Pages - Menu

30/03/11

NAK TIKET FREE TAK?

Win Malaysia GP Grandstand tickets & party with Rain!

Anda peminat Formula One, ini peluang anda untuk menang tiket.  
 untuk mengetahui lanjut.  Formula One World Championship akan berlangsung di  Malaysia GP pada 8 April 2011hingga  10 April 2011.

CEMBURU....

Salahkah kite bile ada rasa cemburu? Tak salah sebenarnya. Cemburu tandanya sayang, tetapi jangan berlebihan kerana takut menjejaskan suatu perhubungan itu.

Jom semak tanda-tanda cemburu :-
  1. Pasangan anda gemar menyelongkar dompet ataupun beg tangan anda (biasanya dilakukan ketika anda mandi atau tidur. Tujuan nak tengok ada simpan benda2x rahsia tak)
  2. Pasangan sukar mempercayai apa alasan yang diberi
  3. Anda terpaksa melaporkan setiap pergerakkan anda (tanya ke mana pergi, dengan siapa, dan macam2x lagi)
  4. Pasangan anda tidak gemar mengikut anda ke majlis sosial (cemburu bile anda berbual dengan orang lain atau orang lain tertarik dengan anda)
  5. Tidak suka anda keluar rumah selain pergi bekerja
  6. Tidak boleh menerima hakikat anda kerja lebih masa (Dahsyat tu)
 Itulah tanda2x cemburu yang amat teruk sekali. Lebih baik kite hindarkan dari tanda2x tersebut supaya ikatan perhubungan sentiasa kuat dan berkekalan hingga akhir hayat.

29/03/11

GEMURUH-FAIZAL TAHIR

Lagu semangat Dilaz hari nie. Nak membina semangat pagi nie.
 

Lirik/Tajuk Lagu: Gemuruh (OST MyStarz)
Penyanyi/Artis: Faizal Tahir (OIAM)

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Menyerlah jauh dari yang biasa

GIVEAWAY KEDUA DILAZ

Salam semua.

Dilaz ingat nak buat GIVEAWAY KEDUA lah. Ada sesiapa nak join tak? Hadiah dia maybe VOUCHER MONEY untuk beli barangan ZULIAN Dilaz. Pemenang Dilaz akan pilih lebih dari seorang. Nak tak? Jika ramai feedback, Dilaz akan buat GIVEAWAY nie minggu depan. InsyaALLAH. GIVEAWAY pendek jer. 


22/03/11

CASH ME

Listen to MYfm and play #MYFMCashMe to win cash prize. But during ‘Fresh Hour’, call in and guess the song correctly. 


21/03/11

JIKA MELANCONG ITU SATU KERJA...

Percutian bermaksud kite pergi ke suatu tempat tidak kira di dalam atau di luar negara dalam satu jangka masa untuk kite menghilangkan rasa stress bersama orang tersayang. Saya suka bercuti lagi-lagi bersama MY LOVE dan QISTINA jer. 
Bagi sesiapa yang nak bercuti, inilah masanya bercuti dengan #MASTraveller. Sertai PERADUAN dan anda akan MENANG SATU PERCUTIAN yang hebat. 
Peraduan berakhir 1 APRIL 2011. Keterangan lanjut, KLIK SINI

20/03/11

CINTA MASIH KUAT JIKA......

Salam hujung minggu. Semoga gembira bersama yang tersayang. Tengah wat pe tu?? Jom baca nie, dilaz nak kongsi sikit.
CINTA MASIH KUAT JIKA.....

Anda sentiasa rasa tenang setiap kali bersamanya, walaupun berada dalam tekanan. Apabila melihat saja wajahnya anda pasti rasa lega dan tersenyum.

Berpisah. Bile berpisah hati rasa tidak selesa dan ingin cepat bertemu. Sehari dirasakan seperti setahun lamanya. Inikan berhari-hari. Perpisahan walaupun sekejap cukup menyeksakan hati.

Tidur tiada dia di sisi. Inilah dikatakan kuasa cinta sejati. 

Layanannya pada anda tetap sama seperti ketika sedang hanyat bercinta dulu. Si dia tetap tidak berubah walau sedikit pun malah bertambah menyenangkan.

Saling mengingati tarikh-tarikh penting yang cukup bermakna buat kalian berdua. Bukan hanya tarikh penting tetapi saat-saat manis juga masih diingati. Itu tandanya betapa si dia menghargai kite dan benar-benar menyayangi kite sepenuh hatinya.

Masih kekal memanggil dengan panggilan manja walaupun anak sudah berderet-deret. Panggilan sayang tetap ada bukan memanggil dengan panggilan " oh bapaknya...oh emaknya".

Anda berdua tidak pernah merungut tentang penampilan masing-masing. Hati dan kelakuan tetap menerima si dia seadanya.

Sentiasa saling memuji. Pujian hendaklah ikhlas datang dari hati bukan hanya tipu semata untuk menjaga hati si dia.

