PEMINAT DILAZ FAMILY

Pages - Menu

29/06/11

Banner Blog...Ada siapa boleh tolong

Salam semua
Dilaz sebenarnya ada hajat. Dilaz nak minta tolong kawan-kawan yang sudi bantu dan tolong Dilaz buat Banner untuk Blog Dilaz Family dan Blog Dilaz Collection. Dilaz tak tahu nak buatlah. Nak gak exchange Banner ngan kawan-kawan yang lain. Ada siap boleh tolong buatkan atau bantu Dilaz buat Tutorial ker? Jasamu tetap ku kenang

Minnie Mouse Cross-stitch

Akhirnya Dilaz siap juga buat Minnie Mouse Cross-stitch nie. Dilaz siap hari khamis lepas sebelum Qistina balik sini. Yelah Dilaz nak tunjuk pada Qistina. Qistina balik je Dilaz terus tunjuk dia. Qistina kata " Cantik Mama buat. Terima kasih Mama, nanti buat lagi tau". Dilaz ada Pooh cross-stitch tapi belum start buat lagi sebab benang colur Pooh tu tak de. Tengoklah hasil cross-stitch Dilaz




Belum buat back-stitchlagi. Cantik tak?

28/06/11

Permainan zaman kanak-kanak yang semakin pupus

Masa Dilaz balik kampung minggu lepas, tetiba Dilaz teringat zaman kanak-kanak dulu dan tempat Dilaz selalu main dengan sepupu-sepupu Dilaz. Sepupu Dilaz dulu yang sebaya kebanyakkannya lelaki, yang perempuan pula tak nak main kat luar rumah takut mak ngan ayah diaorang marah. Tapi Dilaz tak, arwah emak suka kalau Dilaz bermain supaya bercampur dengan orang. Masa kecik dulu Dilaz nie memang lasak tau dan aktif bersukan. Nanti Dilaz cete lak sukan apa yang Dilaz main.
Sebenarnya Dilaz rasa permainan-permainan ini sekarang makin pupus dan tak banyak kanak-kanak zaman sekarang main permainan ini kecuali yang memang duduk kawasan kampung. Betul tak. Jom kite tengok apa permainan tersebut. 
Teng teng
Main Guli
Baling Selipar atau Tin


Galah Panjang
 Semua gambar ehsan dari Mr Google

masa kecik dulu selalu main peluk tiang kat tiang sekolah untuk gantikan galah panjang nie.

Masuk Majalah NUR JULAI 2011

Salam semua.

Sihat tak? Sekarang nie Dilaz busy sikit sebab sibuk update resume dan cari keje kat sana sini. Nak update Blog pun tak sempat. Nak update dah penat dan bile tak penat, mood nak karang pula tak de. Okeylah, Dilaz nak kongsi cere tentang masuk dalam Majalah NUR bulan Julai. 

Semalam pagi-pagi pergi Tesco beli barang dapur pas tu tergerak nak pegi kedai jual majalah. Belek punya belek semua majalah ternampak Majalah NUR baru. Apa lagi belilah (pelanggan setia Majalah NUR). Selak setiap muka surat, tetiba nampak gambar Dilaz dan Qistina dalam tu. Seronok sangat. Sebab dah lama gambar tak masuk majalah.hehehe....perasan

inilah dia majalah tu
 
Majalah NUR JULAI 2011

Inilah dia muka kami berdua dalam majalah



Gambar tu Dilaz hantar guna SMS. nie dia


Lama dah tak hantar gambar kat majalah sebab lama tak cuci gambar. Dilaz buat nie saje je, untuk kenangan keluarga nanti dan pendorong beli majalah tu selalu.huhuhuhu

27/06/11

Qistina dah balik umah Mama

Alhamdulillah. Qistina dah kembali ke rumah Mama Qistina (rumah Dilaz lah). Rindu dah terubat akhirnya. Seronok sangat. Masa ambil Qistina hari tu, Qistina suka sangat. Dia nampak Dilaz je terus tak nak lepas, melekat je kat Mama dia. Qistina pun rindu, tapi masa Mama dia call tak nak cakap. Terus Qistina kata "nak balik rumah Mama, tak nak duduk rumah Tok Bah". Apa lgi, pakai kasut terus naik kete tak nak keluar dari kete sebab takut kena tinggal.

Hari tu Dilaz tak tido kat kampung. Memang mula-mula rancang nak tido, tapi sebab MIL dan FIL nak ikut, tak jadi tido kat kampung. Nampaknya hujung bulan depan baru balik lagi. Lepas nie, rasa berat nak tinggalkan Qistina duduk kampung sendiri. Nanti rasa sedih dan tak tahan rindu.


Berpakaian Melalui Warna

Semalam Dilaz ada beli majalah Dara (tetiba tukar selera beli majalah lain). Dilaz nak kongsi tentang warna. Yelah semua orang ada warna kegemaran kan. Apa kata cuba ikut panduan nie dalam setiap hari anda. Semoga kehidupan kite ceria dan bahagia selalu. AMIN.





Jika boleh amalkan panduan ini. Tapi bagi yang bekerja pakai Uniform tu susah sikit kot. Masa cuti atau berjalan-jalan je.

Isnin  :  Putih
Selasa  :  Merah Jambu atau Ungu
Rabu  :  Biru
Khamis  : Oren
Jumaat  :  Hijau
Sabtu  :  Merah
Ahad  : Hitam

Sumber dari Majalah Dara.com menurut Nooraizan Mamat, Pengarah Pusat Terapi Diri.


25/06/11

Yahoo...nak balik kampung

Salam semua,

Hari nie Dilaz sangat seronok sebab hari nie Dilaz nak balik kampung kat Pontian, Johor. Dilaz nak amik Qistina bawa balik Melaka. Dah tak tahan rindu pada Qistina nie. Jumpa lagi. Doakan perjalanan Dilaz pergi dan balik selamat.Amin.



24/06/11

Cinta

Cinta.....
Dapat mengubah debu beralih emas,
Keruh menjadi Tenang,
Sakit menjadi sembuh,
Derita menjadi Nikmat dan
Kemarahan menjadi rahmat

Hargailah Cinta bila anda miliki kerana ia datang hanya sekali.
Tidak semua orang memiliki cinta kedua.
Bile anda memiliki cinta, cintalah sepenuh hati dan jangan lepaskannya.
Jika ia terlepas anda akan menyesal seumur hidup



Pembohongan wanita untuk lindungi rasa hati

Biasanya pembohongan ini untuk wanita yang masih bujang dan sukakan seseorang tetapi orang yang disukai telah disukai oleh orang lain terutamanya kawan baik dia sendiri. Jadi mereka melakukan pembohongan untuk lindungi rasa hati mereka walaupun terasa perit nak luahkan.

Saya tidak menggilai awak atau Saya tidak mencintai awak  ~  Biasanya ia berlaku jika dia tahu orang lain telah lama mencintaiorang yang dicintai olehnya. Ini kerana dia rasa malu dan tak mahu dikategorikan sebagai "Perigi mencari timba" serta tak mahu mengecewakan orang yang telah lama mencintai itu.

Saya belum bersedia mempunyai kekasih  ~  Mereka yang berkata demikian biasanya hendak mengumpulkan harta terlebih dahulu kerana tidak mahu bergantung kepada pasangan ataupun mereka terlalu mementingkan kerjaya dan impian mereka dahulu.

Saya tidak kisah hidup bersendirian  ~  Mereka belum bersedia dengan kehadiran lelaki di dalam hidup mereka mungkin terlalu trauma dengan kisah silam mereka ataupun takut nak berpasangan disebabkan cerita yang berlaku pada masa kini.

Sumber dari: Mingguan Wanita
P/S : Itu semua adalah hak masing-masing. Paling utama macam mana kite hadapinya.

23/06/11

Gelagat Anak dan Papanya

Salam semua,

Sempena hari Bapa nie, Dilaz nak buat entri untuk Qistina dan Papanya. Sejak dah ada anak nie, My Love buat sesuatu perkara terutamanya keje mesti ingat Qistina dulu. Dilaz dah jatuh nombor 2. Almaklumlah Papa sayang anak. Nak bukti lagi dekat, Qistina dah 2 minggu kat kampung, Papa dia dah demam sebab rindukan Qistina. Siap kata, "Dapat gaji nanti nak belikan Qistina baju baru dan kasut baru". Mama Qistina, Papa tak de sebut pun nak belikan baju baru. Qistina je. Mama nak merajuklah. hehehe.

Entri nie Dilaz nak tayang kat korang gambar-gambar Qistina dan Papanya

Masa amik gambar nie ingat nak masuk dalam contest kereta Proton, tapi tak jadi 



Yang nie masa kat Dataran Pahlawan Qistina nak tengok ikan



Yang nie tengah manja-manja kat atas tilam



Papa bawa Qistina jalan-jalan kat stadium Tun Fatimah



Inilah dia anak Papa


P/S: Tak sabar nak balik kampung amik Qistina nie. Rindu sangat

22/06/11

Deko Idaman Selebriti

Siapa kat sini suka tengok rancangan Deko Idaman Selebriti di TV3 setiap hari Ahad jam 12 tengahari? 



Dilaz suka tengok, Dulu hanya Deko Idaman tapi kini ia dipanggil Deko Idaman Selebriti sebab ada sentuhan dari Selebriti pilihan. Antaranya Dynas Mokhtar, Natasha Hudson, Shaheizy Sam, Amy Mastura, Aaron Aziz, Datin Paduka Umie Aida dan Asyraf Muslim. Untung siapa yang terpilih untuk rancangan tu kan. Yelah semuanya sponsor tak payah nak keluar duit. Yang paling best impian mereka tercapai.

Dilaz pun teringin nak dapat macam nie, tapi tak pernah lagi join contest tentang deko idaman lagi sebab malu nak amik gambar ruang rumah yang tak cantik.

Mari berCHURP CHURP

Mesti ada yang dah tahukan CHURP CHURP tu aper? Yang tak tahu meh baca nie. Siapa lum register CHURP CHURP meh Register kat SINI
Tutorial cam mana nak register, ada KAT SINI. Marilah sama-sama kite share iklan CHURP CHURP NIE.

Kawan-kawan yang baik hati, tolonglah Klik iklan nie mana yang berkenan. Terima kasih. Sharing is Caring. Kalau dah boleh Cash out ingat nak buat GIVEAWAY hadiah paling best. Tunggu...

P1 4G Exclusive..meh tengok apa yang menarik 
 Jomlah register HEARTBEAT sekali

KL Gangster bersama My Love

Dilaz dan My Love rasa sunyi Qistina tak de. Jadi kiteorang keluar lepak ngan member. Kiteorang lepak kejap je sebab member My Love tu bawa anak kecik. Sian tengok baby dia ngantuk nak tido. Pas jumpa member tu, Dilaz ajak My Love pergi Jusco Bandaraya nak beli majalah. Tiba-tiba My Love ajak tengok wayanglah. Masa tu dah kul 9.40 malam. Ada ke wayang waktu tu (yelah wayang kat Jusco tu baru lagi, takut tak de midnite). 

Tanpa membuang masa, kiteorang pergilah kat GSC tengok wayang apa ada time tu. Sekali adalah jam 10.10 malam cete KL Gangster lakonan Aaron Aziz . Apa lagi terus beli tiket wayang. Nak hilangkan rasa stress dan rindu pada Qistina. Best gak KL Gangster nie. Aaron Aziz memang macho dan cool je walau jadi Abang Taiko. Apa-apapun Dilaz rasa puas hati tengok Filem KL Gangster tu.

P/S : Sebenarnya My Love tiba-tiba ajak tengok wayang sebab nak pujuk Dilaz.

21/06/11

Qistina dan ...

Rasa rindu pada Qistina. Dah seminggu Qistina kat kampung. Tak sabar nak tunggu hujung minggu nie nak amik Qistina kat kampung. Minggu nie My Love busy jadi tunggulah hujung minggu dan semestinya masa tu My Love dah dapat gaji. Boleh jalan-jalan sekali kat bandar Johor. Lama tak pergi sana.

Nak hilangkan rasa rindu pada Qistina, Dilaz belek-beleklah gambar Qistina kat komputer nie. Sekali jumpa gambar nie. Qistina dan dot dot dot.


Qistina dan puting dialah. Jangan fikir lain pulak. Tak tahu kenapa Tiba-tiba Qistina nak hisap puting. Adakah ini tanda-tanda Qistina nak adik? Sabar ye sayang, nanti Mama bagi Qistina adik. Dilaz sekarang tengah makan Folid Asid dan tengah planning nak baby kedua. Harap dapat baby boy (itu yang tengah planning)

Kelab Anak Jutawan

Usia masih muda, namun mereka dilimpahi kemewahan termasuk mampu memiliki kereta mewah berharga lebih RM 200000 (Dilaz pun teringin nak pakai kete mahal macam tu). Inilah dia Kelab Anak Jutawan Malaysia. Untung dan tuah badan bagi gadis yang berusia 20-an nie. Nak kenal siapa mereka nie? Dilaz cete sikit sumber dari Metro Ahad, 19 Jun 2011.

Walaupun mereka anak Jutawan, tapi mereka tetap berusaha untuk memajukan lagi perniagaan keluarga dan ada yang mempunyai impian tersendiri. Pertama 


 Erni Rineelawati Buhari, 21

Siapa tak kenal Erni nie kan. Dia merupakan salah seorang anak Jutawan Kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya. Dia mempunyai impian untuk membuka kedai bakeri satu hari nanti kerana terlalu meminati kek. Dia akan peruntukkan RM 1,000 sebulan dari duit gajinya sebagai Pengarah & Eksekutif Pentadbiran Nouvelle Beauty Centre untuk membina kedai bakerinya kelak. Erni gak adalah pelajar Universiti Teknologi mara Shah Alam dalam Program Jarak Jauh (PJJ) dalam bidang perniagaan. Paling best Erni ada kete BMW 325i.


Kedua
Ku Nor Azreena Ku Yahya, 22

Ku Nor Azreena nie mempunyai impian membuka lima syarikat berasaskan hartanah dan perhotelan. Yang tak sangka hobi Ku Nor Azreena nie tulis Blog (mesti Ku ada blog kan). Walaupun Ku Nor Azreena nie Pengarah Atikah's Songket di Taman Tun Dr Ismail, KL dia suka bersikap sederhana. Kereta yang dimiliki adalah Mercedes Benz.

Yang lain dalam Kelab Anak Jutawan ialah Vivy Sofinas Yusof,24 Pengarah Urusan FashionValet.net dan Norfariza Azami, 23 yang memiliki perniagaan Bundle

Untungkan mereka semua nie. Muda-muda dah hidup mewah, tak payah nak susah-susah macam kite yang hidup sederhana nie. Yang penting kena berusaha untuk mencapai tahap macam tu
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails