PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

31/08/14

Sama tapi tak serupa

Saje je upload gambar ni. Nak jadikan kenangan. Sebenarnya belek-belek galeri gambar dalam telefon ni jumpa gambar Danish botak masa kecil dulu. Pastu tengok gambar Amyrul (anak buah aka anak Chubby Hanna) terus buat gambar berdua. Hasilnya .......sama tapi tak serupa

Danish dan Amyrul
Sorang manis dan sorang lagi bengis. huhuhuhuhu
 
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia

MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA

pic credit google

Selamat Hari Kemerdekaan ke 57 tahun
Semoga Malaysia sentiasa aman, makmur dan sejahtera
 

27/08/14

Buffered Earning ke 4

Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah

Terima kasih En Nuffnang sebab bagi BE lagi untuk bulan Ogos ni. Suka sangat-sangat. Tapi tulah nak update blog mood ke laut lah. Banyak nak cerita tapi semua tak tertulis. Blogwalking je tapi tu pun kekadang tak tinggal jejak. Baca pastu tutup. emmmm

Apa-apapun terima kasih sekali lagi kepada Nuffnang di atas pemberian ini. Sayang kamu ketat-ketat.





BE ke 4 Ogos

BE ke 22 untuk tahun 2014
 

Dapat RM 500 dari Power Root

Baru nak upload gambar ni. Sebelum ni Dilla ada buat entri tentang Dilla Jutawan 4 Power Root kan. Setelah 2 bulan menunggu akhirnya dapatlah RM 500 dari Power Root dalam bentuk SSP BSN. Tapi belum boleh tunaikan sebab tak cukup tempoh lagi. Pertama kali tau bergambar dengan replika macam ni. Eksited pun ada masa tu. Tak caya tengok gambar tu. Senyum lebar tau. Agaknya kalau dapat 1 Juta mahu pengsan kat situ kan.

Menang RM 500 Power Root
 
dan kami sekeluarga

 Dilla dan keluarga
 
Kesian Danish dilindung oleh kakak Qistina. Tak de lah gambar dia sebagai kenangan.

Terima kasih Power Root di atas hadiah ini. Nak hantar banyak-banyak lagi lah mana tahu menang 1 Juta Ringgit. Rezeki siapa yang tahu kan.
 

WW-Makanan zaman kanak-kanak

Siapa pernah makan ni?? Semua Dilla pernah makan dan sukakannya. Cuma sekarang susah sikit nak cari.

makanan zaman kanak-kanak
 
pic credit to Google
 

26/08/14

Rindu Awak 200%

Rindu Awak 200%. Makin hangat kan drama ni. Lagi hangat apa yang dipakai oleh pelakon-pelakon Rindu Awak 200% tu. terutama sekali kamera Fujifilem dan skirt yang Armel Arsya pakai tu. huhuhuhu. Dilla sebenarnya suka sangat ngan kamera tu tapi tak sangka lak dalam cerita Rindu Awak 200% Armel pakai. Skirt lak, baru cakap ngan My Love lepas ni macam nak ubah imej pakai skirt lah. Dan tak sangka Armel pun pakai.



Semua kebetulan. Ada rezeki Dilla pun nak beli gak. hehehehehe. Jom kita LUA
 

21/08/14

Terima kasih Nuffnang

Alhamdulillah syukur pada Allah kerana diberikan rezeki BE baru lagi. Terima kasih Nuffnang sebab tak putus-putus bagi BE baru kepada Blog Dilaz Family. Pemberi semangat dan inspirasi untuk Dilla teruskan berblog. Impian masih besar dan impian itu akan menjadi cita-cita. Walaupun mood berblog masih ke laut, tapi Dilla akan teruskan perjuangan dan mencari semangat itu kembali. 

BE ketiga untuk Ogos 2014 ialah dari IKEA. Dilla teringin nak pergi IKEA sebab kat situ banyak barang murah dan cantik-cantik untuk peralatan rumah kan. Impian nak ubahsuai rumah menjadi lebih baik dan selesa. In shaa Allah ada rezeki nanti kan.

 
Alhamdulillah...terima kasih NUFFNANG
 
BE ke 3 Ogos
BE ke 21 tahun 2014
 

Peminat Fanatik Iron Man

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Masih ada mood raya ke? Dilla biasa je sebab asyik duduk rumah je tak de feeling sangat. Hujung-hujung raya ni mesti banyak yang buat Open House kan. Best kan pergi Open House, macam-macam boleh makan.huhuhuhu. Okeylah berbalik pada tajuk entri "peminat fanatik Iron Man". Siapa lagi kalau bukan si kakak...Qistina. 

Qistina ni memang pantang kalau kita cerita pasal Iron Man. Dia pasti akan nak tahu. Hari tu kami sekeluarga window shopping kat Aeon Bandaraya Melaka. Masa tengah jalan tu, My Love kata pada Qistina. Iron Man...nak tengok tak. Qistina mestilah kata nak kan. Jadi My Love pun bawa. Empat kali dia jumpa Iron Man ni. Mula-mula ambil gambar (2 kali), pastu salam, dan peluk lak. Pening agaknya Iron Man ni.Meh tengok gambar Qistina dan Iron Man tu.


Qistina dan Iron Man
dan lagi


Qistina, My Love dan Iron Man
Qistina siap kata ...Boleh tak kalau nak tidur ngan Iron Man tu?? huhuhuhuhu. Macam-macamlah anak ni kan


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

11/08/14

Buffered Earning Ogos

Salam 15 Syawal...masih mood beraya ke? Selamat menjalankan tugas dan amanah kepada yang bekerja. Sekejap je masa berlalu kan. Alhamdulillah diberi rezeki Syawal kedua dalam Blogging. Terima kasih En Nuffnang sebab beri Buffered Earning (BE) Ogos yang kedua (Air Asia Go). Suka sangat. BE yang sedang berjoget di Blog Dilaz Family sekarang hanya tinggal 4 BE. Yang lain dah metered. Tapi tak pe, harap BE yang ada kekal lebih lama dan menyumbang banyak Earning. Teringin nak Earning banyak macam Blogger yang lain. Nak Earning banyak kenalah rajin, betul tak?

Inilah BE yang sedang berjoget tu... Kalau kawan-kawan nak tahu info tentang BE yang ada boleh klik iklan2 tersebut. Selamat hari raya
 

 
Alhamdulillah...syukur
 
BE ke 2 Ogos
BE ke 20 untuk 2014
 

10/08/14

Happy belated besday

Salam hujung minggu. Baru nak updated blog. Lama nah bertangguh nak buat entri dan cerita2. Sebelum tu Dilla nak wish happy belated besday kepada My Love. Besday My Love hari Jumaat lepas (8 Ogos). Bertambah lagi usia, tapi tetap maintain macho. hehehehe. Dah wish pada My Love tapi baru nak up entri.

Sayang doakan, Semoga Abang dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki Allah. Semoga abang dilindungi dan dirahmati Allah. Abang adalah anugerah teristimewa buat sayang dan bapa terbaik buat anak-anak.

SELAMAT HARI LAHIR

Gambar My Love bersama Danish...tahun lepas
Kek tak de...tapi kitaorang celebrate makan-makan bersama keluarga je. Alhamdulillah
 
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

4/08/14

Rezeki Syawal

Alhamdulillah Rezeki Syawal. Buffered Earning (BE) pertama bulan Ogos...dari Bliv.Com. Walaupun banyak BE yang dah metered tapi tetap bersyukur sebab dapat BE baru sebagai pengganti. Terima kasih En Nuffnang dan terima kasih Allah di atas rezeki ini. Sentiasalah bersangka baik dan jangan cepat mengalah.



Qistina dan Danish

Buah hati kami....Qistina dan Danish. Danish hensem berbaju melayu warna coklat dan Qistina cantik berbaju kebaya ungu. Macam-macam ragam dan aksi mereka di pagi raya. Danish rambang mata tengok kuih raya yang bermacam-macam jenis. Semua dia nak cuba. Qistina haya suka kuih Almond London (tapi kacang dan badam dibuangnya). Cepat je mereka membesar. Masing-masing dapat duit raya bukan main suka dan tersenyum-senyum. Teringat masa zaman kanak-kanak dulu.


Danish & Qistina
 

Seronok balik kampung

Salam 8 Syawal

Sekejap je masa berlalu dah seminggu kita berhari raya kan. Bila buka news feed kat fb ramai yang upload gambar di hari raya bersama keluarga. Dilla lum upload lagi sebab gambar dalam kamera lum sempat transfer masuk dalam komputer. Kalau ambil gambar pakai handphone senang sikit terus upload je. Tapi tak pe ada juga gambar kenangan kami sekeluarga di hari raya 2014 ni. Dilla nak cerita tentang Qistina dan Danish yang seronok balik kampung. Lagi-lagi Danish.

Apa yang seronoknya...Pertama; Qistina dan Danish dapat jumpa sepupu-sepupu mereka. Kedua; ada kawan bermain. Yelah selalu main berdua je, ni ramai sikit lebih seronok. Ketiga; mereka bebas. Danish lah paling bebas boleh keluar rumah main depan rumah sepuas hatinya. Kalau kat rumah, Mama selalu marah keluar dari pintu rumah. Tapi kat kampung, Mama tak marah pun. Kat kampung luas sikit untuk mereka berdua bermain. Almaklumlah duduk kat taman ni kan ruang kecik sikit jadi terhad. Dengan bermacam-macam kes sekarang lagilah membimbangkan. Jadi bila balik kampung, Dilla bagi mereka main sepuas-puasnya.

Kami balik kampung hari Sabtu petang dan balik semula ke Melaka Selasa pagi. Memang seronok Qistina dan Danish sebab lama sikit kat kampung. Tidur malam pun dah lewat sebab nak main je. Bangun pagi lak tu. Yang kelakar tu hari ketiga dah mula slow sebab dah terlalu penat. Itulah ragam anak-anak. Tok Abah mereka seronok tengok cucu-cucu ada disisi. Memang meriah. Tahun depan Amyrul lak masuk team. hehehehehe


Qistina, Nabiha, Danish & Farhan
 
SELAMAT HARI RAYA 
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails