Pages - Menu

29/06/12

Pregnant 3 bulan

Ini gambar Dilaz masa pregnant 3 bulan. 


Gambar diambil masa nak pergi meting. Kali nie pregnant nak ambil gambar kenangan sebab dulu tak de masa nak ambil gambar. Perut baru nampak sikit. Nak jadikan kenangan dan tunjuk pada anak-anak nanti.
  

Nak ubah template blog lah

Dilaz rasa nak ubah template blog nie lah. Agaknya nak guna template macam mana yang nampak simple je tapi menarik. Lagi satu gambar head blog pun Dilaz nak ubah. Kawan-kawan ada cadangan tak?

 template kini
 

Termenung jauh.......

Sayu jer muka My Love nie. Macam muka orang tertekan pun ada. Sian ye dia. Tertekan erk. Sabar erk sayang.Apa yang dimenungkan tu... Sampai nak amik gambar pun tak sempat nak senyum. 

  Mungkin My Love tengah menung macam mana nak dapat duit beli nie kot











Motor Kawasaki ER6N macam tulah bunyi yer kot. hehehehe
Sayang doakan semoga abang dapat capai dan beli apa yang abang hajati. Amin. Tapi kena keje kuat tau. Jangan malas-malas. Ini semua untuk keluarga kite.
 

28/06/12

Duit baru

Nampaknya rasa nanti kite akan guna duit baru. Seronoknya...berwarna-warni. Dilaz nak kumpul duit baru nie lah. Kalau dikira total semuanya RM 186.85.
Duit syiling dah collect, tinggal tunggu duit kertas baru nie kuar bulan Julai nanti.

 

Cek dah sampai

Alhamdulillah. Cek yang ditunggu dah selamat tiba ke pangkuan Dilaz. Suka sangat. Buka-buka peti pos nampak ada 2 pucuk surat. Tak budget lak Cek dalam tu. Sebelum buka cakap ngan My Love, entah-entah dalam nie Cek.


Sekali buka betullah. Dua-dua surat ada cek. Satu Cek untuk Earning Churp Churp dan satu lagi untuk Buffered Earning.  Total semua RM 151.17. Semoga selepas nie rezeki Dilaz semakin bertambah. Amin Ya ALLAH.
 
 Cek untuk Earning Churp Churp RM 101.01

dan
 
 Cek untuk Buffered Earning RM 50.16

27/06/12

Wordless Wednesday-Insentif My Love

Tak larat nak taip

tengok jelah....Alhamdulillah rezeki ALLAH

Insentif My Love bulan April 2012

Insentif My Love bulan Mei 2012
 

Insentif untuk Dilaz

Salam semua.

Apa khabar? Dilaz nie tenggelam timbul kan. Busy sikitlah, lagipun nak update Blog terpaksa curi-curi masa. Banyak entri nak buat tapi tak de masa nak taip. Ni luangkan sikit masa nak buat entri.

Hari nie Dilaz nak update Insentif yang Dilaz dapat dalam tempoh 6 bulan bekerja nie. Total semua RM 1250. Kena keje kuat lagi dalam masa 3 bulan nie untuk dapat baki insentif  
RM 4750. Dilaz harap dapatlah kejar insentif tu.

 Insentif Bulan Mac 2012

Insentif Bulan Mei 2012
 

22/06/12

Durian oh durian

Teringin lak nak makan durian. Waktu tengah mengandung nie rasa nak makan durian lah pulak. Cam ne erk? Boleh makan banyak-banyak tak. Sekarang dah 5 Bulan mengandung



21/06/12

Earning Churp Churp lak

Semalam Dilaz cete pasal NUFFNANG, hari nie nak cete tentang Earning Churp Churp Dilaz lak. Ini Earning Churp Churp kedua Dilaz setakat ni.......RM 24.60. Alhamdulillah.
Lagi RM 75.40 utk Cash Out.

 
Kena rajin share iklan dan tengok Churp Churp nie. Barulah cepat leh Cash Out lagi. Sebelum nie dah rasa RM 101. Kawan-kawan bile lagi.
 

20/06/12

Sikit lagi je....

Salam petang semua.

Dah makan tengahari lum? Dilaz tensionlah hari nie. Apa yang dirancang dan difikirkan tak menjadi. Frust sangat. Sebenarnya Dilaz saje nak bagitau yang sikit lagi nak capai angka
 020983 
utk Blog Dilaz Family nie. Seperti yang Dilaz buat entri sebelum nie. Sape tak perasan, 

 
Siapa agaknya yang bertuah tu erk.
 

Rezeki dapat BE lagi

Alhamdulillah rezeki lagi. Dilaz bersyukur sangat walaupun Blog Dilaz Family nie suam-suam kuku je, tapi NUFFNANG tetap sudi beri iklan di Blog nie. Suka sangat. Sekali tengok ada 3 Buffered Earning baru.

 
 Dilaz kena rajin update Blog ni. Sayang kalau dibiarkan sebab bukan senang nak buat Blog nie dulu.

19/06/12

Pelengkap Hidup

Tau tak Dilaz kalo buka Blog dan nak update Blog mesti buka Blog Puan Ain @ Syahnia Diary. Sebab apa.....sebab nak dengar lagu Pelengkap Hidup nyanyian Eren Ft Romi. Suka sangat lagu nie. Bile dengar je mesti sayu dan rasa nak nangis. Tak tahu kenapa.

Inilah lirik lagu PELENGKAP HIDUP tu.

Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu

Teringat janji lamamu kepadaku

Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku

Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan

Tetaplah kau di sini harungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia
 
Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini harungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini harungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia 


 

7/06/12

Jom tempah Cross-stitch

Salam semua.

Dilaz nak promote Cross-stitch ni. Mehlah tempah cross-stitch, lama tak terima tempahan nie. Sesiapa yang berminat leh KLIK SINI atau buka FB Dilaz ni https://www.facebook.com/pages/Cross-stitch/147283592033599

Cross-stitch Frame Saiz 8R



Cross-stitch digantung di kereta



HP Charm lagi...

6/06/12

Salam......

Salam semua.

Lama tak update blog nie. Rasa dah banyak sawang nie.Macam mana nak bersihkan dan nak mulakan nie. Tengah jam jap. Fikir dululah nak start mana