Pages - Menu

30/09/12

Buffered Earning September

 Alhamdulillah..Rezeki Baby dan keluarga. Bulan September nie, Dilaz dapat 5 Buffered Earning (BE) baru. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Mr NUFFNANG kerana masih sudi beri BE baru untuk Blog Dilaz Family nie walaupun jarang update entri. Terima kasih banyak2

Ini antara BE tersebut.



Dan BE lain yang Dilaz dapat. Suka sangat
 

29/09/12

Mana menghilang

Salam semua

Apa khabar? Lama Dilaz tak update blog nie kan. Mana menghilang lama tak update Blog. Dilaz tak hilang. Cuma mood berblog ke laut. Almaklumlah tengah mengandung nie, letih semacam je. Balik je keje dah penat, terus tido. Nak buka email lagilah malas, inikan nak update blog.

Tapi bile difikirkan dah buat Blog Dilaz Family nie sayang kalau tak diteruskan. Kena cari idea gak dan buat entri untuk update Blog. Kalau tak rugi tau. Oleh kerana lama tak update Blog, yang lain pun lupa nak buka termasuklah CHURP CHURP. Sekali buka Earning Dilaz hilanglah. Tak pasti apa masalah. Tapi Dilaz nak report ke admin, tunggu feedback dari mereka. Sayang tu Earning CHURP CHURP dah banyak.

Untuk pengetahuan kawan-kawan, Dilaz sekarang dah 36 minggu. Tak sabar nak tunggu baby keluar. Doakan Dilaz dan baby sihat serta baby selamat dilahirkan nanti.AMIN


 

9/09/12

Anak Buah Dilaz

Salam hujung minggu.

Apa program hari ni? Mesti ada yang banyak aktiviti sampai tak dapat nak rehat. Apa-apapun semoga hujung minggu ini, kawan-kawan sihat dan bahagia disamping keluarga tersayang.

Dilaz tak tahu nak update apa, sekali belek-belek gambar, jumpa gambar anak-anak buah Dilaz nie. Layan jap gambar mereka


Anak buah pertama...Muhammad Farhan




Anak buah kedua...Nur Nabihah
 


Dua-dua anak adik Dilaz. Adik dah dua anak, Dilaz baru nak masuk dua. Perancangan yang baik..hehehehehehe
 

6/09/12

My Love vs Aaron Aziz

Cuba kawan-kawan komen sikit......

My Love



Aaron Aziz

tang mana persamaan mereka????

Mask women

Gelagat anak Dara Dilaz di petang hari.....Mask Women


Qistina nie makin nak dapat adik, bukan main lagi lasak dia. Pas tu asyik nak melaram je. Almaklumlah Anak Dara kan. Tapi pakaian nak macam lelaki, masih lum dapat ubah. Bile beli baju gaun atau baju perempuan, pakai jap je pas tu tak nak. Macam mana nak buat erk supaya Qistina nak pakai pakaian keperempuanan ni.????

2/09/12

2/9 vs 29

Salam semua.

Hari nie semua masih dalam mood raya lagi. Lagi-lagi dapat cuti 3 hari kan, mesti seronok beraya rumah kawan-kawan dan sanak-saudara. Hari nie genap usia Dilaz 29 Tahun. Lagi setahun je angka depan akan menjadi 3. huhuhuhuhu. Makna kata dah makin tua. Ye ke. Itu semua angka, yang penting hati dan dalaman.

2/9 verses 29. 2/9/83 ialah tarikh lahir Dilaz dan 29 ialah usia Dilaz sekarang. No cantik kan untuk tahun nie. hahahahahaha

 
SELAMAT HARI LAHIR untuk diriku sendiri.

Semoga aku sentiasa dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur serta berbahagia selalu bersama suami tercinta dan anak2 tersayang. AMIN YA ALLAH