Perkataan "I LOVE U" tidak pernah lekang dari bibir. Setiap hari pasti ucapan itu diluahkan.

Kekal mesra walau di mana pun berada. Tangan masih dipegang, pinggang masih dirangkul dan jalan masih dipimpin. Tidak malu melakukan begitu walau anak ada disisi.

Tiada rahsia di antara anda berdua. Semua diceritakan supaya ada kepercayaan antara satu sama lain.

Tidak pernah menyalahkan antara satu sama lain kerana masing-masing tahu tanggungjawab dan tugas.

Rumahtangga sentiasa aman dan ceria. Jarang sekali berlaku pertengkaran ataupun Perang Dunia.

P/S: Ada sebuah hadis menyebut bahawa " Apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua".

19/03/11

TIADAMU DISISI

Sunyi....Rindu abang. 

MY LOVE sekarang kat KL. Esok malam baru balik MELAKA. Rindu sangat. Nasib baik QISTINA tak meragam. Macam faham jer. Mungkin dia kesian tengok MAMA dia. QISTINA nie bile tengok saya sedih, dia akan diam jer tak buat perangai. Pernah satu masa tue, saya nangis, QISTINA ambil tuala bagi kat saya. Pas tue dia kata " MAMA janganlah nangis. Kakak baik jer, kakak dengar cakap MAMA. Jangan sedih tau".

Sunyi MY LOVE tak de disisi. Tak pelah bukan selalu kena tinggal kan. Lagipun dia buat kerja bukan main-main. MY LOVE kena pergi kursus bina semangat. Kursus nie untuk staff baru macam MY LOVE. Harap MY LOVE saya dapat pengalaman baru kat sana. Take care tau Abang. Rindu abang.

18/03/11

SEMOGA SEMUANYA BERJALAN DENGAN LANCAR

Esok pagi kul 11.00 saya ada interview. Rasa takut dan gemuruh mesti ada bile nak interview. Harap semuanya berjalan dengan lancar.AMIN.

Saya berdoa agar dapat keje nie sebab sekarang tengah senak dan kesempitan wang. Bisnes online tak dapat sambutan lagi. Itu yang sedih. Doakan saya yer

NAK PERGI SINI LAH

Salam semua.

Hari nie Jumaat, penghulu segala hari kan. Diam tak diam gak, cuti sekolah dah nak habis. Cuti sekolah nie saya tak gie mana-mana pun sebab MY LOVE keje. Ni tiga hari MY LOVE kena pegi kursus kat KL tinggallah kami dua beranak. Nasib baik ada QISTINA, taklah sunyi sangat. 

Saya teringin sangat nak pegi DISNEYWORLD. Tak kisahlah kat mana pun. Dapat pergi yang kat SINGAPORE pun kira okey. Ni tengah kumpul duit sikit-sikit dan tengah sabor banyak-banyak. Selalu berdoa agar dimurahkan rezeki dan impian percutian tercapai. AMIN.


DISNEY WORLD

Saya pun teringin nak pergi Bukit Tinggi. Agak-agak mahal tak kos nak pergi sana? Ada sesiapa yang dah pergi sana tak?


17/03/11

CANTIKKAN KUKUMU


Nak kuku cantik?... Hanya dengan RM35 di  #HarmonyNS anda boleh kelihatan cantik. Jom #MilkADeal .
KLIK SINI Untuk info

NAK RM 50,000...SENANG JER


Nak RM 50,000...Senang jer. Tukarlah siaran radio anda sekarang ke MIX FM dan main permainan JD & Dilly’s Short Cuts untuk menang RM 50,000.  Masa nilah nak gilap bakat anda dalam MUZIK MIX. 
Keterangan lanjut, KLIK SINI 


16/03/11

KARTUN-KARTUN SEISI KELUARGA

Kiteorang sekeluarga suka tengok cete kartun. Bile tengok kartun mesti tergelak-gelak dan dapat lah hilangkan tension. Tengok kartun bersama gak mengeratkan hubungan kami sekeluarga.

QISTINA suka tengok kartun tweety. Comelkan.




PAPA QISTINA suka tengok cete DRAGON BALL dan NINJA TURTLE. Tapi sekarang dah tak de, so dia layan cete NARUTO.
DRAGON BALL

NARUTO


NINJA TURTLE

Kartun kegemaran saya ialah MICKEY MOUSE, POOH & FRIENDS. Dulu masa kecik suka tengok cete SAILORMOON (Kuasa Bulan Diaktifkan). Sailormoon cute. Korang suka tengok cete kartun apa?

15/03/11

NAK CUBA TAK???


Sedap kan tengok gambar nie. Harga pun murah jer. 
Siapa nak cuba, jom tengok KAT SINI

REZEKI SAYA...ALHAMDULILLAH

Salam semua.
Mesti kawan-kawan yang bekerja tengah penat kan. Yelah baru balik dari keje, tension kat tempat keje lagi. Tapi masih sempat lak tu berblogwalking dan update blog. Betul-betul SUPERWOMEN kan. Dunia sekarang nie dah berbeza. Semua boleh kan. Apa-apa pun SELAMAT MAJU JAYA.

Sebenarnya hari ini saya nak kongsi ngan kawan-kawan. Saya join CHURP CHURP nie dah lama gak. Dah nak setahun, tapi baru bulan lepas tahu fungsi sebenarnya. Alhamdulillah, lepas dapat ASSIGNMENT dari CHURP CHURP, income saya dah bertambah dari RM 0.20 ke RM 2.00 lebih. Meh tengok nie. Syukur sangat. Harap-harap pas nie dapat banyak lagi ASSIGNMENT. Saya nak berjaya nie.

Dah tengok kan, apa lagi....MEHLAH JOIN. Klik gambar nie untuk JOIN



14/03/11

SHOWROOM PROTON SAYA YANG PUNYA...


Jangan marah yer... Showroom PROTON QISTINA yang punya tau. Bukan main lagi QISTINA kuar masuk semua kete kat showroom, pas tue posing kat kete lak tue. Nasib baik bos tak de, nanti tak pasal-pasal kena marah lak. 

Tengoklah aksi posing-posing QISTINA kat showroom EON PERINGGIT MELAKA.
Kete SATRIA NEO



Kete EXORA



Kete PESONA

 Qistina sekarang suka posing2. Dia nak jadi model kamera MAMA dia. Bile mama pegang kamera jer, mesti kena amik gambar dia dulu. Bile tak amik, mulalah dia marah, pas tu merajuk. Tapi yang MAMA geram, QISTINA tak nak tengok kamera betul-betul bile amik gambar. Buat penat jer layan dia.


13/03/11

SENYUMLAH...AHAI CIK MEK MOLEK



Mulakanlah hari-hari anda dengan senyuman paling indah kerana senyuman adalah sedekah. Senyuman juga dapat melembutkan hati seseorang. Percayalah.

12/03/11

MANA NAK CARI HANDBAG BESAR

Salam semua.
Saya nak cari handbag besarlah. Macam nie



Kat mana leh dapat erk? Tapi nak yang murah jer, yang mahal-mahal tak bape mampu buat masa nie nak beli. Almaklumlah lum ada keje lagi. Beg besar macam nie senang sikit, macam-macam barang leh masuk dari sekecil barang sampai lah ke besar barang. Saya tak bape suka bawa banyak-banyak beg. Lecehlah. Mana nak bawa beg ngan pegang anak lagi. Nanti beg ke mana, anak pun ke mana.

11/03/11

SENI KOPI....CANTIK

Siapa suka minum kopi, angkat tangan? Saya..saya..saya suka kopi. Sedap...wangi baunya. Jom layan gambar-gambar nie.


 
 

 
 
Bile tengok kopi dihias cantik macam nie, rasa tak sanggup nak minum. Yelah bile minum nanti, dah hilang seni atas kopi tu. Best yer kalo dapat minum kopi ngan ubi rebus cicah sambal tumis waktu hujan-hujan nie. Lapar lak.

STATUS NUFFNANG SAYA DAH BERTUKAR...SEDIH YER

Salam semua.
Hari nie baru dapat tengok blog sebab line BB nampak okey sikit. First sekali, buka web NUFFNANG, tapi hati jadi sedih. Orang lain buka web NUFFNANG hati melonjak kegembiraan...saya jadi sedih. Kenapa? Sebab status NUFFNANG saya dah bertukar jadi ordinary dari glitterati...


Macam mana nak buat nie? Macam mana nak dapat semula status Glitterati tue... Dah susahlah nak tambah income saya nie. Sedih sangat nie. Mood berblog dah semakin down.
P/S : Nak selalu update blog dan Harap sangat status NUFFNANG akan bertukar cepat.


10/03/11

OPERATOR TELEKOM BARU

Salam satu MALAYSIA semua.
Lama tak update blog nie. Busy sikitlah dua tiga hari nie. Lagipun BroadBand pun sekarang slow jer bile online. Dilaz sekarang tengah berjinak-jinak dalam bisnes. Mudah-mudahan bisnes nie maju dan dapat merubah kehidupan kami sekeluarga. AMIN.

Okey lah...berbalik kepada tajuk entri. QISTINA nie sejak dah meningkat umurnya, bermacam-macam keletah orang dewasa dia buat. Apa yang orang dewasa buat, dia akan tengok, pas tu buat. Bahaya gak macam nie. Tengoklah nie aksi dia dengan telefon. Dah macam operator Telekom lak. Gaya dah macam-macam, cakap jangan cakaplah. Ntah apa dia merapu pun tak tahu. Malas nak merapu banyak-banyak nanti jemu lak orang tengok kan. Meh layan gambar QISTINA.

 Aksi tengah baring, mulut membebel

 Konon-konon tengah cakap ngan orang dalam telefon tue. Betul-betul macam MAK NENEK

Terkangkang-kangkang budak nie kan.

QISTINA...QISTINA..MAMA geram tengok QISTINA tau. SAYANG QISTINA..Muaahhh