Semalam belek-belek Murai.com sekali nampak cerita panas gosip cinta antara Fahrin Ahmad, 30, dengan Zetty Adila Ramly, 27, iaitu anak kepada produser drama, Datin Zaiton Mohd Jiwa. Tapi Fahrin menafikannya. Meh baca nie sumber dari Murai.com
Baju nak sama colour
KUALA LUMPUR, 27 MEI 2011: Akhirnya gosip cinta antara aktor kacak, Fahrin Ahmad, 30, dengan Zetty Adila Ramly, 27, iaitu anak kepada produser drama, Datin Zaiton Mohd Jiwa telah dinafikan sendiri oleh pelakon berbadan sasa ini.
Malah, Fahrin yang ditemui dalam sidang media drama bersiri Suria Di Cordoba semalam memberitahu hubungan yang terjalin antara dia dan Adila yang juga penerbit bagi drama tersebut hanyalah hubungan profesional dan tidak lebih daripada itu.
"Terus-terang saya tidak gemar untuk mengulas lanjut mengenai hubungan saya dan Adila kerana saya tak mahu ada salah faham daripada mana-mana pihak. Apa yang pasti saya memang berhubung dan berkomunikasi dengannya tetapi tidak lebih daripada seorang pelakon yang bekerja dengan seorang penerbit.
"Cuma saya akui berbangga dan hormat dengannya kerana tidak dinafikan dia seorang penerbit muda yang berbakat. Jadi secara tidak langsung kami selalu berhubung sekadar untuk bertukar-tukar pendapat dan sebagainya.
"Bagi saya hubungan kami sangat natural dan ianya berlaku kepada semua orang yang bekerja. Kami pula senang berkawan bersama," jelasnya kepada murai.com.my. Dalam pada itu, Fahrin juga berharap agar gosip cintanya itu tidak terlalu dihebohkan kerana khuatir hubungan profesional yang terjalin antara dirinya dan penerbit Global Station Sdn Bhd berkenaan akan menimbulkan tanggapan yang tidak sedap dari krew dan pelakon yang terlibat.
"Saya tak mahu ada cerita atau gosip percintaan ini wujud kerana ianya akan menimbulkan persoalan ada pilih kasih antara penerbit dan pelakon.
"Terus-terang saya sendiri tak mahu gosip ini ditimbulkan kerana ianya secara tidak langsung boleh mengganggu periuk nasi saya pula. Lagipun saya akui memang selesa bekerja di bawah produksi Global Station Sdn Bhd," katanya lagi yang sebelum ini turut terlibat dengan produksi yang sama dalam drama Dia Bukan Mariam.
Sementara itu, Adlia yang turut ditermui dalam sidang media tersebut juga memberitahu musykil dan hairan bagaimana gosip cinta itu boleh timbul antara dirinya dengan Fahrin. "Saya pun tak tahulah bagaimana gosip ini boleh timbul. Tapi saya juga ada terfikir mungkin gosip ini timbul kerana kebetulan saya dan Fahirn masih single.
"Terus-terang pada awalnya saya dengar agak kelakar juga tetapi lama kelamaan saya takut ada pihak yang percaya dengan gosip ini. Apa yang pasti, saya masuk ke indusrti ini hanya untuk bekerja dan menimba pengalaman kerana saya pun masih baru lagi. Bukan untuk bercinta," jelas Adila.