PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

26/01/12

Bermulalah satu kehidupan baru

Salam semua...

Macam mana hari ini? Adakah lebih baik dari semalam atau luar biasa baik dari semalam. Apa-apapun Dilaz doakan agar hari nie kawan-kawan sihat dan apa yang dirancang berjalan dengan lancar. Kawan-kawan doakan yang terbaik untuk Dilaz juga ye.

Sekarang nie bermulalah satu kehidupan baru untuk Dilaz. Dilaz buat ini semua untuk keluarga tercinta. Dilaz mahukan yang terbaik untuk masa depan keluarga Dilaz terutama sekali untuk Qistina. Dilaz dah jumpa jalan yang cerah, cuma sekarang perlu lebih berusaha dan banyak bersabar.

Tak boleh cepat putus asa dan mengalah. Dilaz akan buktikan pada semua orang yang Dilaz boleh berjaya macam orang lain. Dilaz tak akan sesia-siakan peluang yang ada ini. Diharap kehidupan yang baru ini adalah yang terbaik untuk masa depan. AMIN.

Ini ialah antara rakan-rakan seperjuangan Dilaz. Ini bukan perhimpunan BERSIH tau.


"PERKHIDMATAN MELEBIHI PENDAPATAN........

BARULAH PENDAPATAN MELEBIHI PERKHIDMATAN"

25/01/12

WORDLESS WEDNESDAY....... J.CO

Malas nak karang ayat...tengok jelah


Paling sedap sampai tak cukup
 

23/01/12

ANIS KAHWIN....

Cerita Anies kahwin nie dah lama sebenarnya. Baru sempat nak update. Anies nie ketua kerani di tempat kerja Dilaz. Dia pun ada Blog sendiri. Dia pun nak jadikan Blognya terkenal macam orang lain. Siapa nak kenal dia, lehlah buka blog Anies nie. KLIK SINI....

Anies nikah pada 02 Disember 2011 dan majlis persandingannya pada 03 Disember 2011. Dilaz mestilah datang ke majlis persandingan tersebut sebab kan dah member namanya. Lagipun tuan punya badan dah jemput datang, mestilah datang. Betul tak??

Perkara pertama, mestilah posing dengan pengantin. Wajib...

Tengok nie...seronok si Anies nie. Lagi-lagi dah nampak pengantin lelaki datang. Saje usik dia.


Pengantin lelaki dan perempuan bukan main lagi. Senyum sampai nampak gigi.huhuhuhu
 

Inilah cenderahati yang Dilaz dan My Love dapat..banyak kan.


Apa yang ada dalam beg tu.....inilah dia

Epal merah yang ranggup...cawan yang sangat kiut...dan gula2....so sweet...


P/S : Dilaz doakan semoga perkahwinan Anies dan Isa berkekalan hingga ke akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah. AMIN.
 

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2012

Salam semua.

Hari ini mesti ramai akan pakai baju merah kan. Merah ONG bagi orang Cina kan. Dikesempatan ini Dilaz nak ucapkan 

"SELAMAT TAHUN BARU CINA"...

"GONG XI FA CAI"
kepada semua bangsa Cina tak kira di mana mereka berada.

Semoga hari ini anda bahagia bersama keluarga tercinta dan gembira selalu


Tahun Baru Cina mesti tak lengkap kalau tak de limau..betul tak?
 

Nak makan limau tapi batuklah sekarang, terpaksa tahan nafsu.huhuhu
P/S: Adik-adik mesti dapat banyak Angpau kan.

22/01/12

Lama nak share nie...

Fuhhhhhh.........
Banyak betul habuk dan sawang-sawang kat Blog Dilaz Family ni. Lama rasanya tak update Blog nie. Tapi Dilaz tetap nak share gak sebab nak buat kenangan masa tua nanti.huhuhu.... Apa yang Dilaz nak share???
Ini lah dia......makan breakfast kami sekeluarga. Lama dah nak share, sampai sekarang Qistina kat kampung baru nak buat entri ini.

Dilaz pilih "Family Breakfast Box". My Love ikut je apa Dilaz beli.
 
 
Dalam box tu macam-macam ada sampai dah tak terlarat nak habiskan. Tengoklah Qistina makan, sampai tak perasan Mama kat sebelah.


Walaupun banyak makanan, rezeki jangan membazir betul tak? Habis licin kiteorang makan semua. Buruk perangai kan...hehehehe.sesekali tak salah. Kalau selalu tak larat gak.


P/S : Rindu pada Qistina. Sunyi bile makan tak de Qistina

4/01/12

Earning Penutup tahun 2011

 Tahun 2011....setakat nie belum dapat Buffered Earning (BE) baru. Yelah macam mana nak dapat BE kalau tak rajin update Blog. Betul tak? Mana ada benda datang sendiri jika kita tak berusaha. Dilaz memang sibuk sampai tak sempat nak update Blog. Banyak benda nak update untuk peristiwa 2011 tapi tak sempat. Agak-agak, masih boleh ker kalau nak update? huhuhuhu.

Earning paling tinggi tahun 2011 ilah RM 6.06 berbanding  BE sebelum nie.


P/S : Dilaz harap tahun 2012 nie banyaklah BE baru yang datang di Blog Dilaz Family nie. Bolehlah nak merasa duit dari NUFFNANG. Yelah asyik tengok orang dapat je.
 

3/01/12

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Salam semua.

Apa khabar? Dilaz harap semua sihat-sihat selalu. Yang kurang sihat tu jangan lupa makan ubat tau, takut nanti melarat pulak. Pejam celik, pejam celik...masuk dah tahun baru 2012 kan. Sekejap je masa berlalu. Maka bermulalah satu azam yang baru. Betul tak?
Dilaz Tahun 2012 nie berazam.....

Pertama ; Nak capaikan semua impian 2011 yang tak tercapaI. Nak review..KLIK SINI

Kedua ; Nak buktikan kerjaya baru yang Dilaz pilih sebagai perunding kewangan nie dapat merubah kehidupan keluarga Dilaz ke lebih selesa dan senang.

Ketiga ; Nak bantu Abah Dilaz yang telah banyak membantu dan berkorban untuk Dilaz

Keempat ; Semoga apa yang Dilaz impikan dan inginkan pada Tahun 2012 nie tercapai. 
AMIN YA ALLAH

Dilaz rasa masih belum terlambat untuk ucapkan 
"SELAMAT TAHUN BARU 2012". 
Semoga apa yang kawan-kawan impikan dan azam pada tahun ini tercapai.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails