. Lawa tak?


Gambar dari Mr Google. Teringin nak pakai macam model ni pakai. Tapi My Love tak galakkan pakai contact lens, emmm tak tahu kenapa. Jeles kot nanti wife dia cantik dan nampak lebih muda. huhuhuhu

Jom like Page Dilaz Family



Menang Mini Giveaway

Dah seminggu baru nak up entri ni. Alhamdulillah rezeki di penghujung tahun 2014, Dilla terpilih di antara 3 pemenang Mini Giveaway 32 anjuran Intan Berlian. Tak mengharap sangat menang saje2 cuba mana tahu ada rezeki Qistina kan. Sebab Qistina ni suka sangat ngan Frozen. Jadi Dilla try lah join. Alhamdulillah ada rezeki untuk Qistina.



Dilla Print Screen je, komputer tak dapat nak edit. Tak sabar nak tunggu hadiah tu sampai. Terima kasih kepada Intan Berlian sebab sudi anjurkan Mini Giveaway ini. Tahun depan nak join Giveaway dan Contest banyak2 lagi. Siapa ada buat Giveaway atau Contest boleh bagitahu Dilla ye.

Kemenangan Kedua Giveaway untuk Tahun 2014

23/12/14

CPUV...Maggie Royale


Syukur kepada Allah rezeki CPUV dari Nuffnang tak putus2. Sebelum ni tak banyak dapat BE ni, Alhamdulillah tahun ni dapat banyak. CPUV yang terbaru ialah Maggie Royale. Sedap gak Maggie Royale Penang Curry tu. Nanti nak cuba yang Korean Style lak. Tapi tulah iklan bukan main, realiti gambar kosong. hehehehehe. Kenalah bubuh bahan lain2 sendiri seperti ayam atau udang atau daging untuk menambah keenakkan mee segera tu. Rasa dah sedap cuma takde bahan mentah je kan.

Terima kasih Nuffnang dan terima kasih Maggie






Alhamdulillah
 
BE ke 20, 21 dan 22 untuk Disember
BE ke 63, 64 dan 65 untuk tahun 2014 

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Positifkan diri

Assalammualaikum

Jom like Page Dilaz Family




22/12/14

Worldfoods Campaign

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Hari Isnin, jangan Monday Blues ye. Cerialah selalu dan banyakkan senyum setiap masa. Sebenarnya Dilla nak sedih sebab 2 BE dah credited tapi senyum semula bila diberi Buffered Earning (BE) baru iaitu Worldfoods Campaign. Hilang tumbuh bergantilah kiranya. Suka sangat.

Terima kasih Allah, Terima kasih Nuffnang dan Terima kasih Pengiklan yang sentiasa sudi beri BE baru pada Blog Dilaz Family ini. Inilah semangat dan sumber inspirasi untuk terus menulis. Semoga akan lebih dimurahkan rezeki Allah. Amin, InsyaAllah
 





Alhamdulillah
 
BE ke 18 Dan 19 untuk Disember
BE ke 61 dan 62 tahun 2014
 

19/12/14

Rezeki Danish

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Dilla baru nak up cerita ni. Cerita ni hari Selasa lepas, Dilla dapat Note dari Citylink sebab takde kat rumah masa diorang hantar barang. Tak tahu barang apa sebab takde pun shopping online. Rupanya Hadiah dari Today Publishing untuk Danish sebab masuk dalam majalah tempoh hari. Danish menang Saguhati dalam majalah Parenthood di ruangan Star of Pureen dan masuk dalam Majalah Mami & Baby di ruangan Percutian Ceria bersama Fiffy. Sebenarnya kena collect sendiri hadiah kat KL, tapi sebab jauh dan malas nak pergi Dilla suruh diorang pos je. Cas pos RM 17. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan dan adalah rezeki Danish. Suka sangat Danish ni bila dapat hadiah tau.

 

Danish pegang hadiahnya..Seronok dia bila kata ni hadiah Danish

 
Hamper Pureen



 
Barangan Fiffy

Alhamdulillah Rezeki untuk Danish. Semoga kami sekeluarga lebih dimurahkan rezeki Allah. Terima kasih Today Publishing atas pemberian hadiah ini.

Jom like Page Dilaz Family

18/12/14

Tarikh Pembayaran BR1M 2015

Ini info Dilla dapat dari Facebook. Tarikh pembayaran BR1M 2015. Siapa yang belum update akaun bank masih ada masa lagi sebelum 31 Disember 2014. Yang baru nak mohon pun masih lagi sempat. Gunakanlah BR1M ini dengan sebaiknya.


17/12/14

Update Profile anda di Google

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Dilla nak blogwalking melalui Follower Dilla di sini. Tapi ada tu tak dapat nak terjah Blog mereka. Ada yang Blog mereka hanya untuk diinvite dan yang paling susah, Blog url tak de dalam Profile Google tu. Bukan apa, jika ada komen di entri Blog tapi url Blog takde pun susah orang nak Blogwalking. Betul tak?

Jadi lebih baik kita update Profile di Google tu. Kan memudahkan rakan alam maya kita nak singgah ke sana. Ini salah satu contoh....Dilla nak singgah Blog kamu tak leh

Ingatlah selalu

Assalammualaikum semua

Ingatlah kalimah ini selalu jika kita menghadapi sesuatu musibah. Semoga dipermudahkan urusan oleh Allah. InsyaAllah

16/12/14

Dapat 2 Buffered Earning lagi

Rezeki hari ini, Alhamdulillah dapat 2 BE baru lagi dari Nuffnang. Gembira tak terkata bila buka akaun Nuffnang check Earning ada dapat Buffered Earning baru. BE tu pun sedang running di Blog Dilaz Family. Terima kasih Nuffnang dan para Advertise yang tak putus-putus beri BE baru

Syukur kepada Allah dan inilah pencetus semangat dan inspirasi untuk terus menulis. Bukan sebab kalau takde BE malas nak tulis. Cuma kekadang tu masa je tak mengizinkan untuk menulis. Terima kasih kepada yang sudi singgah di sini. Nanti Dilla singgah Blog korang semula.


 
BE ke 16 dan 17 untuk Disember
BE ke 61 dan 60 tahun 2014

Doa Hari Ini #14

SELAMAT PAGI

 
Amin
 

15/12/14

Kenapa nak Blogwalking

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menulis di sini. Mentor Dilla selalu berpesan, bila ada Blog kita kena selalu Blogwalking. Kenapa nak Blogwalking.... 

Blogwalking ni bagus sangat dan tak susah pun. Kita pergi kat Blog kawan alam maya kita, baca entri dia dan komenlah sikit, baru kawan kita tu tahu kita singgah sana kan. Kalau belum kawan tu follow lah, tak susah pun just klik button follow. Kan kita dah tambah kawan baru walaupun hanya alam maya. Bukan tu je, kita dapat gak ilmu baru dari apa yang kawan Blog kita tu sharing. Kan baik tu.

Blogwalking gak dapat beri kita idea baru untuk menulis. Dari tak tahu nak tulis apa, dapat idea dari situ. Best kan. Dilla ni bukanlah blogger tegar, tapi akan cuba yang terbaik untuk jadi Blogger tegar. Nak glamour tu bukanlah, cuma harap apa yang Dilla share di Blog ini dapat memberi manfaat kepada semua. Inilah diari kehidupan Dilla, banyak sebenarnya nak share tapi kena ada yang ditapis dan ada yang tak sempat nak tulis. 

Semoga kita sama-sama berjaya dan dapat berkongsi cerita yang memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah



Doa Hari Ini #13

Assalammualaikum semua





Amin

14/12/14

Percaya pada diri

Pedulikan orang kata yang penting kita percaya pada diri sendiri


13/12/14

Kopi dan Teh

Kopi dan Teh adalah minuman kegemaran Dilla. Dilla tak berapa suka minuman bercoklat. Kalau susu suka minum susu plain atau perisa Strawberi. Tapi kalau kopi dan teh ni memang suka sangat. Kalau sehari tak dapat minum kopi atau teh, hidup ni macam tak lengkap je


Kopi dan teh ni minuman berkafein dan ada yang kata tak baik untuk ibu menyusu macam Dilla. Sebenarnya ia bergantung juga pada individu. Ada yang minum ok dan tak de masalah penyusuan (macam Dilla) ada gak yang minum mengganggu penyusuannya. Kena try and error lah kan. Apa-apa pun Dilla suka sangat Kopi O lagi-lagi kalau dapat cicah dengan biskut cracker...emmmm sedap.
 

I LOVE U

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Dilla rasa bersyukur sangat kerana dikala tengah sedih handphone tak dapat buka internet dan berwassap, Allah beri rezeki lain. Allah Maha Mengetahui mana yang terbaik untuk kita kan dan Allah Maha Pemurah. Alhamdulillah. Dilla nak ucapkan terima kasih juga kepada Nuffnang dan Syarikat Pengiklanan yang sudi beri Blog Dilaz Family ni Buffered Earning (BE) baru. Seronok tak terhingga rasa nak lompat bintang je.

Dilla harap dapat terus menulis di sini dan dapat berkongsi suka duka dengan kawan-kawan alam maya. Koranglah sahabat Dilla dunia dan akhirat. Dilla doakan kawan-kawan yang baca Blog Dilaz Family ni sentiasa dimurahkan rezeki Allah dan diberkati oleh Allah selalu. Amin

TERIMA KASIH NUFFNANG...I LOVE U
 



BE ke 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14 dan 15untuk Disember 
BE ke 52, 53, 54, 55, 56, 57, 58, 59 dan 60 untuk tahun 2014
 

12/12/14

Selamat Bertunang

Selamat Bertunang Adik Bongsuku. Semoga dipermudahkan urusan hari ini oleh Allah dan diberkati Allah. Maaf sebab Along tak dapat balik kampung sebab ada masalah sedikit. InsyaAllah nanti majlis kahwin Along balik. Sedih tak dapat balik hanya Allah je yang tahu.

Semoga bahagia selalu dan sentiasa dimurahkan rezeki Allah. Amin

 
Adik Bongsu Dilla. 
 

Cash Out Pertama 8Share

Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga Dilla Cash Out Earning 8Share ni. Rasa dah hampir setahun join 8Share ni. Lagi satu malas nak sharing tu yang earning pun lambat naik. Salah siapa...salah diri sendirilah siapa suruh malas kan. Button Cash Out dah ditekan. Jadi kita tunggu duitnya masuklah kan. Rezeki kami sekeluarga.

Dari on Facebook tak buat apa-apa, baik kita sharing kan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Sebenarnya nak kumpul, tapi tangan ni dah gatal nak Cash Out. Jadi tekanlah Button tu

Siapa nak JOIN, Boleh KLIK SINI



Cash Out Pertama 8Share

Semoga lepas Cash Out ni Earning lebih masyuk. Nak share banyak-banyak supaya dapat lebih banyak. Doakan yang terbaik untuk Dilla sekeluarga ye.

10/12/14

12 BE On Going

Rezeki dari Allah dan jutaan terima kasih kepada Nuffnang dan Pengiklan yang sudi beri Buffered Earning (BE) pada Blog kecil ini. BE baru tu ialah Rakuten September Super S..Total BE on going sekarang ada 12. Alhamdulillah terharu dan rasa sebak sangat.
Tak nampak lagi iklan tu, moga ia menjana lebih banyak Earning. InsyaAllah
Siapa yang baik hati, klik2 lah iklan Nuffnang Dilla ni.


 
Semoga ada BE baru lagi sebelum penutup tahun 2014 ni dan Semoga tahun 2015 nanti rezeki Dilla lebih dimurahkan Allah. Siapa kata berblog ni buang masa dan tak boleh jana pendapatan.
 
BE ke 4, 5 dan 6 Disember
BE ke 49, 50 dan 51 tahun 2014

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails